Monday 7 April 2014

7 April 2014, berakhir dan bermula.

Isnin 7 april, siang tadi, aku tinggalkan kawasan itu dan melangkah masuk ke pesekitaran yg.baru.  Ada juraian air mata yang mengalir.
Bermula dari aku terima surat dibawah ini.
 
Kemudian menyusul surat kedua

Dan siang tadi aku tinggalkan semua yg.aku bentuk dan terlibat mengusahakannya dalam tempoh belasan tahun.
Hanya kotak yg.dihias cantik ini yg.aku bawa keluar dari ruang itu, persekitaran itu.
Ini kotak kenangan dihias kemas dan cantik, secantik persahabatan dan ikatan kami, kemesraan kami.
Ada air mata dan sebak hati yg.tak terhingga, tak terkata.
                                        Aku buka kotak kenangan ini, ia menyemburkan wangian perasaan.
Perasaan mesra persahabatan dan keikhlasan.  Hemm..ada sebak dihatiku saat ini.
 Pemberian ini menyentuh hati ku. Hari hari bersama rakan2 guru di sekolah ini, tak akan berulang lagi.
Cuma ada catatan memori dalam hati dan lukisan kenangan.


 Inilah hadiah perpisahan antara kami.
Sepasang kain bersulam merah hijau, dan sehelai tudung merah jambu berselang warna unggu.
Sedondon warna kain dan tudung, tentunya warna ini mewakili emosi setiap guru2 aku yg.sanggup berpakat mendermakan duit untuk membeli hadiah hati ini.
Warna ini lukisan rasa..rasa hati yg.memberikannya..sebak rasa untuk sebuah perpisahan.
Tentunya pemberian ini ku terima dengan hati yg.terharu.  Tak ada ucapan lebih bermakna
hanya ucapan keramat, diucapkan oleh seluruh manusia didunia ini iatu
' terimakasih cikgu'
Berkurangnya kesempatan, akibat kesuntukan waktu dan perkara perkara yg.berlaku secara mendadak, tak sempat berucap salam bermaafan, untuk itu kepada warga 'cikgu, anak murid dan ibubapa' minta maaf dalam semua perkara yg.menyentuh hati ketika bersama. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatnya kepada kita semua.Amin.
Ok, salam ceria selalu dan assalammualaikum.

10 comments:

  1. assalam kak,
    akak kena transfer kat sekolah lain pulak yer...mesti sedih kan sbb dah lama kat situ...apapun semoga beroleh kegembiraan br kat tmt baru...take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      entah lah tak ada apa tetiba kena tukar.Dah lah nak buat majlis akhir mei ini, kena pula pindah dan menghadapi situasi baru.Ikut je lah.

      Delete
  2. Assalam kak puteri,

    Sedih pulak baca entry akk ni,semoga anak2 didik akak berjaya dalam ape jua bidang yang di ceburi. Selamat bertugas di tempat baru. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih ya, amin InsyaAllah.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak puteri,
    Sy amat memahami perasaan kak puteri, tempat jatuh lagikan kita kenang, ini pulak tempat mencurah ilmu untuk anak2 didik. Apapun setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.
    Selamat bertugas di tempat baru kak. Semoga kak puteri cepat beradaptasi dengan tempat dengan situasi yang serba baru.
    Sayang kak puteri. Sy dah emelkan alamat..tq kak puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Warna Sari. eee indahnya nama..hihihi..
      Terimakasih atas doa dan ingatan adik. Email dah terima, nanti ada kelapangan dapatlah kirimkan udang kecil tu..salam sayang dar kejauhan hihihi..jom gelak2.

      Delete
  4. Assalamualaikum Mas ni Fauziah / G ex stpm...apa khabar mas semuga mas sihat2 yer kalau senang ctc g di 019-6553030

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam G.
      khabar baik. Alhamdulillah semua nya sihat.InsyaAllah nanti kita berhubung ye.Jemputlah jalan2 ke KB. 1 jun,hari ahad majlis perkahwinan anakanda 'ir JR' yang hadir sama masa reunion kita di mghs tahun oktober 2010 yg.lalu.G ingat kan.

      Delete