Tuesday 4 February 2014

Hijau menjadi perang, kuning menjadi hitam.

Hari ini 4 Februari, hari selasa yg.panas namun terasa hembusan bayu dingin seperti udara di kaki gunung kinabalu.
4 hari cuti sempena tahun baru cina, aku mulakan semangat berkebun dengan membersihkan tapak tanaman yg.ditumbuhi rumput liar yg.tidak terkawal.
Gambar dibawah ini menunjukkan rumput hijau yg.memenuhi ruang tapak tanaman sayur hijau yg.aku tak berdaya untuk merumput nya. Kelihatan warna hijau dan segar.

                                     Tidak berdaya untuk merumput, hari sabtu 1 februari, aku guna racun rumput.  selang 3 hari rumput yg.hijau segar dan nyaman bertukar warna menjadi perang, kering dan mati.  Ada rasa bersalah dalam hati, namun apakan daya, ini jalan yg.sedikit mudah untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam.
                                          3 kawasan petak ini nanti akan menghijau semula dengan tumbuhan sayur hijau yg.lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.Bukan kah ini lebih baik.  Cara ini untuk memujuk hati yg.rasa bersalah kerana membunuh rumput2 liar yg.membekalkan banyak oksigen dipersekitaran halaman rumah ku.
                                                           
                                                         KUNING bertukar menjadi HITAM.
Peredaran masa membuatkan  si 'raja kuning' ini menjadi hitam, kusam dan hilang segala daya tarikannya. Ia umpama hidup manusia.Muda, cergas, cantik tetiba bertukar menjadi tua dan tak berdaya.  Gunalah masa yg.terluang utk.perkara kebaikan. 
Ok lah untuk catatan di awal februari ini.  Salam ceria selalu.Assalammualaikum.

10 comments:

  1. Begitulah putaran alam.. yg baru jadi lama..yg kuat menjadi lemah... yg indah menjadi kusam dan pudar... patah tumbuh hilang berganti.. semoga tanaman akan dtg menghijaukan semula suasana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.Terimakasih Mar.
      "patah tumbuh, hilang berganti..' ini buat semangat ni, nak cepat2 ada persekitaran yg.cantik.

      Delete
  2. Taman adalah kanvas... dengan sedikit sentuhan, potret kesukaan anda akan terhasil... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangchik and Kakdah, terimakasih sudi menjenguk halaman kita disini dalam lingkaran ini. Betullah 'taman adalah kanvas, diri sendiri yg.mewarnainya. Terimakasih ya.

      Delete
  3. Salam kak,
    tak mengapalah rs bersalah tuh mungkin kejap jer..inshaallah bila nak menghjiau ngan sayur2 sawi akak nanti kembali ceria dan lg ceria rsnya hati kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Betul. semoga segalanya kembali hijau dan berguna bagi kepuasan mata yg.menatap.

      Delete
  4. Kalau sy pun guna kaedah yg sama kak untuk kawasan luas macam ni...x daya nk merumput

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah luas kawasan tambah banyak guna tenaga dan kesabaran. Terimakasih Nadia, masih setia saling berkunjung..mari tanam sawi bujang.

      Delete
  5. Assalam kak puteri,
    Kdg2 kita terpaksa lepaskan sesuatu yg kita syg utk sesuatu yg lain. Kita juga jarang dpt memiliki semua yg kita inginkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Warna Sari..
      nama yg.indah..hihihi..betul dik..sangat jarang kita dapat semua benda yg.kita mau, mesti salah satu je..dan tentunya yg.kita dapat tu yg.terbaik buat kita. Terimakasih dik.

      Delete