Thursday 7 August 2014

yang tercatat dipagi satu syawal 2014


Saat ini jam 9.50 minit malam 7 ogos-hari khamis.Esok hari jumaat 8 ogos.
Bulan syawal semakin matang dilangit sana..meski bentuk bulatannya belum penuh, namun cahayanya sudah cukup terang menerangi halaman rumah ku.

Senja tadi aku ke tanah pantai ditemani Lia, mama Yanti dan suaminya.  Jon sekeluarga bertolak petang tadi untuk urusan memperbaruhi pas kerja mereka sekaligus meninggalkan ladang tembikai yg.sedang menanti hari untuk dituai.  Entahlah semua yg.terjadi ketentuan Allah.

Pagi syawal ke masjid untuk sembahyang sunat aidil fitri. Ayu dan suhaila tak dapat serta.
Mungkin kerana aku sekeluarga sudah melalui pelbagai aktiviti disepanjang tahun 2014 ini, maka kehadiran hari raya terasa seperti biasa2 saja.
Mira tidak bersama, mungkin sebab itu aku rasa tak meriah..aku letih..tak ada apa yg.aku sediakan untuk hari raya tahun ini..namun alhamdulillah aku,ir dan anak2 sempat melalui ramadan dengan tenang dan aman, sempat menghabiskan sembahayag tarawih, berpuasa penuh dengan izin Allah.
inilah cahaya hidup aku, menemani aku ke masjid utk.sembahyang hari raya bersama sama.  Tak sempat ambil gambar Ir, entah dia kemana.
aku dan anak menantu aku sempat lah bergambar dengan bunga pujaan ini, ia tersenyum mengiringi senyuman Hartini menantu sulung aku yg.cantik hihihi.
Ini keluarga abang sepupu aku sebelah ayah abang Baudin serta isteri dan anak anak.
mesranya anak anak saat bersama meski jarang bersua.

saban tahun keluarga ini sentiasa berkunjung..ada ikatan persahabatan, persaudaraan yg.tulin antara kami.
Semoga berkekalan selagi dunia berputar.
Pakcik dan makcik aku, kedua orang tua ini amat bererti dalam perjalanan hidup aku bersama Ir.
Pakcik aku ini guru besar yg.sudah berpencen, makcik suri rumah sepenuh masa.
Apa apa hal aku mesti cari dan mengadu dengan kedua orang tua ini..mereka melayan aku sekeluarga seperti anak sendiri.Terimakasih pakcik dan makcik.
keadaan bunga bunga matahari aku pada 6 ogos.Mekar dan setiap pokok mengeluarkan banyak kuntum.
Cantik kan, tak rugi menanamnya.


Ok lah sekadar catatan untuk kenangan, buat  tatapan Mira dan Ayu yg.sentiasa didalam hati mama.
Assalammualaikum.

8 comments:

  1. Assalam Puteri... selamat hari raya maaf zahir .. masyaallah .. tinggi orang bunga2 tu.. bunganya pun selebar muka kita ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      hihihi..betullah bunga ni besar selebar muka. Jom tanam.

      Delete
  2. selamat hari raya tuk akak sekeluarga..cantiknya menantu baru tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga untuk ummu sekeluarga..maaf lambat respont..hihihi cantik kan.

      Delete
  3. Salam aidilfitri Puteri,

    Seronok berkumpul dengan kaum keluarga untuk menyambut hari lebaran! Meriah sekali bunga matahari, bagus betul timing berbunga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mak Haji.
      betul, bunga ni dah lama menjadi bunga kegemaran keluarga..selalu menjadi hiburan keluarga...tq mak aji

      Delete
  4. Assalamualaikum kak puteri...Salam Aidilfitri
    Cantik betul bunga2 matahari tu...kena dengan tema kuning nya kak...meriah tak nampak akak keletihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam nadiah.
      hihihi tak nampak letih ye..alhamdulillah..semoga berterusan sihat.

      Delete