Sunday 31 August 2014

Salam Kemerdekaan- Lahirlah cinta ku pada tarikh keramat itu.

Siang tadi 31 Ogos menjadi tarikh sejarah buat negara Malaysia tercinta. Doa restu untuk para pejuang tanah air yg.pastinya telah bertungkuslumus berusaha memerdekakan negara dari cengkaman musuh sesama manusia, kemiskinan dan gejalah sosial.

Bagi aku kehadiran 31 Ogos mencatat sejarah tersendiri kerana 'Restu' lahir jam 12.45 minit tengah malam dikala itu..namun kerana terlebih 45 minit, doktor catatkan kelahirannya memasuki 1 september.
ok 'happy birthday' untuk anakanda tersayang.
Semoga Allah permudahkan segala urusan, selamat dunia akhirat, bersemangat dalam hidup,jangan putus asa dalam perkara2 yg.melelahkan,Allah lindungi dari segala bala petaka, Allah makbulkan segala doa dan hajat..amin.
Salam teramat sayang.
Assalammualaikum dan salam merdeka utk semua.

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,
    Salam kemerdekaan untuk kita rakyat Malaysia.
    Selamat menyambut ulang tahun untuk adik 'Restu'. Semoga 'Restu' menjadi anak yang dalam dadanya dipenuhi keimanan, menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa dan anak yang berbakti untuk agama, bangsa, dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Terimakasih.Amin.Semoga Allah masukkan kita semua dalam golongan hambaNya yg.sentiasa mendapat perlindungan didunia dan akhirat.

      Delete
  2. PT dah send gambar2 Bukit Merah via e-mel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih banyak2. Dah buka dan copy gambar2 tu.

      Delete
  3. salam kak,
    selamat ulangtahun kemerdekaan tuk malaysia dan anak2 malaysia...selamat hari lahir tuk adik restu..syg kan..terlebih 45 min lak nak jd anak merdeka..:)

    ReplyDelete
  4. Salam Puteri,

    Kalau anakanda Puteri lahir lewat 45 minit, cucu sulung Mak Aji terlebih awal sehari, 30 Ogos - masing2 dok kata, mengapalah tak tunggu esoknya?! Apapun sudah Allah tentukan saatnya, mana boleh percepat atau perlambat ya! Salam kemerdekaan yang terlambat, he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak aji.
      hihihi..begitulah ketentuan Allah, kita mau tapi mana boleh pilih pilihkan..

      Delete