Sunday, 6 May 2018
Thursday, 21 December 2017
Menoleh kebelakang sepanjang 2017, apa aku da buat
😙🌹Assalammualaikum. Saat ini 22/12/2017
Halaman yang lama ditinggalkan, sunyi dan tak terpeduli.
Banyak aktiviti sehingga melawat dan mencatat dalam blog terasa membuang masa. Tetapi bukan itu alasan sebenar. Tak ada masa nak update blog, itu masalahnya.Hahahaha..alasan lapuk.
Apa pun kembali aku bermenolog dalam diri menoleh kebelakang apa yang membuat aku sibuk sepanjang 2017 yang akan berakhir beberapa hari lagi.
Awal Januari 2017 membuat persediaan kembali ke sekolah.
Menyambut murid2 baharu, persediaan rapi dalam menghadapi suasaana kurikulum pendidikan negara yg berubah ubah, arahan2 yang terasa pelik, contoh perubahan bilangan masa mata pelajaran. Keluar pekeliling siaran mengenai semakan semula bilangan masa untuk KBSR tahun 1, secara berperingkat, bila dikaji, perubahan itu hanya pada perkataan sahaja, bilangan waktu cuma matematik yg terlibat, 6 masa jadi 7 masa, perubahan istilah pada mata pelajaran sains, sebelum semakan nama nya dunia sains, diubah menjadi sains sahaja, pendidikan seni visual diubah menjadi pendidikan seni saja..entah apa2..masuk lagi penegasan PAK21..iTHING lagi..macam2.
Berlalu masa januari, masuk bulan Febuari, ini untuk diri sendiri.Hihihi..
aku ada peluang ke tempat ini. Jom biar gambar bercerita kenangan aku ditempat ini.

riang ria di febuari
Aonang beach
mencatat kenangan bersama anakanda Rashid, Irma Restu dan Mira di Emerald pool
grup lawataan yang kami ikut, semuanya aktiviti mandi manda, belayar dan snokling
mandi di hot spring
belayar sambil makan. 7 island hopping.
Pemandangan ketika ke night market
snokling di laut andaman
Monkey island
Maya Beach
Nak pergi KRABI lagi lepas ini.
nak tulis banyak tapi tak cukup waktu. Biarlah gambar bercerita.
Assalammualaikum
nak tulis banyak tapi tak cukup waktu. Biarlah gambar bercerita.
Assalammualaikum
Friday, 17 November 2017
Wednesday, 7 June 2017
"Kelapa Kenangan Telah Berbuah"
Assalammualaikum bersama rindu teramat rindu membawa berita gembira untuk sahabat2 blog 'di sini dalam lingkaran ini'.
Apa khabar sahabatku di sana, semoga sentiasa sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya.Terakhir aku mencatat di halaman kenangan ini ialah pada 16 may 2016,setahun berlalu tidak terasa halaman ini menjadi sepi entah apa pun alasannya tentulah kata kuncinya adalah tentang masa.
Tidak adil untuk tidak berkongsi berita gembira dengan sahabat2ku yang berkongsi ruang maya yang membentuk kita menjadi lingkaran dalam minat yang sama, harapan yang sama dan kemahuan yang sama.
Kesempatan yang ada saat ini, hari ini 8 jun,hari khamis 2017,bersamaan 13 ramadan, ianya mengenai cendera kenangan pemberian sahabat blog yang kekal dalam ingatan dan doa "SM Rose" dari blog "semua menjadi".
Jom tengok gambar.
"Kelapa Kenangan Telah Berbuah"
Imbas kembali dari halaman semua menjadi.
Thursday, August 1, 2013
Macamana nak pos yang ini?
http://semuamenjadi.blogspot.my/2013/08/macamana-nak-pos-yang-ini.html
Selamat diterima pd.17 september 2013
Imbas kembali pertumbuhannya.
Wednesday, 20 November 2013
Kelapa baka Rendah 17 september 2013 , dah 10 minggu usianya.
Hari ini 8 hb.Jun 2017, hari khamis 13 ramadan. Kelapa ini telah berbuah.ALHAMDULILLAH.
Buah yg.dah besar terpaksa dibungkus nak sembunyikan dari mata galak sang tupai hihihi..
Pangkal pokok yang masih kelihatan biji buah yg.asal, masa tanam tak kambus/timbun habis petua untuk pokok berbuah cepat.Hahaha..betul juga.
Buah yang belum cukup matang untuk dinikmati diramadan ini.Terpaksa ditungkat buahnya kerana terlalu berat.
Pokok bunga ros kampung yang masih bertahan dan tak terurus membesar mengiringi pertumbuhan pokok kelapa ini.
Ada dua tandan yg sudah besar dan menunggu anak2 berkumpul untuk dinikmati bersama.
Untuk merakamkan gambar ini, bungkusan buah kelapa terpaksa di buka sekejap,harap sang tupai tidak mengintip aktiviti aku ini.
Untuk kesekian kalinya jutaan terimakasih untuk "SM Rose,ibu dan ayah Ros" yg.telah kongsikan benih kelapa ini.Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.Amin.
Tahniah kerana masih aktif dalam aktiviti berkebuan.
Selamat menunaikan ibadat puasa kepada rakan blog dan sahabat2 semua.
Tahniah kerana masih aktif dalam aktiviti berkebuan.
Selamat menunaikan ibadat puasa kepada rakan blog dan sahabat2 semua.
Assalammualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)