Monday, 16 May 2016

catatan 16 mei,dua ribu 16

Siang tadi 16.5. 2016 seawal jam 5.30 pagi, usai solat subuh aku drive seorang- seorang ke kota kinabalu, melalui lebuh raya perbukitan dari daerah ku kabus tebal menutupi permukaan jalan raya.  Terasa cemas dalam hati, maklumlah seorang diri menelusuri perbukitan yang sunyi lagi curam.

Sesampai di bulatan jalan raya peranginan Pesisir pantai karambunai, memasuki daerah Kota Kinabalu, masih terasa awal sekitar jam 6.15 pagi,namun jalan raya mula sesak dan...
Tak dapat berkata kata. Aku terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang amat parah.

Sepanjang hidup aku berulang alik dari KB ke KK, siang tadi 16 mei 2016 inilah pengelaman pertama aku memandu sendirian dan terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya selama 4 jam. Saat beginilah aku perlukan "Ir" atau 'ir junior'.

Aku ke KK utk.menghadiri hari guru peringkat kebangsaan, kononnya aku ni wakil sekolah lah..
Tak sangka pula jadi begitu.  Betul betul jiwa aku tercabar..hampir aku berpatah balik, tapi bila kenangkan tarikh hari ini berkaitan sejarah hidup aku, maka aku kuat kan semangat.  Akhirnya sampai juga aku memasuki dewan jam10.27 pagi. Tempat letak kereta, wah betul betul kelakar.Tak payah cerita.


Saat aku masuki dewan, orang Besar ini tengah berucap. Aku masih penat,tempat duduk pun tak ada, aku duduk beralas permaidani merah atas tangga, terasa santai lah pula. hihihi..lepas aku duduk, ramailah pulak ikut.

 Orang Besar  yang ini pun berucap dan semuanya ok.
 Hampir semua tuan tuan besar hadir, gambar bawah ni, situasi saat gimik perasmian.
semua ok ja, cuma akulah, masih penat, tinggal anak murid dikelas, terpaksa lalui jalan yang sesak, memandu sampai 4 jam lamanya,tempat parking tak cukup/ tak ada..
hanya utk.menyaksikan pelancaran ini..hahaha inilah pentas dunia.
 Apa pun, ucapan keramat ini untuk semua guru guru Malaysia.
Selamat Hari Guru "Terima kasih Cikgu "
Catatan kenangan 16.Mei dua ribu 16. Cantik kan tarikh ini.Tarikh ini tak akan berulang.
ok lah Assalammualaikum.

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Belated .. selamat hari guru... infact kita semua gurukan!

    ReplyDelete