Sunday, 13 September 2015

Betik elbino dah berbuah.

Ogos berlalu tanpa catatan ditahun ini, kini september juga memasuki minggu minggu akhir.
Tersangatlah sibuknya suasana ditahun2015 ini sehingga banyak kenangan yang ingin aku catatkan  dihalaman ini, berlalu begitu saja.

Apa pun untuk catatan yang satu ini menjadi kemestian untuk ku khabarkan dan kongsikan inilah dia...'betik elbino'  yg.pernah aku ceritakan dahulu.
 benih elbino yg.aku minta dari penghuni rumah teres di bumi pahang yg.aku tak kenal namun aku beranikan diri mengetuk pintu rumahnya, lalu meminta benih betik ini.Banyak percubaan aku menanam betik ini, namun ia tak jadi elbino..ia berbuah panjang dan berwarna hijau.

Namun ditanah pantai yang panas, aku tanam dua pokok dan ia telah berbuah dan kelihatan hampir menjadi elbino.  Iaitu gambar di atas dan yg.dibawah ini.
Gambar dibawah ini juga ada lah betik elbino. Menurut tukang kebun sekolah ditempat baru aku bertugas ini, betik ini ditanam sejak dua tahun yang lalu, namun ia hanya tumbuh meninggi dan tak berbuah. Bila aku mula bertugas di tempat ini sejak awal bulan mac 2015, ia mula berputik dan di september ini ia dan besar seperti dalam gambar ini, namun pokok nya tak berapa subur, aku berusaha membantunya dengan memberi baja yg.sesuai..semoga ia akan hidup seubur dan mengeluarkan buah elbino yg.cantik.
 ini lah betik elbino yg.selalu aku cerita dahulu.Ia masih muda tapi warna buahnya seperti warna buah  betik yg.sudah matang. Buah yang ini masih muda tau.

Mungkin ramai lagi yg.memiliki betik yg.cantik ini tetapi tidak memberi perhatian keatas kehadirannya.  Sebenarnya betik ini, daun nya berwarna kuning dan tumbuh rendah, buahnya panjang dan isinya berwara merah oren bila masak.Sangat manis.

Ok lah sampai disini alhamdulillah akhirnya muncul juga wajah si elbino yg.menjadi pujaan ku sekian lama.  Assalammualaikum.

6 comments:

  1. Assalam Puteri.. berkenan juga dengan betik ni.. sama kah rasanya dengan betik biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mar.
      Betik ini isinya kenyal, rasanya lebih manis.

      Delete
  2. Wah...saya tak pernah jumpa betik berwarna seperti ini di Malaysia....sekali sahaja jumpa tapi di Singapura...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sudi melawat. Iya betik elbino ini saya jumpa di Pahang
      Macam tak ramai orang mengetahui tentang betik ini.Hhihihi jom tanam.

      Delete
  3. tuan..saya nik dari kota bharu..,saya ingin membeli benih atau biji atau anak pokok betik ini..adakah tuan sudi menjualnya...di mana lokasi tuan..ini wasap saya 0105103036
    dan no maxis saya 0179314921....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih belum ada tuan. Insyallah kalau dah ada akan dikongsikan.

      Delete