Halaman yang lama ditinggalkan, sunyi dan tak terpeduli.
Banyak aktiviti sehingga melawat dan mencatat dalam blog terasa membuang masa. Tetapi bukan itu alasan sebenar. Tak ada masa nak update blog, itu masalahnya.Hahahaha..alasan lapuk.
Apa pun kembali aku bermenolog dalam diri menoleh kebelakang apa yang membuat aku sibuk sepanjang 2017 yang akan berakhir beberapa hari lagi.
Awal Januari 2017 membuat persediaan kembali ke sekolah.
Menyambut murid2 baharu, persediaan rapi dalam menghadapi suasaana kurikulum pendidikan negara yg berubah ubah, arahan2 yang terasa pelik, contoh perubahan bilangan masa mata pelajaran. Keluar pekeliling siaran mengenai semakan semula bilangan masa untuk KBSR tahun 1, secara berperingkat, bila dikaji, perubahan itu hanya pada perkataan sahaja, bilangan waktu cuma matematik yg terlibat, 6 masa jadi 7 masa, perubahan istilah pada mata pelajaran sains, sebelum semakan nama nya dunia sains, diubah menjadi sains sahaja, pendidikan seni visual diubah menjadi pendidikan seni saja..entah apa2..masuk lagi penegasan PAK21..iTHING lagi..macam2.
Berlalu masa januari, masuk bulan Febuari, ini untuk diri sendiri.Hihihi..
aku ada peluang ke tempat ini. Jom biar gambar bercerita kenangan aku ditempat ini.
riang ria di febuari
Aonang beach
mencatat kenangan bersama anakanda Rashid, Irma Restu dan Mira di Emerald pool
grup lawataan yang kami ikut, semuanya aktiviti mandi manda, belayar dan snokling
mandi di hot spring
belayar sambil makan. 7 island hopping.
Pemandangan ketika ke night market
snokling di laut andaman
Monkey island
Maya Beach
Nak pergi KRABI lagi lepas ini.
nak tulis banyak tapi tak cukup waktu. Biarlah gambar bercerita.
Assalammualaikum
nak tulis banyak tapi tak cukup waktu. Biarlah gambar bercerita.
Assalammualaikum
Selamat kembali bertugas.
ReplyDelete