Sunday 16 February 2014

Majlis Pertama di Tanah Pantai

Saat ini hujan lebat .Warna hitam mewarnai gelap malam.Jarum jam ke angka 10. Suasana sangat sunyi, hanya aku dan Lia masih setia mengadap skrin PC. Ahad siang tadi 16 februari, aku dan ir menghantar tiang pagar ke tanah pantai.Kerja2 memagar tanah pantai masih belum selesai.

Kelmarin 15 februari hari sabtu, aku dan anakanda Rashid menghadiri majlis perkahwinan anak gadis  encik Jumin.Majlis dibuat di tepi pantai, kawasan tanah kepunyaan en Jumin. Kedudukan tanah ini sebaris dengan tanah pantai tempat aku, cuma tanah pantai kepunyaan ku terletak paling hujung.
Ini lah majlis pertama dibuat di kawasan tanah pantai sejak ia mula diteroka setahun yg.lalu.
Majlis agak meriah, ramai tetamu datang.
Jom tengok gambar kenangan.

Khemah tempat majlis diadakan.


Pasangan pengantin dari negara Jepun.Pengantin perempuan dari suku dusun kota belud, dusun krestian.Gambar atas rombongan jepun disambut oleh ayah pengantin lelaki juga dari jepun.Aku perhati adat mereka, mereka tak bersalam tapi saling tunduk hormat beberapa kali.

                                              Anakanda Rashid, selesa berbual dengan wanita jepun, yg.memakai baju kurung songket hijau, suaminya guru pembimbing BI, di sekolah aku, orang British..hihihi..isterinya org.jepun.
 
  ramai anak muda orang putih hadir,berpakaian kemeja putih, mungkin pekerja syarikat yg.menjadi rakan2 setugas pasangan pengantin.
                                        Cikgu Zinin salah seorang cikgu dari sekolah aku bersama mr.David.
                                             
Anakanda Rashid berkesempatan bergambar dgn.En.Jumin, ayah pengantin perempuan, tak dapat ambik gambar pengantin perempuan, terlalu ramai orang..aku nak pinjam traktor pakcik Jumin ni..dia ada traktor sebab tu, dia cepat membangunkan tanah yg.dimilikinya..dia tanam kelapa sawit dan bahagian yg.dekat pantai dia buatkan rekreasi pelancongan, sedang dalam usaha persendirian.  Aku tak dapat kejar usaha pakcik ni.
                                         Biarlah anakanda aku ni, rehat sepuas hati sementara menunggu penempatan bertugas..masih dalam proses penyusunan penempatan.
                                         Kanak2lah yg.riang bila jumpa air.
Irama gong bersahut sahutan dengan gendang dan gamilan, memecahkan suasan sunyi di pantai itu..ombak tetap menyanyikan irama dari lautan yg.terbentang luas.
                                      Gadis2 pengapit pengantin perempuan,bergaun merah jambu, tak terlepas ingin bermain air dan pasir.
                                  Ok.dah jam10.45 malam, nak tidur, sekadar catatan kenangan, salam ceria dan assalammualaikum.


10 comments:

  1. Salam Puteri,

    Tentu meriah sekali majlis di kawasan pantai! Anak2 tentunya seronok sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mak Aji.
      hihihi meriah juga, tapi pertamakali saya menghadiri majlis perkahwinan sebegini maksudnya perkahwinan campur antara dua benua, jamuan disediakan oleh org.islam, meski pengantin ini sekeluarga bukan org.Islam..

      Delete
  2. Tahniah majlis dah selesai, boleh tarik nafas lega dan lena...... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi bangchik and kakdah, kita cuma tetamu dalam majlis ini, tapi tentulah keluarga encik Jumin lega kerana majlis besar mereka telah selesai dengan jayanya dalam keadaan harmoni.

      Delete
  3. salam kak..wah tanah pantai tuh komersial jugakkan..tak sabar nak tengok akak bangunkak..
    seronokkan majlis tepi pantai.boleh cuci2 mata..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      betul, tanah yg.akak tengah usahakan ini sangat tinggi nilainya, utk.pertanian dan pelancungan..cuma modal tak cukup utk.membangunkannya..terpaksa buat slow2..hihihi bolehlah kan.
      Cuci mata dengan suasana ombak,pasir pantai dan gadis2 yg.turut dalam rombongan hemm..mereka cun melecun.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak puteri, berjumpa kembali di maya ini. Dah terlepas 2-3 entri kak puteri, sempat baca tapi tak sempat nak komen.
    Meriah kan majlis di kawasan yang seluas begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Meriah sekali dan jimat belanja, tak perlu pasang kipas angin..dapat angin ori dari lautan yg.terbentang luas.Best sangat.

      Delete
  5. salam kak puteri...best kan bila ada majlis meriah mcm ni..tambahan pula pelbagai kaum bangsa dan agama...kita boleh tgk pelbagai cara adat mereka...suka dengan majlis yg bertempat pada kawasan lapang mcm ni..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      Betul, dapat bergaul dan menyaksikan adat budaya pelbagai kaum banyak memberi inspirasi dan menguatkan semangat 1 Malaysia hihihi..terimakasih dik.

      Delete