Wednesday 31 December 2014

Selamat Menyambut Tahun 2015 dengan azam dan doa untuk ku, untuk mu.

Usai sholat isyak ada masa untuk  melawat halaman 'disini dalam lingkaran ini'..dah lama tidak membuat apa apa catatan..tentulah kesibukan menjadi alasan.
2014 hanya beberapa jam sahaja akan berlalu, kesibukan yg.tercatat didalamnya benar2 menjadi kenangan.

Banyak peristiwa yang berlaku didalam hidup ku sepanjang tahun 2014.Begitu jua peristiwa di dalam negara Malaysia tercinta.Apa pun itu semua ketentuan dari Allah yang maha Penyayang dan maha Berkuasa.

Musim hujan didesimber ini, padi di halaman kejiranan banyak yang rebah terendam air. Tapi yang ini nampak sihat sahaja..cantik menghijau.

Usaha memetik dan menjual buah2 tembikai telah selesai pada 20 disember yg.lalu.
kini sedang mengorak langkah untuk membeli peralatan bagi keperluan menanam semula, namun hujan yg.turun membantutkan usaha untuk penyediaan tapak semaian.

 ketua ladang 'abang Lampe'ar' berusaha keras untuk memastikan buah2 tembikai ini dapat dipasarkan.
Kebun tembikai ku saujana mata memandang.Alhamdulillah.

 sibuk dengan hasil kebun tembikai , cuti sekolah bagi disember 2014 ini membuatkan aku sekeluarga tak dapat balik untuk bercuti bersama Tok Cik di bumi pahang..ada rindu tak terucap.

 Beginilah keadaan hasil kebun yg.kedua..menjadi benar dan cantik buah tembikai madu@si hitam manis

 keluarga ladang ku yg.baik2.
 buah2 tembikai hasil ladang lembah seribu bintang. Usaha dengan tabah  berhasil juga akhirnya.
 Gunung Kinabalu tetap megah jauh di sana..sentiasa memerhati setiap aktiviti ku sejak mula ladang ini diteroka.
Esok bermula lagi tahun baru, tahun 2015.Ada azam yang kuat tersimpul di dalam hati ini. Tentunya yang baik-baik saja.
Atas kesempatan ini, aku ucapkan 'selamat menyambut tahun baru' dengan doa semoga kita semua Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa dilindunginya dari segala bala bencana, mendapat rezeki yang halal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup bagi mempermudahkan kita malaksanakan ibadat kepada Nya.Amin.
Kepada sahabat dan rakan2 blog yg.saya janjikan nak kongsikan benih2 bunga yg.belum terlayan, mohon maaf banyak2..bukan tak layan tetapi kesempatan masa belum mengizinkan.Insyallah..hari2 mendatang akan diusahakan untuk mengirimkannya. Assalammualaikum dan salam ceria selalu.

Wednesday 26 November 2014

Tembikai Lembah Seribu Bintang

Kesibukan sekian lama menjarakkan aku dari dunia maya, ada rindu namun harus disisihkan begitu saja..sesekali melawat blog kawan yg.menjadi rakan blog disini dalam lingkaran ini.Banyak cerita, banyak maklumat dan keseronokan yg.aku tertinggal, namun apakan daya..

Cerita terbaru aku tentang hasil tanah lembah seribu bintang..iya..akhirnya segala usaha hampir 2 tahun setengah, menampakkan bunga2 kejayaan.Alhamdulillah.
Jom tengok gambar.
akhirnya Jembatan Sikal teruji, apa bila ia dilalui oleh lori yg.memuatkan 6 tan tembikai. Aku keluarkan bajet sendiri membuat jambatan ini.  Bila dah siap ramai pula beria- ia nak ikut guna..dgn.pelbagai alasan.

 hasil sedang tuai.
 kebanyakan buahnya seberat 7 ke 10 kg.
 ada juga mencecah 13 kg.
 Proses menimbang hasil.Seronok sangat saat ni..macam tak percaya..tetiba aku ada kebun.
Kebun tembikai dilembah seribu bintang.
Proses memetik buah@keluar buah akan berlangsung lagi pada esok pagi jumaat 28.nov.2014.
8 tan lagi akan dikeluarkan.Semoga sagalanya selamat dan diberkati Allah.
Anakanda Irma Restu juga akan balik esok.Oooakan terlerailah rinduku pada gadisku yang satu ini.
 
Alhamdulillah syukur kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua didunia dan akhirat.Amin.Assalammualaikum

Thursday 6 November 2014

Semaian bunga Matahari dah berhasil.

Dah jam 2 pagi dah masuk hari jumaat. Baru selesai semak kertas soalan peperiksaan penggal akhir.
Dari siang tadi aku tak rehat sampai saat ini, terasa pelik kerana aku tak rasa mengantuk.
Teringat mereka yg.tiada disisi.Ada rindu dihatiku.

Hari selasa kemarin dulu, aku sempat jual pokok bunga matahari yg.aku semai dan terlebih baju beberapa bulan yg.lalu.  Dengan pelbagai cara penjagaan, akhirnya ia sempat membesar dan mendatangkan hasil.

Seperti gambar ini
Aku semai banyak tapi yg.benar benar sihat sekitar 150 pokok saja.
 Bila kelihatan layu, aku rendam dalam besen air..dia sihat semula.  Entah apa masalah pokok matahari aku ini.Mungkin dah terlebih matang dan perlu dipindahkan ke tanah.

Aku jual pokok ni 10 ringgit untuk 4 pokok, banyak dah yang terjual kalau harga beg semaian, baja dan tenaga penjagaan  rasanya dah balik modal..baki yg.tinggal ini kalau dah tak ada permintaan bolehlah ditanam utk.menyambut tahun baru 2015 nanti..InsyaAllah.
sekali jual dalam rm300 sekejap je..baru kawan2 sekolah yg.beli.Jom tanam bunga mata hari.
Ok lah sekadar catatan utk.di nihari jumaat ini.Salam ceria dan assalammualaikum.

Sunday 2 November 2014

Roselle dalam penantian

Bila hari sabtu awal pagi aku mesti bergegas keluar rumah untuk menikmati titis titis embun di hujung dedaun pokok pokok yang tumbuh dihalaman rumah. Benar benar indah.
Ini benih roselle yg.aku semai dalam plastik semaian.Dah tumbuh, ada 6 pokok semuanya.

Baki benih yg.agak banyak aku taburkan atas tanah yg.aku dah gemburkan. Malas nak masuk dalam plastik semaian. Jom tengok gambar.
Semaian dalam beg plastik dah tinggi. Semoga hasilnya akan dapat di nikmati secepatnya terutama untuk 'Restu' yg.tak pernah menikmati pemandangan buah rosselle yg.tumbuh dihalaman.
Baki benih aku tabur atas tanah yang dah digembur, dah tumbuh semuanya.
Awal pagi aku bangun dan periksa tempat semaian roselle, wah ada perompak jahat yg. ingin memgambil hasil usaha aku. Nasib baik aku dah pagar ruang semaian ini dengan racun siput.  Lemas terus tak bermaya.Siput jahat yg.selalu memakan semaian bunga2 mata hariku dan anak anak pokok zennia yg.ingin membesar.
Tak rugi aku bangun awal, dapat tengok pemandangan dan memeriksa tetamu yg.tidak diundang. Pokok rosselle ini kalau dah besar aku hanya perlu menjarakkan pokok nya dan tanam terus dipersekitaran ini..semoga ia akan membesar dengan cepat dan dapat dinikmati hasilnya dihujung desimber nanti.InsyaAllah.

Ok catatan diawal november ini, salam ceria dan assalammualaikum.

Friday 31 October 2014

Membina Hubungan.

Saat ini malam masih muda, jarum jam menuju ke angka 8 malam. Tanpa aku sedar hari ini 31 oktober, esok hari sabtu dah memasuki gerbang 1 november.  Kesibukan membuatkan aku tak berjaya mencatat segala perjalanan hidup disepanjang tahun 2014 ini.

Terasa tahun 2014 menjadi tahun yang tersibuk dalam hidup aku, banyak perubahan hidup yang aku lalui, tak ada masa santai. Awal tahun 2014, sibuk menghadapi segala perjalanan sesi persekolahan dan melaksanakan tugas mengurus kurikulum sekolah dan segalanya, tetiba penghujung Mac, telah ditukar kan ke sekolah baharu..1 April, aku memasuki sekolah baharu dan berkenalan dengan murid di dalam kelas ini.  Aku memutuskan untuk bermula dari bawah, aku meminta untuk mengajar Bahasa Malaysia dikelas Tahun Satu.


Aku ambil gambar ini saat aku mula mula bersua muka dengan mereka.
 Kami mula bina hubungan, Anak anak ini aset aku untuk 5 tahun ke hadapan, aku ingin menyemai segala ilmu aku kepada mereka, semoga aku akan berjaya seperti tahun tahun sebelumnya disekolah lama aku.
Bayangkan wajah mereka saat memasuki awal remaja dan belajar dikelas tahun 6, mereka akan membesar dihadapan mataku,  hari demi hari dan tahun demi tahun.

Anak anak ini manja dan mesra, Semoga Allah makbulkan doa aku untuk menjadikan mereka semua akan menguasai ilmu 3M, tanpa menjejakkan kaki ke kelas pemulihan LINUS.

Rasa menyampah menyebut perkataan LINUS ni..kan mudah perkataan singkatan 3M., tapi telah diubah- ubah, sedangkan matlamatnya tetap sama..Tak apalah Tuhan mengetahui segala isi hati dan kepadaNyalah segalanya akan kembali..terutama para pemimpin yg.menjadikan anak-anak ini eksperimen itu dan ini, golongan guru jadi binggung dengan perubahan2 yg.sekejap itu, sekejap ini...tak apalah, mungkin aku seorang je yg.binggung..kerana aku rasa kehilangan situasi disekolah lama.

 Mula mula aku mengadakan mesyuarat kurikulum utk.pelaporan penggal kedua.
GB aku baik dan mesra orangnya.
 Di sekolah lama aku tak ramai guru lelaki, tapi di sekolah baharu ini, ia agak berbeza.
Terujilah ilmu psikologi yg.aku belajar di 'u' dulu dan ilmu kepimpinan instruksional aku..hihihi..
 hemm semua sangat serius and paying attention kut..hahaha..itulah aku.
selesai mesyuarat barulah boleh senyum senyum.Semoga Allah permudahkan segala urusan aku,dan kita semua didunia dan akhirat. Amin..ah ada rindu dihatiku untuk melawat kebun tembikai di Lembah Seribu Bintang.
Ok lah sekadar keluhan hati dan catatan diakhir oktober ini, salam ceria dan assalammualaikum.

Thursday 9 October 2014

Bila hujan turun

Hari ini 9 oktober, hari khamis, telah enam hari hujan turun siang dan malam..pokok pokok bunga dihalaman banyak tumpas terendam air  hujan yang berlebihan.
Semaian bunga mata hari, nampaknya banyak yg.dah terurai menjadi air.

Pokok2 Roselle yg.subur berbuah terpaksa dipangkas bimbang kalau dibiarkan akan termusnah oleh hujan di oktober ini..

Buah roselle kali ini besar2, merah berkilat dan gebu..nampak macam manis kan, tapi tersangatlah masam nya.
Entah bila lah ada masa nak layan si roselle yg.lawa ni..banyak sangat..

Hujan di oktober ini benar benar mencabar pertumbuhan anak pokok tembikai di tanah pantai, entah apalah akan terjadi, hanya mampu berserah kepada Allah.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.

Thursday 25 September 2014

Dihatiku selamanya.Ada rindu untuk mu tak berganjak diusir waktu.



Saat ini malam masih muda baru jam 9.30 minit  waktu Malaysia Timur.Siang tadi 25 september, seperti biasa kesibukan dengan tugas rasmi dan hal2 urusan keluarga menjadi rutin harian ku.
huu..saat ini aku terasa sepi, Ir ke sekolah menghantar Irnie Aida untuk kelas malam.

Tinggal aku dan Irna Suhaila di rumah melayan rasa sendiri sendiri. Ada raut wajah dan nama nama mesra terlintas dihati ku.Benar benar aku rindu.
Aku rindu dengan sahabat2 ku ini.
 Saat kami bertemu semula dan bermalam di kaki Kinabalu.Ada memori manis yg.amat manis.
 Sepanjang hayat ku di dunia ini, wajah ini, nama dan jasa nya sentiasalah menjadi sebutan dibibir dan didalam hati ku . " Miss Lim I really miss u " saat ini aku teringat kamu.
Semoga cikgu terus sihat dan gembira selalu penuh tawa dan canda .
 Miss Leong, sahabat baik cikgu Miss Lim sekali gus menjadi sahabat kami dan menjadi sebahagian dari sejarah hidup peribadi ku...Miss Leong pernah menulis surat untuk ku saat aku sangat rindu kan Miss Lim.
'Terimakasih Cikgu'
 Saat dilapangan terbang 'berpisah kita sampai disini'
Miss Lim dan Miss Leong kalian ada didalam hati ku.
 Anakanda Ir Junior dan Miss Leong, Miss Lim dan aku, ada airmata perpisahan.
 Aku sayang sangat insan ini..dari aku tingkatan satu berusia 13 tahun hingga kini..
dan selagi hayat dikandung badan. "Terimakasih Cikgu"
Lambaian perpisahan untuk kami yg.tergapai tinggal diluar bangunan, ada sepi yg.mendalam.
Entah bila lagi boleh bersama seperti hari itu.
Untuk Pouline, Birthilda, kak Aisyah, kak Lee dan dik Suryani..jom rancang bawa Miss Lim jalan2.
Ok lah tetiba emosi menjadi terlalu sentimental..salam sayang untuk yg.menjadi sahabat ku.
Assalammualaikum.

Tuesday 16 September 2014

Terlebih baja, terlebih air, terlebih R a J i N = membawa padah.

Hari ini selasa 16 september, kebetulan cuti sekolah sekali gus cuti hari penubuhan Malaysia. Kerana cuti dah berganda, adalah masa mencatat kenangan disini dalam lingkaran ini. Dah terlalu lama aku tidak mencatat kenangan..
Dalam diam aku dah tak aktif menanam pelbagai jenis sayuran..bukan malas, tapi tak ada geng makan sayur.
Namun aku masih aktif menyemai bunga matahari, betik sekaki dan terus menerus mengekal kan koleksi bunga2 dihalaman yg.menjadi kenangan ku selagi ada hayat.
Semaian bunga matahari, aku tak tahu apa nasib pokok2 semaian aku ni.Kelmarin awal pagi aku bangun seawal jam 5.30 subuh..lepas tu aku terus bancu baja subur jenis cecair. Mula2 aku guna spray terus ke daun2 anak pokok ni,  aku bancu lagi, terus tuang air baja  ke tanah bahagian pokok.

Tengah hari, balik dari satu majlis, aku teringin tabur baja subur ke pokok2 mangga dan rambutan yg.menghiasi keliling rumah. Baki baja itu aku letak terus ke pokok2 semaian bunga mata hari.
Petang tadi, aku lihat pokok2nya banyak dah jadi kuning..sepokok dua, batangnya jadi pecah.
Sedih..akibat terlebih rajin akhirnya aku jadi pembunuh kepada pokok2 yg.aku sayang ini.
Semoga pokok2 ini akan bertahan dan akan ada yg.berjaya menjadi pokok yg.sihat.


Pokok cili besar ni, asalnya subur dan banyak daun, suatu petang aku sibukkan diri meracun rumput diluar pagar, tanpa aku sedari racun tu tersembur kearah pokok cili yg.aku jaga sekian waktu..banyak daunnya gugur dan bunganya ak lekat cuma yg.dua butir ni yg.tinggal..tak berani makan kerana dah terkena racun..tunggulah apa nasib pokok cili aku ni.
pokok2 pudina yg.cepat membiak.
Benih betik sekaki yg.aku tabur dah tumbuh, rapat2 pula tu..entah bilalah dapat nak alih ni.
Zinnia yg.tetap menawan.
Bayam merah dah berkitar semula menjadi benih.tumbuh mengimbangi warna2 dihalaman.
Zinnia pelbagai warna masih seperti dulu..
seri pagi masih setia menghiasi kolam hias ku..
Ikan dikolam hias masih seperti dulu, sering menanti aku menyapa mereka..sunyi sekali.
Sampai disini, esok 17 september hari rabu akan ke tanah pantai, utk.aktiviti menanam tembikai utk.kali ke2.
ladang 1, diurus oleh pekerja baru abang 'Lampear'.
Aku ada buka dua ladang lagi, masih dalam proses menanam batang paip dan mengurus perparitan.
Tunggulah cerita ladang ke2 dan ke 3 ini..ok.assalammualaikum.