Hari ini ahad, 6 April. Terakhir menulis catatan dihalaman 'di sini dalam lingkaran ini' pd.24 Mac yg.lalu. hemm.. 13 hari tak menulis apa apa catatan, tentulah ada banyak alasan2 yg.berkaitan dengan kesibukan.
Terlalu sibuk. Namun hari ini kenangan yg.dilalui mesti disimpan dan dicatat sebagai tatapan hari esok.
Jom tengok gambar.
Apa dalam guni ini?..huhu berat ni.

hahaha inilah isi nya. Pernah tengok?
Awal pagi aku ke tanah pantai, untuk melihat projek membajak batas tembikai, dalam jam 10.30 pagi ada beberapa orang kampung berlari2 dengan alat menangkap udang geragau ini.Nama alat dalam bahasa tempatan 'sadak'. Aku relex je tengok gelagat mereka, berendam, berenang anak dalam air laut yg.sedang tenang, tak ada ombak langsung.
Dari atas beranda rumah, aku lihat air laut kelihatan berwarna merah, seperti warna sabut kelapa terbentang luas, wah aku pun bersama Aida berlari anak menuju tepi pantai, ..rasa terpegun melihat rupanya benda kelihatan merah terapung itu, kumpulan udang geragau mendekati pantai. Tak ada kamera nak rakam situasi dipantai itu.Sekejap je mereka dapat 4 karung.
Karung yg.ke 5, aku beli. Aku bagi2 lah dengan saudara mara yg.aku jumpa dan yg.berdekatan rumah.
Baki nya dekat setengah karung lagi..tak tau nak buat apa, banyak sangat.Ingat nak keringkan buat belacan, tapi petang sekitar jam 3, tetiba hujan..tak dapat buat apalah..terpaksa simpan dalam peti beku..pasti nya akan rosak jadi air batu.
Banyak sangat. Ini udang 'geragau' kata emak angkat aku di Melaka. Melayu Melaka buat cincalok..zaman dulu2, tak tahu sekarang masih ada tak.
Masa dipantai tadi, udang ni hiduplagi
Manis isi nya.
Aku buat sikit macam resepi bawah ni, campur tepung, goreng.
Panas2 sedap cica sos kfc. Yg.lain aku buat sambal pedas, macam sambal ikan bilis..makan dengan nasi lemak. Itu pun kalau aku cukup masa.

Benar2 rasa seronok dapat melihat hasil laut dari tanah pantai 'lembah seribu bintang' menurut cerita orang sekeliling, kawasan laut depan tanah pantai 'lembah seribu bintang' menjadi tempat berjenis ikan berkumpul, kalau musim udang kertas, udang kertaslah mereka akan dapat, kalau musim ikan belanak, ikan belanak lah mereka dapat. Rasanya tak sabar nak menunggu cuti bulan jun nanti, nak buat aktiviti 'memukat' waktu awal pagi dan menyuluh ketam waktu malam masa terang bulan purnama.InsyAllah.
Ok lah, salam ceria, assalammualaikum.