Friday, 7 August 2015

Mei dan Jun pun bersatu menghadiahkan penghargaan kendiri yang tentunya indah.


Hari ini jumaat 7 ogos, cuaca di daerah ku sejuk tapi tidak lah sesejuk salji di kutub utara. Hujan sejak kelmarin sehingga saat ini..air sungai hampir melimpah memenuhi jalan raya,tetapi belum sampai ke tahap banjir, alhamdulillah.
Lama tak mencatat kenangan lantaran kesibukan yang teramat sangat.

Kota Belud, terlibat dilanda gempa bumi, angin ribu menyebabkan sesetengah kampung mengalami kerosakan harta benda. Mujurlah tempat kediaman aku tak terlibat dengan semua petaka yang melanda.Alhamdulillah Allah maha memakbulkan doa.

Banyak cerita yang ingin dicatatkan sebagai kenangan, jom tengok gambar.
 
2015 pun bergerak pantas memasuki pertengahan tahun yg.dipenuhi kesibukan yang tentunya membawa pelbagai peristiwa, mematangkan tindakan dan emosi diri.
16 Mei,2015..

16.mei,usai aktiviti perkhemahan di sekolah, aku, Ir, Aida dan Suhaila jalan2 ke KK, lalu melawat pameran kereta  di kompleks membelibelah.  Jatuh cinta dengan kereta ini, bincang2 dengan juru jualnya, 22 Mei, kereta ini dah jadi kereta aku. Alhamdulillah..pertama kali aku beli kereta atas nama aku, duit aku hihihi selama ini aku berkereta pakai duit Ir tercinta..semua kemudahan disediakannya.Terimakasih Ir. Bolehlah buat angkat buah tembikan di lembah seribu bintang.
2 Jun, cuti penggal pertama 2015, aku sekeluarga balik bercuti di bumi Pahang menemui Tok Cik yang tersayang. Ayah cik jemput di lapangan terbang. Ada rindu yg.terungkai.Alhamdulillah semuanya selamat.
Hari hari berikutnya dalam percutian, sempatlah berkunjung ke pameran 'floria' Putera Jaya 2015 yang telah berlalu.
mata terpukau melihat kedua tumbuhan ini, saat itu ada azam dalam hati nak tanam sendiri ikut teknik ini.Tak perlu ruang yang besar, belakang rumah pun rasanya boleh ..akar pokok2 ini dalam besen semaian ..cuma sediakan tempat ia berpaut untuk.menjalar. Siapa berani jom cuba...hihihi.

Ini antara bunga2 yg.menjadi hiasan dalam pameran tersebut, semua bunga2 ini ada di halaman rumah ku terpelihara rapi dan dicintai...pernah aku kongsikan bunga2 ini dan ia tumbuh mekar di bumi FIJI. harap ia masih ada di bumi fiji..

Bunga2 ros dari ecuador...huuu rasa nak punggah semua bunga ini masuk dalam bilik tidur.
dah lah wangi kuntuman nya besar- besar belaka.
suka dengan lukisan kraf dalam frame di dinding itu..ada azam nak buat sendiri saat ini...hihihi..
Ini orkid tanah kan..alangkah cantiknya kalau ini di halaman rumah ku.Masih tak ada ilmu menanam dan ilmu penjagaan orkid sebab itu tak berjaya buat macam dalam gambar ini.

Yang kuning bersemadi didalam hati..ia kekal disitu, tak berganjak diusir waktu..
Ir dan bunga matahari ku, sentiasalah mewarnai emosi rinduku. Hahaha masih kekal ingin berpuisi.
Jangan jeles ummu aidan ..kikiki...jom gelak gelak .
Ok lah agak panjang catatan ini tetapi ini lah yang berlaku dalam kesenyapan sekian waktu, selepas sekolah dibuka pada 15 Jun , terus sambung aktiviti puasa ramadan dan sembahyang terawih setiap malam sepanjang ramadan, terus persiapan hari raya, langsir baru tetap tak kesampaian...sehinggalah menjelang hari raya, sampai tak sempat ucap selamat hari raya pada  rakan di halaman 'dalam lingkaran ini '.

Apa pun masih tak terlambat masih dalam bulan syawal kan' selamat hari raya aidil fitri kepada semua rakan maaf salah silap dan janji2 kongsi benih yg.tidak tertunai. Assalammualaikum.

2 comments:

  1. Baru sempat nak komen... semoga semuanya berjalan lancar... 2015 pun dah hampir penghujungnya.. tak lama lagi eidul adha pula menjelma.. best wishes..

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Mar.
    Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan Allah dalam semua urusan.

    ReplyDelete