Wednesday, 17 April 2013

sesekali merenung hala tuju masa depan negara Malaysia yg.tercinta.

17 april hari rabu yg.panas gersang.
Aku siapkan semua perkara berkaitan tugas rasmi dan tugas dalam rumah dengan harapan petang nanti dapat buat batas baru utk.meneruskan aktiviti bercucuk tanaman.Namun cuaca masih terlalu panas membuatkan aku malas keluar rumah.

Seperti biasa aku akan layan youtube.Banyak benda aku tengok dari yg.ilmiah sampai ke vedio yg.satu ini.
Dah lama aku dengar dan sekali sekali mendengarnya melalui laporan TV dan mediamass yg.lain.
Tapi petang hari ini, aku seperti terpanggil untuk menonton vedio ini secara khusus dan memikirkan isi kandungannya, kerana ini vedio yg. mengandungi pelaporan lengkap  maksudnya mengandungi himpunan vedio2 sebelum ini.
Demi mencari sedikit realiti, bertapak di alam nyata dan membuat sedikit pertimbangan, aku tengok slot vedio ini sampai habis dengan rasa tenang dan releks seperti menonton cerita kegemaran aku.
Kita ambik pengajaran disebalik semua ini.
Fikirkan berapa banyak duit yg di belanjakan untuk mengurus hal2 perbicaraan mereka ini tahun demi tahun, kerja2 menganalisis vedio, menyewa alat mesen pengesan bohong, membawa pakar dari luar negara, bagai mana banyaknya duit yg terpaksa dibelanjakan untuk mengurus hal2 yg.pelik ini.

Benar2 aku terfikir dari mana kerajaan mengutip duit utk.membiayai perbelanjaan kes 'orang' yg.satu ini.
dari cukai rakyat?, dari duit saman polis?, saman JPJ?..hasil kutipan duit nenek tua yg.menjual di tamu besar?..duit zakat? duit yuran yg dikutip dari ibu bapa, cukai syarikat swasta yg.berniaga secara besar besaran?..

Hari itu aku kena saman, salah parking.Aku nak beli beras dalam keadaan tergesa2..tempat paking lain dah penuh, sekejap je..angkat beras10kg, bayar kat kaunter, blla..aik..sampai dikreta dua orang anggota polis dah keliling keliling kreta aku, aku merayu, mereka kata, reset dah dikoyakkan..benar2 sekejap saja..aku kena bayar RM40. so aku pergilah bayar terus kat balai polis, lama aku tunggu kaunter bayar denda tu..

ok dia pun sambut bayaran aku tanpa bertegur sapa,..aku membebel sendiri, sambil serah duit kat kaunter tu, aku kata macam ni.." duit aku ni halal, hasil titik peluh aku, niat aku nak bayar saman ni, sebab aku salah, tetapi sekiranya duit saman yg aku bayar ni disalah gunakan oleh orang yg.mengarah mengutipnya, maka kalau dia makan, akan pecah perutnya , kalau dibelanja kan ke perkara keburukan, binasalah anggota tubuh badannya.."..Aku tak tahu kenapa begitu lancar mulut aku melapazkan kata2 seakan2 jampi tersebut..mungkin aku sedang tertekan dan diselubungi marah, duit rm40  tu, bukan apa sangat..
Beras berharga 10 kg yg aku beli berharga, rm32  tambah saman aku rm40, belanja aku hari itu menjadi rm72...bayangkan kalau pakcik2 driver pickup yg miskin tu terkena begitu.apa macam?..
Mereka tak sediakan cukup tempat parking...lepas tu salahkan rakyat.

Tapi vedio ni..mampu untuk aku terus mencintai negara Malaysia dan barisan pemimpinnya yg.cemerlang dihati nurani ku.
Berani kerana benar, tipu hela adalah sementara.
Jom relex..sambil menonton persoalan yg bertahun tak akan selesai agaknya.

6 comments:

  1. Salam kak..$40 kena saman tuh banyak jgk tuh kak..boleh beli keras 10kg lagi..hehehe..kdg2 polis nie takmo guna budi bicara langsung..takder kelembutan dlm pengampunan..tahu nak cekik darah jerr..pdhal bukan kita sengaja cari psl pun...sbb terdesak jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..biasalah kalau terasa dah ada sedikit kuasa.

      Delete
  2. betul lah tu. kejap rasa panas hati ngan polis ni, kejap rasa bangga pula dengan diaorang ni.
    Bayangkan mereka buat road blok, pagi2 orang berebut nak gi kerja antar anak gi sekolah..tak patut2 tempat tu dia buat rodblok, dia minta lesenlah, tengok tayarlah, nak periksa lampu lah..time tu kaki tangan awam bergegas nak balik cepat2 ke pejabat..huuu..
    dah kuasa dah ada pd.mereka, ikut suka merekalah.

    ReplyDelete
  3. mungkin polis takde discount kut..minggu lepas sy pun kne saman parking dgn majlis perbandaran...rm10..tp bila g bayar dia amik rm5 je...alhamdulillah
    mmg geram kan bila berdepan dgn orang yang kurang adat sopan & tatasusila

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik boleh diskaun pulak?..huhu..tak achi.

      Delete
  4. Polis kat sini? hampeh. Rumah Lynn kena rompak, keta kena pecah..bila kita report, dia patutnya dtg ambik gambar, etc.. boleh dgn selambanya.."sekarang tak boleh pergi..kereta takder!" tunggu punya tunggu, bayang pun x nampak.. Apa lg, call Ibu Pejabat terus, br la nak dtg sbb dah kena komplen! Sebabnya? rakyat biasa..mcm kami, takder pangkat & harta..kalau Datuk, Tan Sri? huish..

    ReplyDelete