Wednesday, 7 June 2017

"Kelapa Kenangan  Telah Berbuah"


Assalammualaikum bersama rindu teramat rindu membawa berita gembira untuk sahabat2 blog 'di sini dalam lingkaran ini'.
Apa khabar sahabatku di sana, semoga sentiasa sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya.

Terakhir aku mencatat di halaman kenangan ini ialah pada 16 may 2016,setahun berlalu tidak terasa halaman ini menjadi sepi entah apa pun alasannya tentulah kata kuncinya adalah tentang masa.

Tidak adil untuk tidak berkongsi berita gembira dengan sahabat2ku yang berkongsi ruang maya yang membentuk kita menjadi lingkaran dalam minat yang sama, harapan yang sama dan kemahuan yang sama.

Kesempatan yang ada saat ini, hari ini 8 jun,hari khamis 2017,bersamaan 13 ramadan, ianya mengenai cendera kenangan pemberian sahabat blog yang kekal dalam ingatan dan doa "SM Rose" dari blog "semua menjadi".

Jom tengok gambar.
"Kelapa Kenangan  Telah Berbuah"


Imbas kembali dari halaman semua menjadi.


Thursday, August 1, 2013


Macamana nak pos yang ini?
 http://semuamenjadi.blogspot.my/2013/08/macamana-nak-pos-yang-ini.html
 
Imbas kembali saat ia di terima dari adinda SM Rose.

Selamat diterima pd.17 september 2013
sebiji buah kelapa dari kebun Semua Menjadi.Alhamdulillah.


Imbas kembali pertumbuhannya.
Wednesday, 20 November 2013
Kelapa baka Rendah 17 september 2013 , dah 10 minggu usianya.
      berusia 10 minggu dari mula ia ditanam atas tanah
                                            gambar di ambil pd 20 nov.2013.

Hari ini 8 hb.Jun 2017, hari khamis 13 ramadan. Kelapa ini telah berbuah.ALHAMDULILLAH.
 Buah yg.dah besar terpaksa dibungkus nak sembunyikan dari mata galak sang tupai hihihi..
 Pangkal pokok yang masih kelihatan biji buah yg.asal, masa tanam tak kambus/timbun habis petua untuk pokok berbuah cepat.Hahaha..betul juga.
 Buah yang belum cukup matang untuk dinikmati diramadan ini.Terpaksa ditungkat buahnya kerana terlalu berat.
 Pokok bunga ros kampung yang masih bertahan dan tak terurus membesar mengiringi pertumbuhan pokok kelapa ini.
 Ada dua tandan yg sudah besar dan menunggu anak2 berkumpul untuk dinikmati bersama.
 Untuk merakamkan gambar ini, bungkusan buah kelapa  terpaksa di buka sekejap,harap sang tupai tidak mengintip aktiviti aku ini.
Untuk kesekian kalinya jutaan terimakasih untuk "SM Rose,ibu dan ayah Ros" yg.telah kongsikan benih kelapa ini.Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.Amin.
Tahniah kerana masih aktif dalam aktiviti berkebuan.
Selamat menunaikan ibadat puasa kepada rakan blog dan sahabat2 semua.
Assalammualaikum.

2 comments:

  1. Yeay...tgu sy blk, mak..mau rasa buah kelapa ni

    ReplyDelete
  2. Your Affiliate Money Making Machine is waiting -

    And making money with it is as simple as 1---2---3!

    This is how it all works...

    STEP 1. Tell the system what affiliate products the system will advertise
    STEP 2. Add PUSH BUTTON TRAFFIC (it LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the affiliate products system grow your list and sell your affiliate products all on it's own!

    So, do you want to start making money??

    Check it out here

    ReplyDelete