Sunday 6 April 2014

Hasil Laut Lembah Seribu Bintang

Hari ini ahad, 6 April. Terakhir menulis catatan dihalaman 'di sini dalam lingkaran ini' pd.24 Mac yg.lalu. hemm.. 13 hari tak menulis apa apa catatan, tentulah ada banyak alasan2 yg.berkaitan dengan kesibukan.
Terlalu sibuk.  Namun hari ini kenangan yg.dilalui mesti disimpan dan dicatat sebagai tatapan hari esok.

Jom tengok gambar.
Apa dalam guni ini?..huhu berat ni.


hahaha inilah isi nya. Pernah tengok?
 Awal pagi aku ke tanah pantai, untuk melihat projek membajak batas tembikai, dalam jam 10.30 pagi ada beberapa orang kampung berlari2 dengan alat menangkap udang geragau ini.Nama alat dalam bahasa tempatan 'sadak'. Aku relex je tengok gelagat mereka, berendam, berenang anak dalam air laut yg.sedang tenang, tak ada ombak langsung. 

Dari atas beranda rumah, aku lihat air laut kelihatan berwarna merah, seperti warna sabut kelapa terbentang luas, wah aku pun bersama Aida berlari anak menuju tepi pantai, ..rasa terpegun melihat rupanya benda kelihatan merah terapung itu, kumpulan udang geragau mendekati pantai.   Tak ada kamera nak rakam situasi dipantai itu.Sekejap je mereka dapat 4 karung.

Karung yg.ke 5, aku beli.  Aku bagi2 lah dengan saudara mara yg.aku jumpa dan yg.berdekatan rumah.
Baki nya  dekat setengah karung lagi..tak tau nak buat apa, banyak sangat.Ingat nak keringkan buat belacan, tapi petang sekitar jam 3, tetiba hujan..tak dapat buat apalah..terpaksa simpan dalam peti beku..pasti nya akan rosak jadi air batu.
                                               Banyak sangat. Ini udang 'geragau' kata emak angkat aku di Melaka. Melayu Melaka buat cincalok..zaman dulu2, tak tahu sekarang masih ada tak.
                                       Masa dipantai tadi, udang ni hiduplagi
                                              Manis isi nya.
 Aku buat sikit macam resepi bawah ni, campur tepung, goreng.
 
 
 Panas2 sedap cica sos kfc. Yg.lain aku buat sambal pedas, macam sambal ikan bilis..makan dengan nasi lemak.  Itu pun kalau aku cukup masa.

Benar2 rasa seronok dapat melihat hasil laut dari tanah pantai 'lembah seribu bintang' menurut cerita orang sekeliling, kawasan laut depan tanah pantai 'lembah seribu bintang' menjadi tempat berjenis ikan berkumpul, kalau musim udang kertas, udang kertaslah mereka akan dapat, kalau musim ikan belanak, ikan belanak lah mereka dapat.  Rasanya tak sabar nak menunggu cuti bulan jun nanti, nak buat aktiviti 'memukat' waktu awal pagi dan menyuluh ketam waktu malam masa terang bulan purnama.InsyAllah. 
Ok lah, salam ceria, assalammualaikum.

8 comments:

  1. Bestnya... geram tengok udang2 yg jernih kemerahan tu...saya juga suka menyuluh ketam.... seronok sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat Mar, pengalaman yg.tak terkata, kalau nak email alamat nanti boleh kongsi yg.dah dikeringkan tu..murah je kat sini.

      Delete
  2. Masyaallah...seronoknya tengok udang yg byk ni. Semestinya manis, segar terus dari laut. Dpt rasakan keenakan cucur yg kak puteri goreng tu...sambal pun sedap. ..kat sini udang geragau kering susah dpt dan kalau dpt pun sgt mahal. Mcm nak terbang pegi mkn cucur udang kak puteri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..jom lah datang, kan dah kata ari tu, email alamat..kalau yg.kering tengah musim sekarang ni, 2 ringgit dia bagi satu plastik yg.muat 2kg gula..banyak boleh pos.

      Delete
    2. sory kak puteri....lupa, dok kalut sana sini, pastu dah masuk wad pulak gara-gara si aedes tu. .

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. best nya kak puteri...rezeki Allah bagi banyak betul sampai tak tahu nak buat apa...kalau buat rencah untuk sayur grg pun sedap ni...erm menyuluh ketam x pernah alami lg...

    ReplyDelete
  5. Sedap udang kecil ni, kuahnya manis, makan mentah pun sedap, perah asam limau nipis dan campurkan cili padi separu matang dan hirisan bawang besar..aktiviti menyuluh ketam suri sangat menyeronokkan, lebih lagi kalau terang bulan ditepi pantai.

    ReplyDelete