Wednesday, 10 April 2013

Lavendar si penghalau nyamuk. Pernah dengar?

saat ini malam, jam baru awal 10, hari rabu yg.tenang.
Siang tadi ada mesyuarat PIBG. Siang tadi aku dan anakanda Rashid membeli keperluan akhir yg ingin dibawanya balik ke Banglore, penerbangan subuh esok, khamis.

Jam 3 tadi aku bawa Rashid memeriksa tanah pantai, dan menanam pokok kelapa di sempadan tanah kami dan tanah jiran.Tetiba hujan turun deras sekali..ahh..aku mandi hujanlah sambil tanam kelapa 4 pokok tu, rashid tunggu dalam kereta, aku tak mahu dia berhujan nanti demam, ok..semua baik2 je.

Hemm cerita sikit tentang pokok bunga lavendar yg.aku tanam.
Pokok ni aku pesan dari rakan blog indonesia.Kami berkawan lalu aku pesan beberapa jenis mawar, rosmary dan lavender dari nya.Ros, 7 jenis hidup, lavender hidup..rosmary mati.

Banyak nusery di pekan dan bandar di semenanjung aku pergi, aku tak pernah tengok bunga lavender jenis ini di jual. Di CH juga tidak ada. Lavender yg.dijual di CH..tak ada bau wangi.
Tapi penjual tu kata itu lavender.Aku ada beli dan tanam tapi tak hidup.

Lavender dari indonesia ini, mudah hidup dari keratan batang. Masa pesan dari blog ini http://supplierbibitmawar.blogspot.com, tuan blog ini kirimkan aku dua keping gambar lavender.
Lavender A dan lavender B.
                                                      gambar A
                                         gambar B

Dari keterangan Yuni, pemilik blog lavendar ini, hasil kajian dan keputusan rasmi pertanian Indonesia, gambar B ada lah lavender sebenar.mempunyai aroma lavender yg sangat segar terutama  lepas hujan dan awal pagi.

Aku pilih gambar B.
Aku ada juga terbaca lavender menakutkan sang nyamuk.Mungkin kerana baunya yg agak kuat.
Pada manusia bau lavender adalah menenangkan, tapi pada sang nyamuk sangat memeningkan barangkali.

Aku tanam di ruang dekat serambi rumah..ohh..memang benar, tak ada nyamuk yg.menganggu kami bila bersantai diruang itu.Tak percaya?..anda boleh cuba.
Nak dapat bunga ni, hubungi tuan blog tersebut.

Dia baik dan sangat jujur dan amanah.Aku suka dia..hehehe..harapnya Nunuk membaca intry ku yg.panjang berjela2 ni..demi serumpun lavendar kirimannya yg kemudiannya menjadi lambang persahabatan kami.Pokok ini menjadi sejarah dihalaman rumahku..ia berasal dari jauh..tanah seberang..kota batu, daerah Malang , Indonesia.

Ini lavender di serambi rumah ku.Cantik?


                                      lavender cantik bila ditanam bersama zinnia pelbagai warna.
                                      zinnia putih menghidupkan warna lavender desa.



antara mawar kiriman Yuni yang masih hidup segar.
                                         mawar merah yg sering diserang kucing, pecahan lantai mosiz untuk menghalang si kucing membuang tinja dikawasan pokok2 ros ini..kaedah ini mencacatkan ruang ros aku ini, tapi lebih baik dari dimusnahkan kucing nakal.

Bunga matahari yg.terus menerus ku jaga dan pastikan semaian berterusan utk menggantikan pokok lama..agar bunga ini berterusan di halaman tanpa henti.
 Bahagian bawah pokok ini telah ada anak2 pokok setinggi 2 kaki, bersedia membesar gantikan pokok yg sedang berbunga ini bila masa itu tiba.Siap sedia agar bunga matahari sentiasa mekar di mata dan hati .
                   Kita tanamlah bunga mata hari ramai2..sentiasa semai, banyak2 agar bekalan sentiasa ada.

Ok lah terlalu panjang catatan ini. Sampai jumpa lagi salam ceria.Assalammualaikum.






37 comments:

  1. aku suka cium bau lavender... menenangkan
    kalau tercium bau itu kepala terus tergambar bau kain baju baru basuh
    kemudian bila tergambarkan ibu yang membasuhnya.. kemudian teringatlah ibu...
    Lavender = Ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'ibu' satu ruang hidup yg.penuh 'misteri', dulu ibu selalu mengingatkan kami, kena belajar awal tanggungjawab perempuan, kalau nak berjaya dalam dunia seorang 'ibu'..bila dah kahwin dan anak baru aku faham apa maksud 'ibu'.

      NA, jom buat puisi tentang ibu..ambik gambar lawa2, karangkan puisinya.

      Delete
    2. kami sekeluarga ingin mengucapkan
      puji syukur kepada AKY SANTORO
      atas nomor togel.nya yang AKY
      berikan 4 angkah alhamdulillah
      ternyata itu benar2 tembus
      dan alhamdulillah sekarang saya
      bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga dan bukan hanya
      itu AKY. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKY SANTORO
      sekali lagi makasih banyak ya AKY bagi saudara yang ingin di bantu melalui jalan di bawa ini
      >TOGEL JITU
      >PESUGIHAN UANG GAIB
      >PESUGIHAN JIN KHODAM
      >PESUGIHAN ASMA
      >PESUGIHAN UANG SEPASANG
      >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
      >PESUGIHAN UANG BALIK
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKY SANTORO,,di
      0852-1320-2855, atau KLIK DI SINI dan saya sudah membuktikan sekarang giliran saudara yg di luarsana

      Delete
  2. assalam puteri.. wah suburnya lavender - lavender tu.. guna baja apa? K Mar pun nak try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. guna baja kompos je k mar.
      Jomlah tanam lavender jenis ini, mudah hidup.

      Delete
    2. tak ada benih, keratan batang.Sebenarnya saya teringin sangat nak kongsikan ranting2 bunga ini, tapi bila memikirkan layanan dan cara berkerja, pekerja2 pos tu,rasa tak nak pijak lagi pejabat tu.

      Delete
    3. salam kak, boleh la kongsi keratan batang tu, buat pahala kan.. abgaci@gmail.com

      Delete
  3. cantik etul laman akak dengan bunga2 tu..rasa tak sabar nak semai benih2 bunga yang ada ni...lavender tu pun mmg menawan sekali...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe terimakasih Nadia. Semailah bunga2 tu..sekarang cuaca bila petang hujan, tentu mudah tumbuhnya.

      Delete
  4. Salam kak puteri.
    Subhanallah, cantiknya bunga2 dilaman kak puteri :)
    sungguh sy terpegun, tambahan lagi dgn bunga lavender yg cantik tu. Segar mata memandangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      Alhamdulillah. begitulah adanya.Lavender wanginya segar selepas hujan teduh.

      Delete
  5. salam kak...
    cantiknya lavender akak..jeles nengok..berkesan yer utk halang nyamuk..hmmm kalao jumpa benih leh cuba nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      hehehe nanti ada rezeki dapatlah tu.Terimakasih.

      Delete
  6. Puteri; bila nak start niaga benih macam Diana dan En Is?

    ReplyDelete
  7. hehehe DR.H, DR. nak benih ape?..tak ada ilmu lagi nak proses benih.Selalunya benih yg saya ada cepat2 semai semula.

    ReplyDelete
  8. sukanya tgk bunga2 akak ni. cantik dan subur belaka. meriah tul bunga lavender tu ye. btl ckp akak, lavender yg dari CH tu bau mcm ada x de je. pokok lavender yg sy beli dr CH tu, bau daun lg kuat dr bau bunga :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Rini sudi bertandang.
      Betullah lavender dari CH tu, tak kuat baunya..macam bukan lavender pun. Tapi penjual tu kata itu lavender.

      Delete
  9. as salam..salam kenal...follow me back ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam, terimakasih, nanti i follow, bila line siput ni dah cergas k.

      Delete
  10. dulu kat kampung yan banyak pokok bunga nie.....tapi yan tak tahan dengan baunya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..bunga ni harum wangi dan manis, kalau pegang rantingnya, macam lekit bergulakan Yan..
      Jadi macam nyamuklah Yan ini, tak suka bau lavender..hehehe, gurau ye..

      Delete
  11. cantiknyeeeee... mcm english garden...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah asal ada warna sana sini hehehe..

      Delete
  12. gambar b tu bukan lavendar tapi angelonia, gambar a tu tak clear tapi rasanya pun bukan lavendar. saya ada 8 pasu lavendar benih bawa balik dari europe.

    ReplyDelete
  13. oh ya.Terimakasih beritahu nama bunga tu.
    saya pernah ke nusry sg.buluh, dan nampak bunga seperti bunga lavender B, sama rupa bunga, daun, warna, malah dia ada warna putih dan merah jambu.

    Bezanya bunga tu langsung tiada bau, berbanding dgn.lavendar gambar B.Baunya wangi dan kuat, daunnya berminyak kalau cuaca panas, dan ranting2nya sedikit berminyak dan melekit seperti disapu air gula.Banyak semut2 kecil berkumpul didaun, bunga dan batangnya.

    oklah walau ini bukan lavendar eropah, biarlah dia menjadi lavendar dihatiku 'lavendar Malaysia Timur' hehehe..tq.

    ReplyDelete
  14. masya Allah....cantiknye kak lavender tu...dan bunga2an tu sungguh segar mata memandang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.cantikkan..jom tanam bunga.Terimakasih.

      Delete
  15. Suka sangat tgk lavender tu....best kalo dapat tanam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ibuQistina, nantilah kalau cuti panjang, saya fikirkan cara untuk berkongsi dgn kawan2.

      Delete
  16. Salam kenal. . Cerianya tgk taman akak. .cantik bunga matahari 2. . Teringin jgk tanam. . Boleh mintak beli benih nya kak

    ReplyDelete
  17. Salam kenal kak puteri purnama...wahhh...cerianya laman akak...ros tu cantik sgt...pkoknya subur2...geram sy tgk...nk benih lavender cam akak tu jg boleh...(buat muka tak malu neh...hehe)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum ..stlh sekian lma bru sya terbca entry ni.hehe bru nk berjinak2 dgn tumbuh2han ni katakan.sya nk bli dr akak lavender tu boleh?

    Mohon tunjuk ajar hamba yg bru bertatih:-)

    ReplyDelete
  19. salam puteri purnama..nak tanya berkenaan pokok bunga lavendar ni..dia tahan panas x?kalau tanam tanpa bumbung kena direct sunlight boleh ke? saya teringin nak tanam pokok ni sebab boleh halau nyamuk..nyamuk suka sgt gigit saya bila duk kt lua rmh xkira waktu pagi, tengah hari or petang..tp husband xkena gigit lak..hehe..lagipun bunganya sgt cantik..kalau nk beli baka pokok ni dr awak boleh ke?nak beli kt sg buloh takut xde bau..nyamuk pun xtakut..ni email address saya kalau sudi nak bagi..boleh contact thru email..fairuzita@gmail.com

    ReplyDelete
  20. A'kum kak...nk beli benih lavender sikit kak...nk try tanam kt umah...ni email saya alanpg2021@gmail.com, klau blh tlg contact saya kak utk urusan....terima kasih kak..

    ReplyDelete
  21. A'kum kak...nk beli benih lavender sikit kak...nk try tanam kt umah...ni email saya alanpg2021@gmail.com, klau blh tlg contact saya kak utk urusan....terima kasih kak..

    ReplyDelete
  22. Maaf. Ingin saya maklumkan bahawa itu bukan Lavender. Tetapi pokok itu bernama Angelonia.

    ReplyDelete