Hari ini isnin, 27 Januari 2014. Memulakan tugas rasmi seperti biasa dalam keadaan badan letihn dan tak bermaya kerana aktiviti padat yg.dilakukan sepanjang minggu lapas.
24 januari, hari jumaat lepas jam bertugas, bergegas ke kl, penerbangan sebelah malam, cuaca sangat sejuk kerana tahun ini bumi di daerahku mengalami hujan yg.berlebihan dibandingkan tahun2 sebelum ini.
Pagi di kuala Lumpur 25 januari, hari sabtu, aku ir dan 'ir.Junior' seawal jam 7.00 pagi bergegas ke kampus MSU @ Management&Science University untuk menghadiri konvo, anakanda Rashid.
Ramai Pelajar dari pelbagai jurusan dan majlis penganugrahan ijazah dibuat dua sidang, pagi dan petang.
Anakanda Rashid dari International Medical School (IMS) kampus Banglore, India dibuat pada sesi pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Jom layan gambar kenangan.
Menitis juga airmata melihat anakanda Rashid mengadap Tuanku Permaisuri Agong Malaysia,alhamdulillah akhirnya dia berjaya tanpa tersekat dimana mana.

siswa-siswi berarak masuk dewan kampus MSU

Sempatlah anakanda Rashid senyum2 melihat kearah kamera kecilku, yg.aku seludup masuk hihihi, aku tak kesah suka hati aku ambik gambar kenangan..meski dilarang.

persembahan pertama dimulakan dengan persembahan koir lagu 'o le' mayang'..peserta koir tak menari, tapi ada sedikit gerakan kain kuning selit dijari sambil diayun ke kiri dan ke kanan, gerakan setempat macam yg.selalu aku tengok kanak2 pra tadika buat, ada tanda tanya dalam hati, mungkin kerana aku seorang cikgu. Tak apalah. Cuma aku tergelak besar bila aku kupas 'messages' persembahan pertama itu, kepada 'ir'. Aku mentafsirkan messagenya ialah kalau jatuh sakit, pergi berubat kampung dulu, kalau tak serasi@sembuh, barulah jumpa doktor..hihihi..maklumlah masyarakt sekarang ini, tak kira apa kaum pun, masih bersemangat berubat cara tradisional.
Satu lagi situasi pagi itu yg.membuat aku teringat 'Hang Tuah' pahlawan Melayu yg.bijaksana.
Hang Tuah di hantar ke negara Cina, oleh sultan utk.meninjau kekuatan tentera cina dan bagai mana rupa paras raja cina, zaman itu raja cina tak boleh dilihat wajahnya oleh orang asing, raja duduk di tempat tinggi dan tetamu tak boleh mendongak melihat muka raja, semua tetamu mesti tunduk hormat walau pun masa makan. Hang Tuah meminta hidangan sayur 'kangkung ' yg.tidak di potong pendek, biarkan panjang2. Cara makannya mestilah kangkung diangkat tinggi2, nganga mulut sembil mendongak ke atas, dengan cara makan sedemikian rupa, dapatlah Hang Tuah melihat wajah raja Cina, pembesar cina nak marah, tapi Hang Tuah kata itulah cara nak makan ulam kangkung tersebut. Hahaha bijakkan.
Nak jadikan cerita, persembahan koir di dewan MSU pagi itu, permaisuri Agong duduk dikerusi kuning atas pentas. Kedudukan pentas dewan, randah.Persembahan koir dibuat di bahagian atas, tingkat atas. Untuk menyaksikan koir ini, Permaisuri Agong terpaksa mendongak, melihat penyanyi yg.bersuara nyaring tapi merdu.
Lalu jiwa 'melayu' aku tersentuh.Pada akulah, patut persembahan itu buatlah dibahagian bawah.Jangan buat permaisuri Agong Malaysia, duduk mendongak tengok rakyat jelata, rasanya itu dah silap dalam adat raja2 melayu lama, tapi kalau adat raja melayu moden, aku tak belajar lagi hihihi..aku masih rasa terkilan.

Lembut dan lunak suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Baginda simbol 'Bonda' Malaysia. Jauh disudut hati aku menyayangi dan sangat menghormatinya, dan berdoa semoga baginda bahagia didunia dan akhirat.
Siswa-siswi bergambar didataran perkarangan dewan.Diantaranya anak aku 'acit'
Wajah wajah ini simbol perjuangan hidup ku sekian lama.
Tahniah Dr.Rashid.
Rashid dan Irfan, adik beradik kembar. Seorang cikgu, seorang doktor, ketentuan Allah. Syukur alhamdulillah.
Setelah dewan bersurai, aku dan ir, melangkah seperti biasa, berpimpin tangan, jom pulang..hihihi.
Mereka bergelak ketawa, seperti biasa Ir.Junior, suka sangat mengusik Rashid.Kemesraan sikembar bersaudara.
Ok lah sekadar catatan kenangan untuk kenangan.,penerbangan balik pd. hari ahad, malam isnin, sampai rumah jam 2.30 pagi isnin. Jam 7.00 pagi hari isnin dalam kelas, dengan semangat berkobar2 nak ajar anak murid, agar pandai semoga akan bertambah bilangan guru dan doktor malaysia yg.tercinta.