Friday, 30 October 2015

Ubi manis@ubi keledek@ubi jalar- mencatat kenangan di tanah pantai 'Lembah seribu bintang'

30 oktober, hari jumaat yang tenang, tentulah kesibukan menjadi agenda utama dalam hidup seharian. Malas nak kongsi cerita tentang kesibukan, yang ingin aku kongsikan hanyalah berita perkembangan aktiviti berkebun di 'Lembah Seribu Bintang'.

Tanah kebun tembikai yang  tak sempat diusahakan lantaran kekurangan pekerja, telah aku buka untuk dirado.  Tugas merado tanah telah aku serahkan kepada pegawai PELADANG, dengan bayaran 1 ekar RM400, gembur dan buat batas. Kali ini aku nak tanam ubi manis@ keledek jenis isi oren.
Dalam keluasan 3.8ekar.
Jom tengok gambar kenangan.

Tanah ini telah siap dirado pada 11 hb.September 2015.


Cuti pada 16 September sempena cuti hari Malaysia, haji Mistan dan isterinya puan haja telah bersetuju untuk membantu aku mengusahakan kawasan ini dengan menanam ubi keledek.
Maka hari itu mereka mulakan aktiviti menanam. 

Menanam ubi keledek ini sangat mudah, dan cepat. Hanya perlu buat lobang selebar mata cangkul, 2 baris di atas batas, kemudian batang ubi bahagian yang berpucuk, cucukkan ditepi lobang dan kambus.
 Pada 22hb.september, batas2 yang besar ini telah siap dipenuhi batang ubi manis, dan hanya bersabar menunggu pembesarannya.
 Selepas selesai menanam, dalam beberapa hari diakhir september, hujan turun mencurah membantu mempercepatkan pertumbuhan ubi keledek ini.Alhamdulillah.
 Kini oktober berakhir, pokok ubi ini telah berusia 6 minggu.
Begini lah keadaan pokok2nya.
 Beginilah nanti bentuk dan keadaan isi ubi keledek  apa bila ia berisi kelak.Ini hasil keledek kebun haji Mistan.Dan bibit atau batang ubi inilah yang Haji  tanam dikebun aku.
Tolong doakan semoga segala usaha ini diberkati Allah.
 Kalau Allah izinkan hasil ubi ini akan dituai pada pertengahan desimber nanti atau awal januari, terpulang pada permintaan, kalau banyak permintaan, maka akan digali secepatnya.
Kalau ada rezeki,insyallah hasil ubi lebih tinggi dari tembikai, bezanya tembikai tempoh penanaman hingga menuai hanya 9 minggu, dengan modal yang banyak.

sejuk mata melihat perkembangan pokok ubi keledek ini.  Selain menanam ubi, aku ada juga menanam jagung manis.Gambar pokok2 jagung nanti aku kongsikan.
Ok cukup catatan kali ini, sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.

10 comments:

  1. Assalam Puteri.. luasnya kawasan.. saujana mata memandang.. segar.. nanti buatlah homestay di sini.. bila2 free boleh datang dan terlibat dan bantu bertani.. (macamla saya ni sihat sangat nak berkebun hi hi) bukan saya aje sesiapa yg berminat.. mungkin ada lain2 individu yg berminat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      Insyallah memang ada dalam perancangan nak buat homestay, nanti boleh juga Mar dan kawan2 datang santai di kebun tembikai 'lembah seribu bintang' hihihi dah berangan ni.Tq Mar.

      Delete
  2. Wah...nanti menuai hasil....seronok tengok ubu besar2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida Z Ein, terimakasih sudi singgah. Ia seronok sangat memetik hasil tanam sendiri..

      Delete
  3. Salam kak..
    Harapnya kakak seisi keluarga sehat walafiat..rindu membaca coretan akak, namun tiada kesempatan meningglkan nota disini..harap maaf sangat2 ya kak.
    hujung tahun ni akak bertandang kesemenannung semestinya kan..kalau dtg nanti harap2 dapat ketemu..cuba emailkan saya dimana akak berada..inshaallah sy bg no henpon nanti..
    rindu dengan lembah seribu bintang nie..sudah bertukar menjadi 'buah2 emas ya..alhamdulillah semoga Allah melimpahkan rezki untuk akak sekeluarga..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Amin. ok memang adarancangan nak balik tapi tak tentu bila, banyak kerja mesti disiapkan terutama kebun lembah seribu bintang hihihi..Insyallah, .kalau ada peluang kita jumpa ya.

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. boleh ke kalau saya ingin mrmbeli pokok ubi keledek?

    ReplyDelete
  6. boleh ke kalau saya ingin mrmbeli pokok ubi keledek?

    ReplyDelete