Thursday, 4 July 2013

Tanjung Puteri dan sejarah diri bermula disini.

Saat ini jam sudah mencecah 10.setengah malam.Esok hari, 5 julai.
Hujan renyai sejak senja tadi, alam terasa suam2 sejuk.  Cuaca begini mengundang rindu dihatiku.
Saat ini aku ada masa blogwalking dan mengembara jauh ke pelusuk negara2 di dunia maya yg.di alam nyata aku tak pernah pun melihat namanya didalam peta..lantaran aku tak ada waktu meneliti peta atau aku yg.sengaja tak pernah pun membuka peta sejak meninggalkan mata pelajaran geografi di tingkatan enam.
Hemm begitulah.

Membaca blog rakan2 banyaklah ilmu, infomasi, perkongsian berita gembira.Alhamdulillah..kawan diFiji telah pun bersalin dan dapat anak perempuan,Alhamdulillah.

Bila tengok berita di TV,  rakyat malaysia pro parti pembangkang masih berhujah menegakkan benang yg.basah. Buka youtube, jumpa pula kumpulan anak muda melayu menyanyi panggil

FAM BANGSAT - ULTRAS MALAYA.Mereka mencemarkan irama dikir barat warisan bangsa melayu berdaulat dengan senikata yg.tak wajar.."bangsat" itu untuk siapa, tersentuh dan tersinggung benarlah hati nurani ku.

Tengok pulak berita perkembangan negara Mesir yg.sangat2 bergolak..rakyatnya nak apa?..mereka seperti mabuk, hingga lupa untuk bersatu mengekalkan keamanan dalam negara, Malaysia nak ikut macam tu ke??..ahh ada bimbang di hati ku. 

Aku rindu suasana tahun 80an dan 90an, suasana negara yg.penuh semangat ingin maju dan mengekalkan ciri2 darjat Melayu yg.tak akan hilang di dunia, bak kata laksmana Hang Tuah.
Dalam memujuk hati, aku amati seni kata lagu ini, terlalu seni dan nostalgia.

Jom dengar. Sesekali untuk mengingatkan diri, kita ada maruah bangsa, ada negara, ada negeri.Mari pertahankan
walau dengan cara sendiri, bak kata Sudirman.

Lirik lagu ini indah, mengingatkan aku pernah menghirup udara segar bumi Johor sewaktu bermukim selama 3 tahun di samping 'ir' dan keluarga Norlelawati Mohammad di Felda Tebrau. Ohh ada rindu mendalam, amat dalam.


Banyak nama2 tempat yg.indah dan berseni dalam lirik lagu ini.  Andai aku berjaya mengusahakan tanah pantai yg.sedang dalam proses itu, nama2 dalam lagu ini mungkin akan ada yg.aku gunakan..hehehe berangan benar diri ini.  Ok lah, sekadar sebuah catatan dari hati untuk malam jumaat ini.
Benar2 rindu pd.mereka yg.jauh disisi.  Assalammualaikum salam ceria.

3 comments:

  1. Assalam kak..
    lama tak bertandang melawat akak, rindu membaca coretan2 akak..bila baby dah tido lama sket barulah ade kelapangan..
    pun ade jgk kenangan ditanjung puteri masa adik2 dok sana dl, sll je dtg lepak malam2..indah memandang selat tebrau..:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam dik.
    Terimakasih.Kenangan tetaplah menjadi kenangan.Tahniah dah dapat gadis merah jambu yg.ayu..hehehe.

    ReplyDelete