Wednesday, 24 July 2013

cendera kenangan

Hari ini rabu 24 julai. Pantasnya masa berlalu. Kesibukan menjarakkan aku dengan halaman dalam lingkaran ini...aduhai ada rindu dihati ini.

Aku benar benar sibuk melaksanakan tugas rasmi dan tugas mengusahakan tanah pantai yg.membuat aku mengigau siang dan malam ingin cepat mencapai  apa yg.aku cita citakan.

Jam 3 petang tadi aku bergegas ke tanah pantai untuk menghantar dawai pagar dan baja tinja ayam yg.dipesan oleh pakcik yg.membantu aku melaksankan projek menanam tembikai.
Dawai kawat 3 gulung ini, masih tak cukup perlu ditambah lagi hari ke sehari.
Baja ini aku dah beli 50 karung..mungkin masih perlu ditambah.

                                               plastik semaian dah siap di isi tanah campur.ada 3000 plastik semuanya.
Akhirnya alat ini sangat berguna, ia benar benar serba guna.  Ia cendera kenangan dari sahabat blog
' Dedaun Alam" pemiliknya Adry Daun

                                                      Ada kompas lagi.Aku guna kompas ini untuk  menentukan arah batas yang dibuat untuk mendapatkan lahan cahaya yg.sesuai.
                                                 Kepada Dedaun Alam, terimakasih banyak2 mengirimkan alat perkebunan ini..benar2 ia sesuai dan telah menjadi koleksi harta milik saya.Salam ceria. Tersenyum sendiri bila meneliti alat ini.kreatif sangat orang yg.menciptanya.
Beberapa hari yg.lalu aku telah menerima benih2 sayur  dari sahabat blog yg.baik hati.Aku sangat gembira dan terharu dengan pemberian ini.Ia kiriman  Rose dari blog 'Semua Menjadi'
Harapan ku semoga semua benih yg.dikongsikan dik Rose, akan menjadi seperti kebun ayah dan ibunya.

Ada 10 jenis benih yg.diberinya secara percuma, benar2 ini perkongsian benih yg.hebat.
Terimakasih banyak2 ya, Rose ya..hehehe salam persahabatan Rose.
Ok lah, nak masuk tidur..kejap lagi nak masak untuk sahur.Kepada semua selamat bersahur dan salam mesra persahabatan. Assalammualaikum.

5 comments:

  1. salam kak..
    tak sabar jgk nak tgk projek akak nie..semoga smuanya menjadi yer..

    ReplyDelete
  2. salam kak,
    Alhamdulillah dah sampai, setakat ini tampat yg paling jauh sy hantar kat akak la. Risau gak tak sampai cam yg sy bg kat Lyn lama dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Rose,
      hehehe sayang juga kan kalau hilang dalam perjalanan.Rasanya sampul expres tu pegawai pos tu bukalah.
      Sampul tu saya terima dalam keadaan telah dibuka.
      Harap2 tiada benih yg.kurang.

      Delete
  3. tak apalah Ros..rezeki untuk Kak Puteri lah tu... posmen kat sini mmg teruk la..

    ReplyDelete