Tuesday 16 September 2014

Terlebih baja, terlebih air, terlebih R a J i N = membawa padah.

Hari ini selasa 16 september, kebetulan cuti sekolah sekali gus cuti hari penubuhan Malaysia. Kerana cuti dah berganda, adalah masa mencatat kenangan disini dalam lingkaran ini. Dah terlalu lama aku tidak mencatat kenangan..
Dalam diam aku dah tak aktif menanam pelbagai jenis sayuran..bukan malas, tapi tak ada geng makan sayur.
Namun aku masih aktif menyemai bunga matahari, betik sekaki dan terus menerus mengekal kan koleksi bunga2 dihalaman yg.menjadi kenangan ku selagi ada hayat.
Semaian bunga matahari, aku tak tahu apa nasib pokok2 semaian aku ni.Kelmarin awal pagi aku bangun seawal jam 5.30 subuh..lepas tu aku terus bancu baja subur jenis cecair. Mula2 aku guna spray terus ke daun2 anak pokok ni,  aku bancu lagi, terus tuang air baja  ke tanah bahagian pokok.

Tengah hari, balik dari satu majlis, aku teringin tabur baja subur ke pokok2 mangga dan rambutan yg.menghiasi keliling rumah. Baki baja itu aku letak terus ke pokok2 semaian bunga mata hari.
Petang tadi, aku lihat pokok2nya banyak dah jadi kuning..sepokok dua, batangnya jadi pecah.
Sedih..akibat terlebih rajin akhirnya aku jadi pembunuh kepada pokok2 yg.aku sayang ini.
Semoga pokok2 ini akan bertahan dan akan ada yg.berjaya menjadi pokok yg.sihat.


Pokok cili besar ni, asalnya subur dan banyak daun, suatu petang aku sibukkan diri meracun rumput diluar pagar, tanpa aku sedari racun tu tersembur kearah pokok cili yg.aku jaga sekian waktu..banyak daunnya gugur dan bunganya ak lekat cuma yg.dua butir ni yg.tinggal..tak berani makan kerana dah terkena racun..tunggulah apa nasib pokok cili aku ni.
pokok2 pudina yg.cepat membiak.
Benih betik sekaki yg.aku tabur dah tumbuh, rapat2 pula tu..entah bilalah dapat nak alih ni.
Zinnia yg.tetap menawan.
Bayam merah dah berkitar semula menjadi benih.tumbuh mengimbangi warna2 dihalaman.
Zinnia pelbagai warna masih seperti dulu..
seri pagi masih setia menghiasi kolam hias ku..
Ikan dikolam hias masih seperti dulu, sering menanti aku menyapa mereka..sunyi sekali.
Sampai disini, esok 17 september hari rabu akan ke tanah pantai, utk.aktiviti menanam tembikai utk.kali ke2.
ladang 1, diurus oleh pekerja baru abang 'Lampear'.
Aku ada buka dua ladang lagi, masih dalam proses menanam batang paip dan mengurus perparitan.
Tunggulah cerita ladang ke2 dan ke 3 ini..ok.assalammualaikum.

4 comments:

  1. Assalammualaikum kak puteri dan selamat pagi (sebab menulis ni waktu pagi)
    InsyaAllah pokok-pokok tu boleh bertahan, cuma mungkin agak 'kekenyangan' sikit, nanti normal kembali tu.
    Banyaknya anak semaian bunga matahari. Seronok tengok. Saya pun nak cuba tanam bunga cantik ni. Nak mohon izin copy gambar bunga matahari kak puteri yang ada dalam entri sebelum ni, boleh?, cantik, nak jadikan sumber insprirasi untuk menyemai bunga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      sakit kenyang ye..hihihi..tuan terlebih rajin..
      ok..boleh aje..copy le tapi gambar2 tu sekadar gambar je lah..tak ada mod penceritaan.

      Delete
  2. Assalam kak puteri lama tak singgah...banyak betul tu anak pokok...ikan pun ada..best betul kalau sy pun ada rezeki dan peluang mcm ni..suka 200%

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      InsyaAllah..ada rezeki akan dapat juga. Jom semai bunga bungan nan indah..hihihi.

      Delete