Friday 18 July 2014

menghiasi halaman dihari lebaran.

Hari ini jumaat 18 julai 2014, ada sedikit waktu melawat blog disini dalam lingkaran ini yg.semakin hari semakin sunyi sepi..ada rindu tak terucap.Kesibukan memisahkan aku dengan halaman ini.
subuh jumaat meniupkan bayu sedih, ada udara berbaur berita, membikin hati tambah sayu.

Sekali lagi negara tercinta diuji oleh Allah yg.maha perkasa dengan peristiwa MAS 17.
Kalau keadaan aman dan cukup makan, mereka nak merusuh dan mempersenda kan nama Allah dan menghina Islam, perbuatan ini pula disokong oleh orang islam yg.berhaluan kiri dan mempunyai agenda sendiri demi kepentingan politik.  Nah..bila kecelakaan terjadi dan berganda..masihkah tak dapat bayangan petanda negara tercinta diambang kehancuran?

Hanya ada doa didalam hati sendiri2..semoga keluarga yg.terlibat banyakkan bersabar, ingatlah kita semua pun akan ke alam sana, cuma caranya berbeza..Bayangkan jasad yg.pergi disubuh jumaat tadi..hari jumaat dan dalam bulan ramadan pula..bila mengenagkan tanda2 sebegini..terasa tenang didalam hati..mereka pergi dengan aman, saat pintu2 neraka ditutup, iblis dan syaitan dirantai. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah..amin.

Esok Ramadan yg. ke 21..hanya ada 9 hari lagi kita bersama ramadan ini, meski aku sibuk dengan sekolah baru, kebun tembikai yg.semakin mencabar..aku sempat juga menanam bunga2 dihalaman persediaan utk.hari lebaran.

Inilah si matahari yg.semuanya dah kembang..harap2 masa hari raya nanti ia masih bertahan.


                                       Kekallah ia menghiasi halaman rumah tahun demi tahun, inilah bunga kenangan..benih dari blog tanam sendiri.com.

keadaan rumah yg.tak sempat disiapkan lantaran majlis perkhwinan anakanda ir junior diawal jun yg.lalu.
Ini pokok tembikai yg.tumbuh sendiri diatas tanah bekas membakar sampah. Aku mengambil keputusan untuk memelihara pokok ini, ada 4 pokok semuanya..tunggulah hasilnya nanti.

Rumah sebesar ini penghuninya cuma aku dan ir, dan 3 anak gadis remaja yg.tidak kurang sibuknya dengan aktiviti sekolah..dapat berkumpul hanya waktu malam dalam waktu yg.sangat terhad..semua orang penat dan nak tidur awal, termasuk aku hihihi..
Rambutan 'budak sekolah' tahun ini mula berbuah untuk kali yg.kedua..wah banyak buahnya..harap boleh jadi hidangan hari raya nanti...cuma miming tak dapat rasa..tak apalah..sabarlah Ming.
Bunga ros masih setia berbunga..dan wangi
lavender borneo aku dari kota batu, masih subur menghias halaman.
bunga2 zinnia berwarna warni.
bunga permata cincin yg.tahan lama.
Semoga bunga2 ini bertahan kembangnya hingga diawal syawal nanti menyambut kepulangan 'Restu' anakanda tersayang.

Oklah kepada miming, tabahkan hati..berhari raya di asrama perkara biasa bagi 'anak rantau'
yg.penting ibadat puasa tu biar penuh dan ikhlas, ibadat sembahyang sunat terawih tu..biarlah penuh, tambah penat..tambah buat..cabarlah perasaan penat tu dengan mengerjakan ibadat sembahyang terawih ..bila kau berjaya disitulah nikmat ramadan tu..bagi orang yg.sabar.Ingat Ming..mama sayang kamu.
ok salam ceria, assalammualaikum.

8 comments:

  1. Assalam Puteri... hari raya ini masih berbunga matahari dilaman seperti tahun sebelum... insyaallah ada lagi yg berbunga menjelang hari raya..

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam Mar.
    insyaAllah. dah jadi tema hiasan halaman rumah si raja kuning ni..hihihi..tq mar.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak puteri,
    jumpa lagi setelah hampir 2 bulan saya tidak 'berbloging'. sibuk menjaga bonda yang kurang sihat.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Puteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa akak semoga bonda cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan segala urusan, amin. Warna Sari pun jaga kesihatan k

      Delete
  4. Salam kak puteri...sy minat sgt bunga lavender 2..kt mana kak dptkn ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Cahaya Nur.
      Terimakasih sudi berkunjung. Sebenarnya itu bukan lavendar Inggeris, akak yg baginama lavendar borneo.Bunga ni mudah hidup ada dijual di nusery sg.buluh. Akak pernah nampak.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete