Saturday 4 January 2014

Aku dan Siri Junjung

Hari ini 5 Januari 2014.Entri pertama untuk tahun 2014. Berlalu cuti desimber yang panjang.Benar nama nya cuti, tetapi aku tetap dengan kesibukan melingkari ruang kehidupan seharian.  Nak dijadi kan catatan kenangan, minggu terakhir disember 2013, aku sibuk dengan membeli belah persiapan rombongan meminang untuk anak aku 'Ir Junior". Layaknya anak lelaki yg.sudah berkerja wajarlah mencari pasangan.  Dan dia telah memilihnya.Alhamdulillah.

Kini aku memasuki fasa memainkan peranan menjadi pengurus, mengurus hal2 pertunangan dan perkahwinan anak2.  Wah tersangatlah berat dan meletihkan.Dari soal2 memilih reben hiasan, bunga2 palsu hingga ke makanan tetamu sampai ke memasak makanan sehingga boleh dihidangkan kepada tetamu.  Berat ke?..hihihi..kalau masa mengandung diri sendiri je yg.angkat berat tu, bila lahir diri sendiri juga yg.rasa manisnya santapan mata menyaksikan wajah bayi comel yg.menjadi hak milik mutlak seorang ibu.

Bila hal2 pertunangan dan perkahwinan, wah tentulah melibatkan ramai orang.  Sampai ke hal2 budibicara.
Namun majlis aku berlangsung dengan meriah dan selamat.Alhamdulillah.


 Ini sirih junjung menjadi kepala rombongan untuk pembuka kata bicara. Yang aku rasa bangga sangat gubahan siri ini Rashid buat dibantu adik2 perempuannya.  Sebelum membuat seminggu sebelum kelmarin, aku beli siri dan aku gubah, ikut idea2 internet, nak cari warna bunga yg.sesuai.  Selepas ada idea, Miming pula susun elok2 dibantu suhaila. Lepas miming pulang ke IPDA, hasil gubahan biarkan begitu,...bila masa dah sampai subuh kelmarin, Rashid pula gantikan siri yg.baru dan tambah lagi sedikit 4 bekas kecil untuk irisan pinang, gambir, kapur dan tembakau, lengkap sangatlah siri junjung tu. Cantik tak?..hihihi..boleh lah kan.
Sekurang2 nya jimat buat sendiri.  Ibu2 yg.bakal ada anak teruna, berlatih lah buat benda2 ni..banyak kos boleh dijimatkan sebab kalau upah orang buat mereka caj bahan dan upah buat.  Bahan tak habis pun rm30.Bahan utamanya polestrin dan bunga je..siri baru 3 ringgit...tanam sendiri lagi lah bagus.Tanam siri tepi rumah.
                                                    Mula nya nak hias dengan bunga2 dihalaman terutama bunga zinnia yg.tahan layu dan matahari.Tapi rasa sayang pula nak gondolkan bunga2 yg.ada dihalaman, matahari pula besar sangat hihihi..ada ada je kan.. 4 bekas kecil dibawah tu dari pada kelongsong telur plastik yg.diberi oleh merry brown masa makan nasi mb hari tu..Mereka bagi dua biji bila asingkan kelonsong tu jadi 4..tak sangka pula ada gunanya.
                                      Rashid tekun menyiapkan kekemasan akhir hantaran dibantu simanis Irnie Aida.


                                             Ginilah rupa hantaran tu.
                                        Termasuk kek 11 dulang semuanya.
Ok lah sekadar untuk catatan kenangan..Nanti lah pula berita dan gambar sandingnya.
Salam ceria, assalammualaikum.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,
    Tahniah, dah tak lama lagi bakal terima menantu..
    bertambah meriah la nanti dan tentunya akan bertambah bilangan ahli keluarga. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih. Nak buat hari langsungnya mungkin pd.8 jun nanti sempena cuti sekolah, insyaAllah. Nanti jemput datang rumah ye..

      Delete
  2. Assalam kak,
    Hujan tidak, ribut tidak..tiba2 dah dapat berita nak dapat menantu...heeee...tahniah..moga kongsikan byk2 gambar lagi yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      Alhamdulillah gitulah ceritanya, tengah sibuk pulak ni nak cari tarik yg.sesuai berkaitan cuti utk.memudahkan segala pergerakan.Terimakasih dik.Nanti jemput datang rumah k. Mungkin pd.8 jun nanti kebetulan cuti sekolah agak panjang.InsyAllah.

      Delete
  3. cantik sangat gubahan sireh junjung n dulang2 umi, berkat air tangan umi n anak2...trima kasi utk segalanya....^_^

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tahniah ! Dah nak bermenantu ya..

    ReplyDelete
  6. Sangat Cantik bunga hiasan dijadikan hantaran

    ReplyDelete