Sunday 15 November 2015

Jagung meniti hari.

November berlalu pantas. esok hari isnin 16 november, esok memasuki minggu terakhir penggal persekolahan bagi 2015.Banyak kerja tak selesai..

Apa pun aktiviti berkebun ditanah pantai 'lembah seribu bintang' berjalan mengikut perancangan yg.telah ditetapkan.
Hemm nampaknya jagong Manis taiwan tak lama lagi akan dapat dinikmati hasilnya.
Jom tengok jagung.


Saban hari aku dan 'ir' akan ke kebun jagung dan ubi manis menyaksikan tumbesaran mereka.
Selain jagung, ubi manis dan tembikai, aku selitkan juga tanaman nanas madu sarawak.
Tak lama lagi adalah cerita nanas madu.

Ada 6 pokok nanas ku tanam berderet ditepi batas jagung.

Pokok jagung telah mengeluarkan buah.Dalam sepokok mengeluarkan 2 dan ada yang tiga biji jagung, namun hanya satu biji yang dikekalkan untuk membesar dengan sempurna, baki buah yang tidak di kehendaki akan dituai untuk dibuat sayur dikenali sebagai sayur putik jagung atau
 ketiak jagung.
 subur betul jagung ni..alhamdulillah.Dalam kiraan 10 hari lagi, ia akan matang dan boleh di tuai, insyallah.
 bunga bunga ros dihalaman akhirnya menjadi hiasan dimeja tulis, wangi dan berseri.Alhamdulillah.

ok lah..sekadar catatan kenangan untuk hari mendatang.Assalammualaikum.

5 comments:

  1. tahniah akak..tak sabar nak tengok buah2 emas tuh...mesti manis & sedap..:)
    rindu plak nak tanam jagung nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik. Ubi dah ada isi namun masih belum matang.Mungkin akhir disember ini boleh dituai.

      Delete
  2. Assalamualaikum....bagus juga tanam nanas keliling jagung...boleh elak babi yang rosakkan hasil jagung di ladang........sebagai pagar....bagus idea ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Fida.
      hihihi...betul juga tu..tapi tempat saya ni tak ada haiwan tu. yang banyak burung bangau putih dan kawanan lembu

      Delete