KASHMIR AKU DATANG.
Dengan izin Allah pada 24 mac 2019, bersama 3 orang anak aku berserta seorang anak menantu, kami ke New Delhi India. Penerbangan jam 7.30 malam waktu Malaysia, kami menaiki pesawat MAS, ada bimbang dihatiku. Perasaan seronok bercampur bimbang.Hahaha...kenapa bimbang?,
Awal bulan Mac tetiba kerajaan India dan kerajaan Pakistan bergolak hampir mencetuskan peperangan, Pesawat India konon nya telah ditembak jatuh oleh kerajaan Pakistan, kebetulan terjadinya di bumi Kashmir. Atas faktor keselamatan, kerajaan Malaysia, wisma putera membuat pengumuman agar rakyat Malaysia yang berada di kashmir, segera keluar tinggalkan bumi yang menjadi impian ku itu. Aduhai tiket dah beli persiapan segalanya dah dibuat dan disediakan..akhirnya malam 24 mac seperti yang dirancang kami naiki juga pesawat itu. Bertolak dari KLIA jam 7.40 malam.
Melintasi garis malam dan siang, jauh di luar tingkap pesawat nampak mata hari masih bercahaya emas, ada tempat yang masih senja.Kebesaran Allah.Memasuki ruang angkasa bumi india malam berundur semula beza waktu 5 jam mungkin.Bila set jarum jam waktu India, kami mendarat dalam pukul 9.30 malam waktu india. Entah lah malas nak fikir. Patut lah masa di angkasa tadi walau rasa dah lama bergelap di langit bumi asia tenggara, tetiba ada satu ruang angkasa masih memancar cahaya mata hari berwarna emas.
Sampai di airport New Delhi, kami rehat disitu menunggu siang. Udara sangat sejuk. Tentera berlegar di ruang rehat kami dengan muncung senjata yang tak lekang dari genggaman mereka. Anjing peronda ke hulu ke hilir bersama tuannya. Memang ada rasa bimbang tetapi niat bermusafir kerana Allah, maka keyakinan berlipat ganda, apatah lagi aku ditemani anak lelaki, 2 anak gadisku dan seorang menantu lelaki. Rasa seronok sangat.
Biarlah gambar bercerita😊
Berlepas dari KLIA 24/Mac 2019
Tiba di Airport New Delhi. Terkenal dengan senaman yoga, diabadikan di airport ini. Terpegun seketika. Ada idea yang menyentuh hati. Sangat menyegarkan.
Cantik kan, airport tak dibiarkan kosong ada saja idea yg.ingin disampaikan. Hebat.
Menunggu penerbangan ke Sri Nagar.
Pemandangan bumi kashmir dari udara.
Awal pagi jam 7.00 25 mac, diruang menunggu airport New Delhi, bersedia untuk menaiki pesawat air asia untuk ke Sri Nagar, ibu negara Kashmir. Rasa teruja.
Mendarat di airport Sri Nagar, Bunyi roket di angkasa membuat hati rasa cemas. Kami di sambut oleh seorang lelaki Kashmir bernama Shabir entah betul ke ejaan nama ni hihihi.
Beg baju dinaikkan atas kenderaan pacuan 4 roda ini.Muat lah 7 orang.
Di airport sri nagar, semuanya bergerak pantas.
Dari Airport kami terus di bawa ke pusat peranginan salji 'Gulmarg'😊
25/Mac/2020 dah jam 12.00 waktu india. Cuaca terang benderang. Mata hari bersinar cerah.
tetapi kami tetap saja terasa sejuk mengigit tulang hihihi.
Jom tengok gambar di Gulmarg. Salji gunung.
gayat kena naik cable car
Gulmarg kashmir India.
hihihi ada peluang bermain ski
Hamparan padang salji. Mata hari memancar terik namun udara tetapi sejuk sangat.
Berpeluang juga naik kenderaan salji ini. Selalu tengok di tv je. Alhamdulillah.
Alhamdulillah seronok tak terkata.
Buah hati mama, dah dewasa jadi sahabat teman bermusafir.
kenangan kita bersama
tiga jam bermain salji tak terasa hari semakin petang, jam 5 petang, kawasan ini akan ditutup.
salji ni macam lumpur juga ada masanya kita terpijak tempat tu dalam, terbenam kaki.
Bukan saja duduk, kaki dah terbenam dan tak dapat tarik, kena tunggu orang tolong.
Penghujung disana rumah beratap hijau itu tempat letak kereta kami. Kami menuju ke sana berjalan kaki. Sejuk sangat tau.
sempat bergambar di jalan utama laluan ke tempat bermain ski.tebalkan salji ni.
Tinggalkan gulmarg dengan seribu kenangan.
Dari kiri anakanda Mirul,anakanda Irfa Amirah, anakanda Ayu, baju biru tu aku lah😊,pemandu kami en.Abdul kahsmiri, anakanda dr.Rashid, anakanda yati dan Judi kawan ayu. Grup ini juga teman aku ke krabi di tahun 2017 februari 22.👍💗
Tutup cerita di gulmarg dihari pertama 25 mac 2019. Nanti sambung cerita di Sonamarg.