Saat ini malam masih muda, jarum jam menuju ke angka 8 malam. Tanpa aku sedar hari ini 31 oktober, esok hari sabtu dah memasuki gerbang 1 november. Kesibukan membuatkan aku tak berjaya mencatat segala perjalanan hidup disepanjang tahun 2014 ini.
Terasa tahun 2014 menjadi tahun yang tersibuk dalam hidup aku, banyak perubahan hidup yang aku lalui, tak ada masa santai. Awal tahun 2014, sibuk menghadapi segala perjalanan sesi persekolahan dan melaksanakan tugas mengurus kurikulum sekolah dan segalanya, tetiba penghujung Mac, telah ditukar kan ke sekolah baharu..1 April, aku memasuki sekolah baharu dan berkenalan dengan murid di dalam kelas ini. Aku memutuskan untuk bermula dari bawah, aku meminta untuk mengajar Bahasa Malaysia dikelas Tahun Satu.
Aku ambil gambar ini saat aku mula mula bersua muka dengan mereka.

Kami mula bina hubungan, Anak anak ini aset aku untuk 5 tahun ke hadapan, aku ingin menyemai segala ilmu aku kepada mereka, semoga aku akan berjaya seperti tahun tahun sebelumnya disekolah lama aku.
Bayangkan wajah mereka saat memasuki awal remaja dan belajar dikelas tahun 6, mereka akan membesar dihadapan mataku, hari demi hari dan tahun demi tahun.
Bayangkan wajah mereka saat memasuki awal remaja dan belajar dikelas tahun 6, mereka akan membesar dihadapan mataku, hari demi hari dan tahun demi tahun.
Anak anak ini manja dan mesra, Semoga Allah makbulkan doa aku untuk menjadikan mereka semua akan menguasai ilmu 3M, tanpa menjejakkan kaki ke kelas pemulihan LINUS.
Rasa menyampah menyebut perkataan LINUS ni..kan mudah perkataan singkatan 3M., tapi telah diubah- ubah, sedangkan matlamatnya tetap sama..Tak apalah Tuhan mengetahui segala isi hati dan kepadaNyalah segalanya akan kembali..terutama para pemimpin yg.menjadikan anak-anak ini eksperimen itu dan ini, golongan guru jadi binggung dengan perubahan2 yg.sekejap itu, sekejap ini...tak apalah, mungkin aku seorang je yg.binggung..kerana aku rasa kehilangan situasi disekolah lama.
Mula mula aku mengadakan mesyuarat kurikulum utk.pelaporan penggal kedua.
GB aku baik dan mesra orangnya.
GB aku baik dan mesra orangnya.
Di sekolah lama aku tak ramai guru lelaki, tapi di sekolah baharu ini, ia agak berbeza.
Terujilah ilmu psikologi yg.aku belajar di 'u' dulu dan ilmu kepimpinan instruksional aku..hihihi..
Terujilah ilmu psikologi yg.aku belajar di 'u' dulu dan ilmu kepimpinan instruksional aku..hihihi..
hemm semua sangat serius and paying attention kut..hahaha..itulah aku.
selesai mesyuarat barulah boleh senyum senyum.Semoga Allah permudahkan segala urusan aku,dan kita semua didunia dan akhirat. Amin..ah ada rindu dihatiku untuk melawat kebun tembikai di Lembah Seribu Bintang.
Ok lah sekadar keluhan hati dan catatan diakhir oktober ini, salam ceria dan assalammualaikum.
Ok lah sekadar keluhan hati dan catatan diakhir oktober ini, salam ceria dan assalammualaikum.
Assalamualaikum k.puteri...betul lah kak..tahun ni saya terasa cepat sangat..kadang terfikir masih di tahun 2013...blog pun update secara cincai2...
ReplyDeleteSy pun excited nak tgk progress kebun tembikai k.puteri..nanti up lah entry satu..:D
Wa'alaikumsalam Nadia.
Deletemasa terlalu pantas berlalu..hargailah saat bersama..kita bersama dimaya ini pun suatu kenangan, betul tak Nadia. Kadang sedih juga bila lawat blog sendiri yg.suatu ketika penuh dengan aktiviti menanam pelbagai jenis sayur dan bertukar2 benih dengan kawan2, kini semakin berkurangan dan jarak semakin jauh, teringat kawan2 yg.amat aktif dan terasa keakrabannya..kini semuanya semakin menyepi diri, bila renung blog sendiri ..keadaan yg.sama juga berlaku...aduhai..apakan daya, masa semakin mengecil..saat bersama semakin kurang, cuma ada ingatan dalam hati untuk yg.bernama sahabat.Teruslah kita bersahabat k, meski jarang bersama dialam maya.
Cerita tembikai di Lembah Seribu Bintang, sedang dalam penantian, percubaan pertama gagal..tak balik modal..tunggulah hasil ladang kedua dan ketiga, entah apa pula hasilnya..nanti dikongsikan.