Wednesday, 21 May 2014

catatan kemarin

Hari berselang, minggu berlalu, tiada catatan dapat dikongsikan, namun aktiviti tetap diteruskan, hari demi hari. Sesekali ada kamera terselit dalam beg tangan, dapat juga abadikan beberapa detik perkembangan aktiviti untuk diabadikan sebagai kenangan.

Jom kongsi cerita perkembangan tanah pantai.
 Batas2 tembikai yg.sudah lama tersedia, kini baru selesai kerja2 membuat lapik plastik  tutup bumi. Kelihatan gunung kinabalu terpacak rata dikaki langit.  Cantik kan.

                                         Pondok pantai yg.dah lama siap namun tak sempat dicat, semakin warna kayunya pudar dihakis panas mentari dan tempias hujan, pudar ..kasihankan.  Kini rumah ini dihuni oleh sebuah keluarga kecil, cuma 3 orang ahlinya, ayah, ibu dan seorang anak lelaki baru berusia 2 tahun..keluarga inilah yg.sedang menjaga dan berdikit2 mengerjakan projek tembikai aku di tanah pantai ini.
Tunggulah hasil usahanya.
                                   Kemarin kemarin juga, aku bawa abang aku 'abang Haji Mat' melawat tanah pantai.  Abang sangat khuatir aku melaburkan duit yg.banyak mengurus tanah ini, abang bimbang usaha aku tidak berbaloi, namun aku berdegil hihihi..aku cuma ingin 'mencuba'..semoga abang dapat mendoakan kejayaan aku.  InsyaAllah.
                                    ' Peria katak' diluar pagar..peria ini bekas tapak peria yg.aku usahakan dihari2 kemarin, namun kesibukan, ia hidup sendiri mencari haluan sendiri sendiri..kasihan kan.
            Ini pula berusaha panjat pokok limau nipis yg.subur daunnya..ia nampak selesa disitu, berdua-duaan.
                                           Ini  menyendiri, lebih baik beginikan..berteman kelikir dan selut tanah merah pabila hujan melanda.
                                     Ini buah yg.dah terlebih matang,benih bertabur dicelah pokok limau nipis. Cantik merah biji peria.

                                       Nampak sihat dan menyelerakan, sedap buat ulam.  Namun aku tak petik buah2 ni..aku biarkan terus matang nak simpan buat benih. Bila dah ada kesempatan nanti..aku akan tanam dan urus mengikut adatnya bertanam sayur.


 Ini hasil yg.terbiar..bolehlah buat benih.  Terung kari ini pokoknya masih terus berbuah.Tak habis nak makan.
Inilah catatan kemarin kemarin yg.akhirnya dicatatkan juga sebagai catatan hari ini, sekadar untuk sebuah kenangan yg.aku masih aktif berkebun walau masa semakin mengecil.Ok lah salam ceria selalu.Assalammualaikum.

8 comments:

  1. Merah rupanya biji benih peria katak ni...besar size nya..yg biasa tgk size ketot2...

    ReplyDelete
  2. salam akak,
    mestinya sibuk ngan persiapan perkahwinan IR jr kan...semoga semuanya dipermudahkan...ingatkan rumah pantai tu dibuat tuk akak sefamily dtg releks..rupanya umah pekerja ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Amin.InsyaAllah. Rumah tu memang rasanya utk.rehat2 je..tapi dah terlanjur ambik pekerja terpaksa pula bagi mereka duduk, sementara buatkan mereka rumah yg.lain.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak puteri,
    Luasnya kawasan Lembah Seribu Bintang ni...
    Tak sabar menunggu hasil tembikai ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih masih terusbersama. InsyaAllah, diizinkan Allah akan dapatlah hasilnya nanti, masih menunggu pekerja lain datang, lulus kuota 4 org.

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Cantiknya tanah pantai yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu! Buah peria sampai tak termakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak aji.
      hihihi sibuk benarlah sekarang ni, sebab tu dah jarang masak beria sangat.Terimakasih mak aji.

      Delete