Tuesday, 13 August 2013

Rezeki sepanjang syawal.

Terung gient yg.ini benar2 bersaiz  panjang dan besar.  botol meneral bersaiz besar hampir sama panjang dengan terung yg.ini.  Aku serbahsalah dibuatnya, tak mau petik, tapi takkan nak buat beni sedangkan untuk benih aku dah simpan 3 biji dan sedang bertukar warna ke warna coklat sekarang.  Dan buah yg.lain ini terpaksa di petik dan tak tahu bila nak makan.

Alhamdulillah inilah rezeki kan.
                                         Buah kecil2 tu sengaja petik untuk mengelakkan pokok tumbang sebab buah lebat sangat, bagi laluan pd. yg. mau membesar bagai johan.
                                  Ini pula pokok kacang tanah dari tanah pantai yg.mula2 di tanam oleh Aida dan Suhaila. Cabut 1 pokok utk.periksa hasilnya..wah..tapi belum padat isinya.


                                 1 butir kacang menghasilkan beberapa batang lagi dan menghasilkan beberapa butir kacang lagi..Alhamdulillah.  Kena tunggu 2 minggu lagi kut, baru boleh ambik hasilnya.  tapi ikut pendapat beberapa orang kawan, tunggu semua daun kekuningan hampir mati, baru petik hasilnya.
                                         sihatkan isi kacang ni.
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.  Assalammualaikum.

Monday, 12 August 2013

Jom belajar gubahan dari Ivan Moreno Florista



Bahan  bahan ini terbiar dipersekitaran kampung malah ada yg.diracun..untuk dimusnahkan,,sedangkan ia terlalu berharga.

Betik hawaii terlebih ranum, Semaian terung hijau terlebih usia.


 Hari ini isnin 12 ogos 2013.
Dah masuk 5 syawal.  Masih ramai berkunjung untuk berziarah al maklum lah masih cuti sekolah, meski yg.berkerja di pejabat dah mula berkerja seperti  biasa. 'Restu' dah balik, ke tempat kerjanya.Aku rindu dia.

Dalam kesibukan melayan suasana hari raya, sayur terung hijau@terung telunjuk telah tumbuh membesar dalam pasu kecil, rasa nak segera tanam di atas batas namun masih tiada kesempatan utk.membuat aktiviti berkebun.  Entah apalah yg.akan terjadi pd.semaian terung ini.



                                            Terung hijau dah terlebih usia.  subur pokok terung ni.

 
 Betik Hawaii yg.menurut penjual pokoknya, telah terlebih ranum di pokok..cantik juga lah rupanya, tangkainya agak panjang bila dibanding dgn betik sekaki.
                                         Anak semaian betik sekaki yg.terbiar lupa nak siram.
                      Terung giant yg.terus menerus berbuah dan sayur bayam merah yg.cukup untuk sekeluarga.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.Salam ceria selalu.Assalammualaikum.







Friday, 9 August 2013

kenanga 1 syawal 2013

Seperti hari raya tahun2 yg.lepas, aku dan Ir akan membawa anak2 ke masjid untuk menunaikan sholat sunat hari raya aidilfitri.Aktiviti yg.sama dapat dilaksanakan tahun ini, syukur alhamdulillah.
Semua anak2 hadir kecuali yg.sedang study di Banglore sana.Tahun ini dia tak balik lantaran exam yg.sangat mendekat.

Aktiviti raya pertama, kami cuma  melawat emak dan ayah di perkampungan Abadi, terletak di daerah KM.  Ada simbahan airmata di mata hati ku.
Usai membaca yasin, kami kembali ke KB dan singgah berhari raya ke rumah abang sepupu yg.terkenal dalam mengacara majlis sebagai' mama Nya'..entah apa cerita di sebalik nama itu..

kehadiran kami disambut dengan berita sedih iaiitu anak menantu kepada adik. abang sepupu aku ni, telah meninggal dunia akibat kemalangan di malam 1 syawal di daerah kudat, suami dan anak anak nya masuk wad kritikal.
Apa nak buat kan dah takdir meraka.

Selebihnya kami ke rumah abang mat, kak siti dan yg.lain.
Di rumah abang Mat, pakcik aku iaitu abang sulung aruah ibu aku sakit tenat.  Kasihan tengok dia, sebenarnya dia bukan sakit penyakit cuma sudah terlalu uzur kerana usia yg.sudah terlalu lanjut.
Semoga pakcik tabah menerima ujian Allah.

Kemarin Hari Raya ke dua, awal pagi hujan sangat lebat, jan 3 petang baru berhenti..
Keluarga Pakcik shoi suami isteri dan semua anak2nya, datang.Wahh..terasa juga sibuknya melayan tetamu,
Selang beberapa minit cikgu Hartini @harta kesayangan ku hadir bersama ibu dan adik lelakinya.
Alhamdulillah semuanya ok.
 Sedikit gambar kenangan di pagi syawal 2013 untuk catatan kenangan.
                                        ketua di hadapan 'Ir'  yg.belakang 'ir Junior'




yg.anak2 gadis sepatutnya 5, tapi seorang terpaksa cuti kerana kaki masih bengkak akibat kemalangan motor hari itu.
   Persekitaran laluan ke masjid melalui jalan belakang tanah orang, semak samun, jalan pintas katakan.
                                          Aida dan suhaila  tentunya dengan senyuman manis di pagi syawal ini.
Hehehe mengantuk  lah buah hati aku ni.

Inilah harta aku meski seorang lagi  tak bersama, namun aidilfitri  tetap ceria.
                                         Baju tema tahun ini kelabu silver
Keluarga pakcik shoi anak dan menantu serta cucu semua hadir, Alhamdulillah kami bersama lagi di aidil fitri ini.  Terimakasih  pakcik kerana menceriakan suasana hari raya ku.

  Pakcik dan makcik warna kuning sutera tema merakatahun ini.
                                            Anak dan menantu serta cucu2.
  Yang ku simpan  1 000 000 harapan agar generasi diteruskan dalam suasan aman dan tenteram berbahagia di dunia dan akhirat.

Ok  sampai di sini salam ceria dan selamat berehat.Assalammualaikum.







Wednesday, 7 August 2013

Tumbuhan menghijau disapa 1 syawal yg.tenteram

 Petang kemarin akhir ramadan, aku sempat melawat tanah pantai yg.sedang dalam projek perlaksanaan,
Alhamdulillah, sebaris batas besar untuk ubi kayu dan sebari lagi kacang tanah sedang giat pertumbuhannya serta subur menghijau. Ia tersenyum disapa satu syawal yg.tenteram.

Jom tengok gambar kenangan.

                                          Labu putih  atau labu air yg.terselit tumbuh di tepi pokok ubi, ia hidup subur.
                                             Ubi kayu yg.merimbun
                                               Pokok tembikai yg.telah selamat di alihkan diatas batas.
                     Pokok tembikai merah yg.sedang galak pertumbuhannya, beberapa hari  lagi ia akan menjalar.
                           pokok kacang tanah telah berbunga.
 Pokok pisang nipa yg.dulu ku sangka akan mati, rupa nya selepas dibiarkan beberapa minggu, ia dah keluarkan pucuk dan nampaknya ia akan hidup.
 Batas untuk kacang tanah dan ubi kayu, entah siapalah yg akan berisi dan memberi hasil tuaian yg.lebih dulu.
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan di subuh 1 syawal ini...
'selamat Hari Raya maaf zahir dan batin'..ada rinduku untuk anakanda yg.jauh di Banglore sana.Dia tak balik lantaran exam hanya seminggu dua lagi.  Assalammualaikum.

Tuesday, 6 August 2013

Emosi Rindu dan saat pun berlalu..

7 Ogos, hari Rabu yg.tenang..29 Ramadan.
Mungkin hari ini, hari terakhir hari berpuasa untuk umat islam di Bumi Malaysia yg.tercinta.
Ada sunyi di hati ku.Ramadan ini akan pergi, apa kah akan ada kesempatan untuk diri ini dan saudara2 seIslam ku menunaikan nya sekali  lagi di tahun2 hadapan?..entah lah, hanya Allah yg.maha menentukan.


Meski tubuh letih lesu
Bibir pucat pudar dan layu
Namun jiwa menjadi lapang
Benak fikir menjadi ringan
Seringan kapas terapung di udara..

Harumnya aroma ramadan
Saban malam melewati  tarawih itu
Wanginya membungkus jiwa dan kalbu

Andai nya  terakhir kita  bersama
Cuma ada doa dihati
kesempatan kan berulang lagi
Kita bersama
Menikmati aroma malam mu
Dikesempatan mendatang.

Menitis airmata
Memikirkan manis nya mesra
Saat bersama mu
Ramadanku.

Salam akhir Ramadan dan  'selamat Hari Raya kepada semua sahabat blog dan rakan rakan alam maya'
Assalammualaikum.


Saturday, 3 August 2013

Ramadan 2013 di penghujung cerita.

Subuh 4 ogos, hari ahad yg.tenang.  Nampaknya aktiviti bangun jam 3.00 pagi untuk masak sahur, akan berakhir sehari dua lagi...akan ada rindu di hati ku untuk aktiviti ini.  Aku akan rindui ramadan ini.

Sepanjang bulan puasa ini baru sekali menu ketam kari ku buat utk.lauk berbuka puasa dan baki nya dibawa lagi utk.sahur.  Sedaplah ketam segar yg,dimasak kari santan pekat.  Ketam menu kegemaran aku.
Orang tua tua kata makan ketam dibulan puasa hukumnya makruh.

Tapi perasaan nak makan sangat  dah datang jadi aku beli dan makan je lah.  Tapi bila aku baca satu artikal mengenai tindak balas makanan terhadap tubuh badan, ketam mengandungi garam yg.sangat tinggi..bila makan makanan laut, perlu minum banyak air, kalau tidak mengakibatkan bermacam jenis penyakit.
Sebab tu agaknya kenapa ketam tak sesuai dimakan masa bulan puasa..pesan orang2 tua, selalunya ada kelebihan, sentiasa bermaksud dan berfaedah.

                                          Ketam ni baru  8 ringgit se kg, dan sangat segar masih boleh berlari ketam ni..aku beli 5 kg..khas utk.rata, siapa yg.suka, biasanya akulah yg.suka..kalau aktiviti tanah pantai berjalan lancar, esok esok boleh buat aktiviti bakar2 ketam ditebing tasik pantai ketika ada sahabat2 bertandang, tentunya nanti sangat menarik, ada ummuaidan sekeluarga, sm Rose dan ibuayahnya, MazzOmar  dan yg.lain2...hehehe sempat lagi berangan2 ni..mabuk makan terlebih banyak ketam agaknya.

                                         Aku makan 6 ekor yg.besar2..naiklah berat, hehehe tak apakan
Ok salam ceria..simpan satu nama didalam hati..dan nyanyikan ia berulang kali, walau hanya diri mu sendiri yg.mendengarnya.Assalammualaikum.

Friday, 2 August 2013

kata mengata, maaf-maafan sempena 25 ramadan.

Kisah kirim -mengirim bungkusan@bingkisan,
Pos-mengepos sampul surat berisi benih yg.halus2 contoh benih bunga, sayur sawi, bilangan yg di pos dua bungkusan kecil,,selebar duit 50 sen.

Kalau di pejabat pos tempat  saya nak beli stem utk pos benda2 ni, bungkusan ke yg.berharga belasan ringgit hingga puluhan ringgit  atau beli stem berharga 80 sen, masa yg dilaburkan tetap sama..1 jam 2 jam, sehingga nombor di panggil. Hahaha..ok ke cara ni?..

Sebab itu bila ada sahabat2 yg aku tergerak hati nak kongsi benih, alang-alang aku beratur utk 80 sen  itu biar lah aku beratur utk.benda yg lebih berfaedah..iaitu kirim bungkusan diniatkan sedekah kerana Allah, yg.memberi berlapang dada, yg.menerima tentu teruja, dan persahabatan diharapkan akan tersimpan menjadi kenangan, bahawa kita pernah bersama dalam lingkaran kehidupan ini.

Justru itu, sempena bulan baik dan penuh keberkatan ini, saya memohon maaf kepada rakan2 maya, andai ada salah silap bahasa dan mungkin ada yg.menghantar email minta kongsi benih dan nak beli benih tapi tidak terlayan, mohon berbanyak maaf.Maafkan saya.

Ada juga silent reader, yg menyatakan minat dan sentiasa ikut perkembanan kebun halaman dalam lingkaran ini, ada yg.minta kongsi benih, ada yg, nak minta no.akaun nak bayar.  Ada yg saya' layan' tapi saya kata tak payah bayar.

'Berminggu atau berbulan' saya tunggu nak tahu dah terima ke bungkusan yg.saya  kirim tu saya pula terkerjar2 nak bertanya2, lalu  dengan selamba dia jawab  sudah dan minta maaf kerana lambat balas.  Balas apa??..saya minta balas ke?.....saya tak minta balasan apa2, saya cuma nak tahu, kiriman tu dah terima ke belum, itu je..biasanya saya bagi banyak2 berjenis benih, saya tak tahu yg.si penerima suka ke atau tak suka, mungkin dia terasa kiriman tu menyemak saja, sebab tu tak sudi beri tahu melalui email sekadar 3 perkataan.'kiriman sudah terima'.

ok..lah mungkin sikap saya yg.selalu ingin berkongsi dan selalu pula kalau nak kongsi tu, nak bagi banyak2, membuatkan ada yg tak gembira, saya minta maaf  k.,,senang cerita...campak je benih2 tu kat tepi lebuh raya .mana tahu benih2 bunga tu akan ada yg.tumbuh muncul menjadi pemandangan yg.indah, dalam senyap ia dari halaman disini dalam lingkaran ini., habis cerita.

Kesan dari perkara ini rakan2 yg ada email nak beli atau nak minta kongsi benih, ramai yg.saya tak layan, kerana malas perkara kecik menganggu keceriaan hati saya...saya minta maaf.

Ok lah entry kali ini sekadar luahan rasa ucapan minta2 maaf agar ada alasan untuk minta maaf..
Tapi dalam, senyap..perkara2 yg.saya cerita diatas saya lalui.  Saya gembira dan terhibur memiliki sahabat2 blog yg.benar2 sejiwa dengan saya dan tahu menghargai makna persahabatan.Saya menghargai sahabat2 blog saya.  Assalammualaikum.

Thursday, 1 August 2013

Catatan 1 Ogos 2013

1 ogos 2013 hari khamis yg. tenang dan nyaman.
Hari ini Ir birthday.Tak dapat buat apa2 sebab bulan puasa, dan terpaksa keairport ambik ming ming yg.akan tiba jam 9.30 malam nanti.  Apa pun cuma doa yg besar semoga IR panjang umur, sihat dan kita bahagia didunia dan akhirat, kekal bersatu dibawah satu ikatan yg.direstui Allah, kekal bersama bersatu padu bersama anak2 tercinta menghuni taman taman syurga..Amin.

Selalu mengintai betik yg.satu ini.Tak pandai2 masak, mengikut pembekalnya dulu, ini betik baka hawai.
Buahnya panjang seakan akan betik sekaki.Tapi bezanya pada bentuk pokok.Betik ini buahnya sentiasa beratur memanjang, betik sekaki buah2nya berlonggok setempat.  Tengoklah gambar ni.



Ini pokok betik albino, semoga ia berbuah seperti yg.aku harapkan.
                                                 Betik elbino ini kuning keemasan walau pun masih muda, semoga pokok ini mengekalkan bentuk parasnya ygcantik yg.membuatkan aku jatuh hati pd,nya.Benih dari bumi Pahang.
Ok, sekadar sebuah catatan kenangan.salam ceria dan Assalammualaikum.


Wednesday, 31 July 2013

Bila Hujan Turun

1 Ogos di subuh ini..hujan turun berselang hari, cuaca agak sejuk dan tapak penanaman sayur sayur ku kembali hidup. Alhamdulillah.
Memandang kan musim jerubu sudah berakhir, cuaca kembali normal, semangat berkebun ku datang lagi.
Meski berpuasa dising hari, waktu petang aku ada kesempatan walau seminit dua untuk membersihkan tapak tanaman.Berdikit dikit aku bersihkannya, akhirnya ia dah siap dan bersedia untuk di ditaburkan benih2 sayur yg.aku ingin tanam.

Setakat ini hanya bayam yg.masih cukup setia menghuni tapak tanaman ini, sekian lama diterjah cahaya matahari yg.berbahang.

Subur bayam merah aku ini..benih yg.aku pesan dari Blog tanam sendiri.com yg.mudah tumbuh dan sentiasa menarik semangat untuk terus menanam sayur sendiri.
                          3 tapak sedang menunggu utk.ditanam terung hijau, sawi  dan bayam hijau daun bulat.
Sepatutnya semua ini aku sediakan sebelum bulan puasa dan hasilnya dapat dinikmati anak2 semasa berkumpul di hari raya.  Tapi masalah jerubu, cuaca yg.terlalu panas juga kesibukan dengan pengurusan tanah pantai, semuanya seperti telah terlambat.  Tapi tak apalah, sekurang2nya hati lapang melihat kawasan rumah terang dan ada benda disiram pagi petang.

Ok lah salam ceria dan selamat menunaikan ibadat puasa.Assalammualaikum.

Tuesday, 30 July 2013

B L '1' M

Hari selasa 30 Julai, Sejak jam 2 petang tadi hujan turun lebat sekali.

Di sekolah seorang kawan bercerita, anak kepada jirannya meninggal dunia akibat ' test' motor kawan dihalaman rumah mereka, kejadian dalam bulan puasa tahun 2012.

Hari sabtu petang 27 julai, anak gadis aku kemalangan motor gara gara ingin memperaktikkan teori yg.telah dia ikuti dalam program Bantuan Lesen 1 Malaysia untuk pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas .Alangkah sedihnya hati bila melihat kejadian ini.  Tak pernah membuat rujukan, bertanya apa apa tentang hal motor, tetiba digerakkan hati nya, ambik kunci motor start enjin dan ....

dapat 12 jahitan.  Hancur pasu bunga teratai aku berharga RM98.00 sebiji dan dia lanyak pokok2 bunga ros merah jambu aku yg.paling wangi.  Mujur tak rempuh kereta ' perdana putih'..nasib baik tak pecah kepala atau patah tulang belulang.

Cuma kulit halus cantik putih melepak habis calar digores duri ros dan lebam sana sini.
                                           Pasu besar hancur.

                                           Biar jadi pengajaran sepanjang hayat.
                                            Bila darah menitis ke bumi, terasa ngilu di hati.
                                        Duri ros yg.bisa.
Rasanya aku tergolong dalam golongan ibu2 yg.sangat tegas, selalu kata jangan buat itu, jangan buat ini..tapi bila benda nak jadi, jadi juga lah.  Ada geram bercampur sedih, sedih melihat dia kesakitan, geram, dia masa kecil nyamuk pun tak ku izinkan mencederakannya, sekarang depan mata aku dia menitis kan darah...mujur tak jadi macam cerita anak  jiran kawan aku.

Sekadar catatan untuk dihayati semula oleh yg.bergelar anak.  Jika kamu sakit 'ibu' terasakan lebih dalam kesakitan itu.

Saturday, 27 July 2013

Sehingga kini

 28 julai, subuh hari ahad yg.tenang.
Alhamdulillah selesai menguruskan aktiviti sahur, aku berkesempatan menjelajah halaman maya, mebaca catatan, mendengar dan menonton segala seribu satu cerita seluruh dunia.ooo luasnya alam maya.
Walau luas. walau banyak gambar  dan maklumat yg.ku baca, aku masih tidak dapat mencari jawapan bagi  benda ini sehingga kini.

Anda pernah tengok?, tahu nama nya?..tolong kongsikan maklumatnya ya.
Inilah benda itu.



Aku membelinya dipasaraya didaerah Tuaran pada tahun 2008. Harganya 100g rm18.  Aku minta gadis yg.sedang mengurusnya memberikan aku harga 2.00 ringgit.  Dia bagi aku 6 biji. Sampai rumah aku rebus benda ni dan berusaha mengeluarkan isinya. wow isinya macam isi ubi manis atau kacang tanah. 4 aku makan, 2 aku simpan...yg.inilah.

Sehingga kini sudah lima tahun berlalu, aku tidak lagi pernah melihat atau menjumpai benda ini..walau ke mana aku pergi, selalu mata melilau mencarinya bila melawat mana2 kedai dan supermarket yg.kecil mahu pun yg.besar2. Dari Padang Besar hingga ke Sabah tak lagi ku temui ia.  Apa benda ni??..
Yang jelas ia sejenis kekacang atau ubi tapi tak tahu pokoknya macam mana, masa beli tanya gadis yg.menjualnya pun tak ada maklumat, katanya 'makanan orang cina'.

ok lah, kalau ada yg.ada maklumat tolong kongsikan ya.Terimakasih salam ceria.