Friday 7 March 2014

Betik elbino isinya kenyal berbeza dari betik yg.lain.

Hari ini sabtu 8 Mac.  baru ada kesempatan mencatat perjalanan betik elbino yg.sentiasa dalam perhatian.   6 mac hari khamis begini keadaannya.

                                                 Dah matang, namun masih belum lembut, terpaksa peram.


                                            Sebelum itu sempat ambik  ukuran, panjang si elbino ini.Panjangnya > < 18 inci, 1 kaki setengah lah sebab 12 inci =1 kaki .hihihi panjang kan.
                                        
                                   Hari ini nak buat jus si elbino ini, wah..ini warna isinya. Isinya kenyal dan tidak semanis betik sekaki.Rasa nya ia sesuai untuk kesihatan mereka yg.tak suka benda2 yg.terlalu manis.
Alhamdulillah, sejak aktif berkebun dihalaman rumah, bermacam jenis tanaman dapat dirasai dan dipelajari. Pelbagai warna dan pelbagai rasa..Tuhan kata, apa yg.kamu tanam itulah yg.kamu petik..ok..apa lagi yg.ditunggu, jom ramai2 mari berkebun dihalaman rumah.  Hijaukan bumi kita, jangan lepak tengok 'raja lawak', tengok derama, tengok 'sure hebo tv.3'..hahaha..bukan kempen jangan tengok rancangan astro, cuma jangan buang banyak masa depan TV..leka dek rancangan ASTRO yg.sajikan macam2 ada..

Salam ceria, assalammualaikum.

8 comments:

  1. Panjang betik ni.. kurang manis ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Mar.
      Saiz dan bentuk betik ini yg.membuatkan ia berbeza dari betik yg.lain.Emailkan alamat Mar, nanti saya kongsikan benih. Benih dah ada.

      Delete
  2. Alhamdulillah, elok sunggun isi si albino ni. Jus dari sebiji pun dah boleh menampung seisi rumah.
    Tak sabar nak tunggu perkembangan tembikai F1 di Lembah Seribu Bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tak lama lagi akan nampaklah hasil dari lembah seribu bintang, doakanlah ye...hihihi terimakasih dik.

      Delete
  3. kak puteri, benih betik ni dgn en iskandar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nadia.
      Benih betik ini akak minta sendiri dari seorang insan, semasa bercuti di Pahang, rumahnya berdekatan jalan raya, terlalu jatuh cinta dengan si elbino ini, akak tebalkan muka singgah, dan minta betik ini, kebetulan ada yg.dah ranum.Alhamdulillah.Email alamat kita kongsikan benih betik ini..k.

      Delete
  4. betik ni sgt menarik..boleh ker sy dapatkan benihnya sikit..

    ReplyDelete
  5. ada jual ank pokoknya tak.. kalau ada sy nak beli

    ReplyDelete