Friday 14 February 2014

Andai ini warna emosi, tentunya cantik sekali.

Hujan renyai2 sejak subuh tadi, menyebabkan cuaca terasa sejuk dan membentuk pemandangan cantik pada bunga2 yg.tumbuh dihalaman.  Awal aku bangun untuk menikmati bunga2 yg.mekar dihalaman.
Jom tengok titisan hujan dikelopak bunga.
Kuntum seri pagi yg.menghiasi kolam ikan hiasan dihalaman rumah

                                        Warna ini membuat emosi jadi lembut dan ingin berpuisi seperti hari hari kelmarin yg.diulit masa luang yg.panjang. 
                                          Zinnia putih yg.mengingatkan aku pd.Ummuaidan di bumi Fiji, bayangkan bunga dari halaman ini telah tumbuh dibumi Fiji jauh disudut samudera..ada doa yg.mengalir untuk keluarga itu.

Memerhati titis titis hujan dikelopak mawar ini, mengingatkan aku pd.seorang adik rakan blog yg.sangat sukakan hujan, jauh disudut hati ada tanda tanya , ada kah dia telah menerima kiriman yg.aku titipkan pd.10 januari yg.berlalu.  Sekadar sebuah ingatan dan tanda persahabatan.

Mawar merah jambu ku yg.cukup tabah menentang cuaca tak kira hujan atau panas terik selagi aku menghulurkan kasih sayang untuk terus menemani dan menyayanginya. Alhamdulillah.
                Esok2 akan ada lagi kuntum2 besar yg.akan dipersembahkannya utk.ku..lihat tu, kuntum yg.belum mekar.  
Terlanjur tengok titisan air hujan di kelopak bunga, terbaca pantun dan puisi diblog Nizam.Arif, melihat kegigihan Tuan Is diblog tanam sendiri.com, emosi menjadi berwarna, membuat aku ingin menyanyi sambil menghayati senikata lagu Alleycat ini 'Joget terluka'..indah  sangat pantun2 yg.digubah serasi dengan iramanya.  Lagu ini utk. sigadis yg.sangat suka kan hujan,..diri aku, ummuaidan dibumi Fiji dan Nizam yg.tak jemu2 menulis ayat2 puitis bersulam benda2 tersirat membantu aku merenung semula emosi diri tentang kecintaan pd.indahnya sastera melayu.  Terimakasih utk.sahabat semua.

Jom dengar untuk hiburkan diri saat bersantai, sambil2 blog walking. Ok.assalammualaikum.







8 comments:

  1. Bunga yang cantik dan mekar jadi penenang jiwa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali bangchik n kakdah.Terimakasih menceriakan halaman ini.

      Delete
  2. salam kak,
    Baru sempat nak berbicara...ah cantiknya seri pagi ditambah lagi ngan titisan air slps hujan mmg bersemarak cinta tuh...heheh...
    Oh yer kak..tak dpt nak kekenduri besar tuh kerana awal bulan 12 baru balik sana..kalau ms tuh akak ade disemenangjung inshaallah bolehlah ketemu yer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      semarak cinta saat hujan turun, sejuk hihihi.
      Ok tak apalah, InsyaAllah andai ada kesempatan, akan adalah pertemuan kan, dengan izin dari Nya.

      Delete
  3. Cantik2 bunga si Tuan Puteri..biru , putih dan merah jambu.lengkap emosi gembira kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, dah lengkap emosi ceria, gembira, tenang berbaur rindu. Banyak benar nostalgia membuahkan naluri rindu, rindu pd.mereka yg.dah berlalu bersama masa.

      Delete
  4. Mata saya mesti la berkenan kat morning glory tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita hihihi, terimakasih Nor, sudi bertandang.

      Delete