Saat ini 8 november, hari jumaat yg.melega kan.
Terasa lama tidak mencatat di sini dalam lingkaran ini.Ada rindu yang tak tersurat.Rindu benar hati ini.
Alhamdulillah saat ini ada kesempatan.
Menoleh ke belakang melihat betapa waktu2 kelmari telah ku isi dengan tugas2 penting tentunya tuntutan tugas rasmi dan hak kepada yg.berhak dan selebihnya keperluan hidup yg.perlu diteruskan.
Tak ingin aku menulis kesibukan tugas rasmi dan soal hak.Aku hanya ingin mencatatkan di akhir oktober dan diawal november ini, anakanda Rashid telah tamat pengajian dari Banglore. Aku dan 'ir' sibuk benar meraaikan kepulangannya.Aku belikannya almari buku, kerana dia balik membawa sejumlah kotak2 besar mengandungi buku2 perubatan yg.ratusan kilo beratnya.Alhamdulillah semuanya baik.
Pada hari sabtu 2 November, Irma Restu pulang bercuti dengan kawan2nya, seramai 7 orang, mereka melawat kaki kinabalu dan tidur semalaman di rumah. Layaknya mendapat tetamu sudah pasti bilik2 tidur disediakan begitu juga hidangan makanan utk.tetamu. Aku hanya mampu sediakan bara api untuk aktiviti panggang ikan, udang, sotong jenis bertulang,dan ketam suri. Sempat juga lah aku masakkan udang gala masak lemak utk.mereka. Irma Restu balik ke KL pd.hari selasa. Alhamdulillah semuanya baik.
Melayari kesibukan, saat ini baru aku tersedar Irma Restu ada belikan aku sekotak buah strawbery dari Kundasang..wah nasib baik terperasan didalam peti sejuk, dah hampir lebam buah strawbery ini.

Bila di makan buah ini, ia seperti telah dicampur dengan biji2 bijan, bila diamati biji2 bijan ini sudah tersedia ada terlekat atau dihias pada kulit strawbwry ini.

Cantik benar warna dan bentuk buah ini.Benar2 cantik.

Kerana singkatnya waktu, bayam hijau daun bulat..tak sempat di tuai, sedar lagi dah berkitar semula menjadi benih. Banyak benar benih bayam ini.

Pokok pokok terung ini mengeluarkan buah yg.banyak, tapi tak sempat nak makan dah terlebih matang.

Tak ingat apa nama terung ini

Waktu kecil sepanjang 3 inci ia berwarna unggu, bila dah besar berwarna hijau jalur putih macam dalam gambar ini. Bila cukup matang sesuai utk.dituai ia kembali berwarna unggu pudar, bila dah sesuai utk jadi benih ia menjadi kuning emas macam gambar di bawah ini.

Rasanya hanya beberapa minggu bayam dan terung ini aku tanam, tetiba ia dah bertukar warna dan menjadi tua menunggu nasibnya disemai semula atau akan hilang bersama benih2 lain yg.tidak terlayan disebabkan
' singkatnya waktu ' dan masa pun tidak lagi mampu untuk di bahagi.
Assalammualaikum, sampai disini salam ceria selalu.