Tuesday, 30 April 2013

Betik Sekaki dan catatan hidupnya.

Hari ini akhir april .  Esok hari rabu 1 mei 2013 -hari buruh untuk negara tercinta Malaysia. semua pekerja dalam sektor awam dan swasta diberi cuti sebagai menghargai dan mengitiraf jasa semua pekerja Malaysia.

Hari ini aku ada masa menulis entry mengenai 'Betik sekaki' yg.ada dihalaman rumah dan masih terus menerus membekalkan buah untuk ku sekeluarga.Alhamdulillah.  Aku tak ada mencatat tarikh mula menanam betik ini tetapi setiap perkembangannya ada aku muatkan dalam entry berupa gambar peringkat perkembangannya.
Aku copy gambar2 ini dan tarik ia diposkan dari blog asal aku 'dalamlingkaranini.blogspot.com'

Semoga persoalan dari rakan2 yg selalu bertanya berapa lama betik boleh berbuah, pos ini boleh membantu, tapi kena kira sendiri, boleh? hehehe..kepada Dr.H, harap entry ini dapat menyumbang sedikit jawapan kpd.soalan Dr.

Aku dapat benih ini dari tuan blog 'tanam sendiri.com' , sebelum semai aku rendam terlebih dahulu dalam air suam, selama satu malam, paginya aku semai.  Tak ingat tarikh menyemai, tapi pada November 15, 2011 begini lah wajahnya.
Tuesday, November 15, 2011




Saturday, March 10, 2012


Wednesday, April 25, 2012

 

Friday, May 25, 2012

Wednesday, July 11, 2012- masa ni pokok rendah


Sunday, July 29, 2012
buah pertama yg.masak.

Tuesday, August 28, 2012-sempatlah mengembirakan anak2 masa berkumpul hari raya.Tinggi pokok lebih kurang sekaki.

29 APRIL 2013. sekarang ni, pokok dah tinggi tetapi masih banyak buahnya.














Betik ini ada 5 pokok, sangat berbaloi menanamnya. Benih boleh pesan dari tuan Iskandar -
'Tanam Sendiri.blogspot.com'  Jom tanam ramai2.Hijaukan bumi kita.
Ok lah salam hormat dan ceria selalu. Assalammualaikum.

18 comments:

  1. Salam Puteri,

    Mak aii, kecik je pokoknya berbuah lebat sebegitu sekali! Boleh berjual betik kalau macam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Ummu.Inilak keistemewaan betik sekaki, pokok kecik dan rendah tapi berbuah banyak.Buahnya jenis panjang, isinya berwarna oren kemerahan, manis sangat.Terimakasih.

      Delete
  2. rezeki akak..banyak betul berbuah satu2 pokok...

    ReplyDelete
  3. Wah cantik menjadi. Yang hampir ranum dibuat jeruk pun sedap. Yang putik dibuat kerabu. Saya sedang belajar gunakan isi yang ranum untuk dijadikan besar sos Cili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa terimakasih tuan.Nanti kongsikan resepinya, bolehkan.Pokok2 betik ni buahnya gilir2 masak, tak habis makan.Bagus juga kalau boleh buat sos cili.

      Delete
  4. Kak..benihnya ada? blh tanam kat Janda Baik ni..jual kat Lynn ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani lagi jual benih, tak pandai nak proses, takut tak tumbuh, rugi pula pelanggan yg membeli..hehehe..beli lah dgn.tuan Iskandar, benih yg dia proses semuanya bernas, tak rugi beli dgn dia.

      Delete
  5. macam mana mau beli ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawat blog TanamSendiri.com -- Grow Your Own.Tuan blog ini ada jual berbagai jenis benih, cara pesan ada dia bagi panduan berserta email yg boleh dihubungi. Kejayaan saya disebabkan suntikan semangat dari beliau dan kerajinan saya mengikuti semua tips cara berkebun yg.beliau sarankan serta saranan dari rakan2 maya indonesia yg.terkenal kemahiran mereka dalam bidang pertanian dan kerajinan. Selamat berkebun .Terimakasih.

      Delete
  6. sebenarnya saya pun minat tanam betik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom tanam, mudah sangat nak tanam.susah lagi tanam bunga ros.

      Delete
  7. Replies
    1. hehehe jom lah tanam.Terimakasih mama AS sudi melawat.

      Delete
  8. boleh buat bisnes ni kak.. guna baja apa ye..cantik molek buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna baja kompos je..seperti yg.diajar tuan blog 'tanam sendiri.com' terimakasih sudi melawat.

      Delete
  9. cantiknya bunga matehari tu... tapi dlm blog ni susah nk baca between background n tulisan dia ...kurang sesuai (sakit mata) tetapi tetap juga saya baca hehe sbb sy minat sowi er kak

    ReplyDelete
  10. best nye tengok betik sekaki ni.. byk buahnya..

    www.shelovevitamin.com

    ReplyDelete