Saturday 9 November 2013

'pengalaban' buah esotik yg.semakin pupus dan dilupakan.

Petang sabtu 9 november, aku temankan abang Mat dan isterinya ke kebun arwah ayah untuk mengutip buah kelapa tua bagi persediaan majlis kenduri perkahwinan anak abang Mad yg.kedua anakanda Md.Nawal.
Majlis pernikahan akan berlangsung pd.29 nov.2013 nanti InsyaAllah.

Dalam perjalanan, aku nampak banyak buah ini dijual sepanjang lebuh raya.
Ini sejenis buah hutan yg.boleh dimakan.
Anda pernah melihatnya?..pernah rasa ?.. mungkin ada yg.pernah melihatnya dan merasanya.

Buah ini dalam bahasa tempatan di namakan buah'pengalaban'.  Pokoknya besar, sebesar pokok jati. Ini pokok pokok yg.terawal di negeri sabah.  Hanya tumbuh dihutan tebal.  Semakin lama pokok ini semakin pupus lantaran terlalu banyak kemusnahan hutan akibat pembalakan dan pembinaan lebuh raya.

Jom tengok gambar.

warna buahnya cantik, warna merah jambu cerah dan berkilat.Kalau nak makan buah ini, ia perlu di celur dengan air panas mendidih, dan biarkan seketika.

Cara nak mencelurnya, luruh atau leraikan buahnya yg.lembut dari kelopak buah..macam dalam gambar di bawah ini.
                                                kumpulkan buah dan curahkan air panas mendidih, tutup bekas selama 7 minit, bila buah dah lembek, tapiskannya dan taburkan  garam halus secukupnya..jangan terlalu masin.
                                                     kulit berwarna pink menjadi lembut, bahagian berwarna putih akan menjadi lembut lemak dan berkrim, hanya perlu ditekan@picit semua isi bahagian dalam akan terkeluar macam cairan aiskrim vanila..lemak berkrim..rasanya sungguh sedap.  Cuma ia mengeluarkan aroma buah hutan yg. sesiapa tak biasa akan pening lalat hahaha... bila dah biasa wow..pasti nak makan lagi sebab ia lemak dan berkrim resipi semula jadi dari alam ciptaan Allah.
                                               buah 'pengalaban' lemak dan berkrim resepi berkrim semulajadi alam.
Pelbagai warna, bentuk dan rasa, pemberian Allah kepada kita untuk dipelajari dan dihargai.
Sesiapa ada peluang jangan lupakan buah ini, rasaai ia dan nikmatilah keunikan rasanya..sebagai kenangan.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan bersama buah tempatan yg.semakin dilupakan.Assalammualaikum salam ceria selalu.


22 comments:

  1. assalam kak.. pertama kali tengok buah pengalaban ni. banyak betul yer anugerah Allah untuk kita, syukur Alhamdulillah. terima kasih kak, di atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah memang benar, agaknya berjuta2 lagi khazana alam yg.belum kita ketahui kan.

      Delete
  2. Salam Kak Puteri,
    Haaaa...buah ni la yg sy jumpa masa gi Sabah dlu, sy tanya kt tukang jualnya camna nak makan menda ni, dia jawab dlm bahasa yg saya kurang paham, yg sy faham sikit rendam air panas, last2 tk jd beli...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Rose.
      oo ya..dah pernah datang ye..lainkali kalau datang lagi jangan lupa rasa buah ni, sedapp berkrim.

      Delete
  3. Replies
    1. benar benar unik, macam subang mutiara..cantik.

      Delete
  4. salam kak puteri..selepas abis baca details pasal buah ni..memang confirm tak pernah tengok dan tak pernah rasa...mula2 tengok macam buah terung bulat yg kecik-kecik kan...kena dtg jugak melawat sabah ni..banyak khazanah yang tak pernah tengok lagi ni...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      ada peluang jalan jalanlah melihat bumi Borneo yg.masih senyap sunyi.
      Kejap lagi banyak bendah yg.akan hilang, sekarang ni, mereka sedang giat memusnahkan hutan dan susu bukit demi pembanggunan katanya.

      Buah ni macam subang mutiara..cantik.Tapi kalau tak ada musim tak dapatlah tengok buah ni.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak puteri,
    Tak pernah saya tahu tentang buah ni. Uniknya. kalau ke sana saya pasti nak cuba. Terima kasih berkongsi sesuatu yang jarang diketahui umum ini. (terutama bagi orang semenanjung)
    Untungnya punya rakan dari pelbagai daerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      InsyaAllah, peluang itu akan ada. Semoga bila datang nanti buah ni sedang bermusim.

      Delete
  6. Assaammualikum akk..ni bru pertamakali tgk dan dgr nama buah ni..kat semenanjung xde kut buah ni ya kak..cantik..pink..mcm buah mnggis pun ada ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      buah ni memang tak ada disemenanjung.Buah ni unik macam subang mutiara air tawar..hihihi..cantik.

      Delete
  7. wah, Tq for sharing cikgu puteri. So special & i like its lovely pink color!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Olive, Tq.
      it's really special...pink color..hihihi.

      Delete
  8. salam kak puteri,buah ni banyak dijual kat pasar satok di kuching. selalu tertanya-tanya buah ke sayur, teringin nak try tapi x tau nak makan/masak camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      oh iya.Lepas ni, bolehlah cuba kan, mudah saja celurnya.

      Delete
  9. Lingkaran Kecil, Lingkaran Besar.,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..betul juga, lingkaran kecil, lingkaran besar.

      Delete
  10. ada di Sabah saja ya Kak? Untunglah orang sabah.. Nyam nyam nyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya iya, hanya ada disabah dan sarawak.Untung. hemm Alhamdulillah.

      Delete
  11. Says pun 1st time tengok... masa ke Sabah tahun lepas tidak ada ... kena pergi pasar la kut baru dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah ni tak dijual di pasar besar k Mar, ia hanya dijual ditepi tepi jalan atau pasar 'tamu'..kalau ada musim.

      Delete