Tuesday, 30 July 2013

B L '1' M

Hari selasa 30 Julai, Sejak jam 2 petang tadi hujan turun lebat sekali.

Di sekolah seorang kawan bercerita, anak kepada jirannya meninggal dunia akibat ' test' motor kawan dihalaman rumah mereka, kejadian dalam bulan puasa tahun 2012.

Hari sabtu petang 27 julai, anak gadis aku kemalangan motor gara gara ingin memperaktikkan teori yg.telah dia ikuti dalam program Bantuan Lesen 1 Malaysia untuk pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ke atas .Alangkah sedihnya hati bila melihat kejadian ini.  Tak pernah membuat rujukan, bertanya apa apa tentang hal motor, tetiba digerakkan hati nya, ambik kunci motor start enjin dan ....

dapat 12 jahitan.  Hancur pasu bunga teratai aku berharga RM98.00 sebiji dan dia lanyak pokok2 bunga ros merah jambu aku yg.paling wangi.  Mujur tak rempuh kereta ' perdana putih'..nasib baik tak pecah kepala atau patah tulang belulang.

Cuma kulit halus cantik putih melepak habis calar digores duri ros dan lebam sana sini.
                                           Pasu besar hancur.

                                           Biar jadi pengajaran sepanjang hayat.
                                            Bila darah menitis ke bumi, terasa ngilu di hati.
                                        Duri ros yg.bisa.
Rasanya aku tergolong dalam golongan ibu2 yg.sangat tegas, selalu kata jangan buat itu, jangan buat ini..tapi bila benda nak jadi, jadi juga lah.  Ada geram bercampur sedih, sedih melihat dia kesakitan, geram, dia masa kecil nyamuk pun tak ku izinkan mencederakannya, sekarang depan mata aku dia menitis kan darah...mujur tak jadi macam cerita anak  jiran kawan aku.

Sekadar catatan untuk dihayati semula oleh yg.bergelar anak.  Jika kamu sakit 'ibu' terasakan lebih dalam kesakitan itu.

12 comments:

  1. salam kak puteri,
    malang tak berbau, semoga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      betul lah, tak siapa menduga apa terjadi dihadapan meski kita sentiasa memandang ke hadapan..hehehe, terimakasih Rose.

      Delete
  2. As salam cikgu,

    Gambar anak dara cikgu yg tereksiden motor dgn bunga dn pasu tu tak masuk dlm ni ke? Kesian dia sbb terlalu berani mencuba. Semoga puteri cikgu Puteri cpt baik dn sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Adry.
      Terimakasih, tak ambik gambar sebab masa tu ibubapa tak ada di rumah..hehehe kesian.

      Delete
  3. Salam Puteri,

    Aduhai kesian anak dara! Harap sempatlah baik sebelum raya ni. Kawan Mak Aji baru kehilangan anak sulungnya kerana digilis treler beberapa hari lalu (lelaki). Anak bongsu Mak Aji sendiri kemalangan motor, terbabas menyeberang jalan (nasib baik tiada kenderaan ketika itu) masuk ke longkang, cedera terkopek kulit tangan kaki pada hari raya pertama tahun lepas. Dia pinjam motor sedara yg tinggalkan motor kat rumah sementara dia balik kampung. Faham sangat bagaimana risaunya hati ibu bila melihat anak kita begitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      itulah masalahnya..anak2 apa mereka tahu pasal perasaan ibubapa, semua benda mereka nak cuba, tak cukup ilmu pun dah semangat nak buat itu ini.Terimakasih Mak Aji.

      Delete
  4. Salam kak puteri,
    aduh, kesiannya dia.. mesti dia fobia tu. sabar yer kak puteri, dulu sy pernah gak eksiden bawak motor ni mase kt kg arwah atok mase tu umur lebih kurang 13 tahun kot, saje2 bwk motor arwah atok, sekali masuk longkang nasib baik longkang tu xdlm tercacak jer moto tu hehe... nasib baik sy ok cume mandi air longkang jer. teruk juga kena pukulan manja dari ayah hehe.. pastu terus fobia xnk bwk moto lagi hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      hehehe ada pengalaman juga ye..orang kata kalau nak pandai bawa motor ni, kena jatuh dulu..baru boleh agak.
      Tapi kalau jatuh sampai jadi fobia, alamat tak pandai teruslah.

      Delete
  5. beramal perlu berilmu.... cukup pengetahuannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah Nizam. Pokok pangkal jalan hidup kena ada ilmu utk.dapat pengetahuan, ada pengetahuan baru boleh amal..tak amal tak jadi.Terimakasih zam.

      Delete
  6. salam kak,
    sorry lambat sikit kesini, alaa ciannyer jatuh motor yer, irma ker? mcm mana dia berani start gitu jer walhal kalau pertama kali perlu ade guru kan..camaner pun biarlah jd pengajaran buatnya..pasu pecah boleh beli, bunga boleh tanam balik..tapi anak tiada gantinya kan...sabar yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik.
      Betul.harta mutlak seorang ibu ialah anak yang dilahirkannya.tak ada orang suka hati nak mengaku itu anak dia tapi kalau ladang sawah..haiwan ternakan duit simpanan, beratur orang tuntut waris.tak kenal pun riuh nak tahu pasal harta.

      Delete