Tuesday 31 December 2013

'Perpisahan ini' akhiri dengan senyum untuk mu '2013'

Berminggu aku tak mencatat dalam ruangan ini 'disini dalam lingkaran ini'
Di ulit kesibukan demi persiapan tugas rasmi dan menyiapkan keperluan anak2 utk.kembali ke sekolah.
Selain itu ada lagi yg.benar2 membuat aku sibuk.Hal ini nantilah kongsi cerita sebagai catatan permulaan kehadiran tahun 2014, iaitu esok.

Saat aku menulis catatan ini jarum jam menunjukkan ke angka 11.35 malam. Agak sunyi dan gelap gelita diluar sana.  Ini lah malam terakhir aku dan kita semua menghirup udara tahun 2013.  
Tentu banyak peristiwa yg.telah dilalui sepanjang berada ditahun 2013.

Bagi aku azam dan pencapaian yg.terlaksana di tahun 2013 hampir 87peratus terlaksana, alhamdulillah.
Biasanya azam utama aku ialah 1. Memperbanyakkan puasa sunat.2.Melaksanakan puasa sebanyak mungkin di bulan rejab, syaban dan puasa penuh di bulan Ramadan. 3.Berjimat cermat.4.Menyintai dan dicintai sepenuh hati.5.Menjadi insan yg.cemerlang dan berdaya saing,biasanya aku ingin selalu menang.

Kini tahun 2013 beberapa detik sahaja akan berlalu..selamat tinggal kenangan, mohon maaf kepada rakan maya yg.selalu tempat bergurau kata, maaf banyak2 dan terimakasih kerana selalu berkongsi ilmu kehidupan.
Ok lah, meski akan berpisah dengan tahun yg.banyak mencabar kematangan usia ku, namun aku akhiri dengan senyuman semanis coklet warna baju aku ni..hihihi..baju kenangan saat shoping dengan anakanda dr.Rashid, Mira,Irliani, Irnie Aida, dan Irna suhaila.
                                        Wajah akhir siang tadi, saat menghantar Irfa Amira ke airport.
Ok lah salam ceria selalu.'Selamat memasuki gerbang tahun 2014' semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah walau dimana jua berada. Assalammualaikum.

12 comments:

  1. Assalammualaikum kak..selamat thn baru ya akk puteri..semoga sentiasa ceria selalu.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih dik.Selamat tahun baru semoga segala permasalahan dapat diatasi dengan jayanya.

      Delete
  2. Salam kak..
    selamat tahun baru ..cantiknya akak ngan baju cokelat tuh..manis...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Hihihi baju coklet kenangan tentulah cantik..bajulah yg.cantik.
      Selamat tahun baru semoga segala hajat Allah makbulkan.Amin.

      Delete
  3. Assalam semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      InsyAllah, semoga kita semua tergolong dalam rahmat Allah setiap saat berlalu.Amin.

      Delete
  4. Assalam kak puteri,

    selamat tahun baru dan terima kasih banyak2 atas perkongsian benih akk Khas dari 'di sini dalam lingkaran ini' punya kebun. senyuman manis penghujung tahun. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Selamat tahun baru. Sama sama kasih dik..hihihi..benih tu tak seberapa, yang penting ikatan persahabatan ini. Semoga ceria selalu.

      Delete
  5. Asalamualaikum kak puteri,
    Kelihatan vouge ibu jelita ini. Manis sekali senyuman akhir tahun. Mudah-mudahan hari ini senyuman menjadi lebih manis sebagai pembuka lembaran baru 2014.
    Tahun ni saya tinggalkan 2013 dan terima 2014 di Malaysia. Sebelum ni saya melalui tempoh "dua tahun" di negara jiran.
    Selamat tahun baru kak puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik Warna Sari.
      eee puisinya nama ni.
      Terimakasih adik, hahaha cantik ke, yg.cantik tu baju sebab warna coklet, coklet tentulah manis, sangat maniskan.

      Mari bersahabat, perbaruhi persahabatan di tahun 2014 ini, bagi email warna sari, boleh?..nak rancang balik semenanjung hujung tahun ini.InsyAllah. Nak makan durian mardi di perak..macam adik cerita tu.InsyAllah.

      Delete
  6. selamat tahun baru......

    memang vouge gitu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Yan.
      hihihi iya lah tu..terimakasih dik.

      Delete