Monday 14 July 2014

Jambatan 'sikal' di tanah pantai.

Hari ini isnin 14 julai, baru selesai menikmati juadah berbuka puasa.
Tak terasa masa berlalu begitu pantas, esok 15 julai, dah masuk hari ke 17 ramadan, sekejap lagi akan ke masjid untuk sholat tarawih..saat menunggu ambil kesempatan berkongsi kenangan pembinaan jambatan di tanah pantai.

Jom tengok gambar kenangan, jambatan ini hanya dibuat oleh En.Sikal dibantu oleh anak saudaranya Maman, seorang anak remaja yg.masih terlalu muda..diusia sekitar 13 tahun.
Ini keadaan gambar 1 julai yg.lalu.

 Jambatan ini perlu segera disiapkan untuk mengangkut hasil buah dijangka hujung ogos nanti.
Berdikit -dikit En.Sikal menyiapkannya.Memotong besi dan menggaul simin dan batu dibuat sepenuhnya dengan tenaga sendiri tanpa bantuan mesin..tak ada tenaga elektrik.

 Keadaan terkini pokok tembikai yg.ditanam pd.17 jun yg.lalu.
Banyak kerja yg.terpaksa dilalukan oleh si Jon penjaga kebun ini.Pokok pokok tembikai yg.menjalar perlu sentiasa dialihkan ke tengah batas, proses membuang buah pertama, mengepam racun2 serangga dan ulat, menyiram baja dan air..semuanya perlukan petrol. .dalam 4 hari aku berbelanja petrol sebanyak rm45.00
banyak kos digunakan untuk kebun tembikai ini. Semoga hasilnya nanti akan berbaloi.

 keadaan jambatan pada 12 julai hari sabtu

 Ir dalam cuaca panas terik memerhati En.Sikal gigih melaksanakan tugasnya.
Kalau jambatan ini siap akan dinamakan "Jambatan Sikal"..sempena nama tukang nya.

2 comments:

  1. Wah semakin hari semakin cantik tempat ni. InsyaAllah akan berjaya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, amin.Terimakasih tuan Is.

    ReplyDelete