Monday 18 November 2013

Cuti sekolah dan kebun tepi rumah.

Hari ini selasa 19 November 2013. Meski cuti sekolah sudah bermula, namun bagi diri ku urusan tugas2 rasmi ku belum juga berakhir.Masih banyak yg.perlu diselesai kan untuk menghadapi januari 2014 yang hanya ada beberapa minggu di hadapan.

Walau sibuk aku mula merancang untuk memulakan aktivit berkebun.Aku dah sediakan tapak untuk bayam hijau daun bulat, bayam merah, sawi dan beberapa jenis sayur daun yg.benihnya masih banyak tersimpan dan tidak terlayan akibat kesibukan yg.melingkari hidup harian ku disepanjang 2013 yang hampir berlalu ini.

ruang ini terpaksa disembur racun rumput, kerana sudah tidak berdaya untuk membuang rumput2 liar tanpa melibatkan racun rumput. Tapak ini akan digembur dan digaulkan tanah kompos.  Akan banyak tenaga dilaburkan.Semoga hasilnya akan berbaloi.
                                        
                                         
                                      Ini labu kundur baka besar.Ia sangat besar dan panjang.  Ia tumbuh ditepi pagar aku tak alihkannya kerana dalam perkiraan ku ia akan menjalar sekitar pagar keliling rumah, namun bila ia mula berbuah ia memanjat pokok limau purut dan menggunakan pokok limau itu sebagai tapak untuk ia berpaut dan menghasilkan buah yg.besar. Terpaksa ia dibiarkan meski ada kemungkinan ia akan memusnahkan pokok limau purut warisan dari arwah ayah mertua ku yg.manis dalam ingatan.
                                       aku nak biarkan ia seketika, hujung bulan disember ini, barulah aku petik hasilnya untuk dijadikan benih semula.  Aku cuma suka melihat buah labu kundur ini namun tak terhabis untuk memakan hasilnya, selalunya aku kongsikan dengan jiran dan keluarga.
                                   Aku pernah kongsikan benih labu ini dengan beberapa orang rakan blog, namun rasanya belum ada yg.cuba menanamnya kerana pokok ini memerlukan ruang yg.luas.
                                               Ini pokok betik, sepatutnya menjadi betik 'elbino' yg.membuatkan aku jatuh cinta padanya.namun setiap hari ia membesar. aku tak nampak ciri ciri nya menjadi elbino.Entah kenapa, mungkin aku silap menyemai benih atau ia telah terkacuk dengan debunga betik sekaki yg.tak putus2 menghasilkan buah yg.semakin hari buahnya semakin cantik.

                                       Pokok2 betik sekaki yg.aku tanam ditahun 2011, masih galak berbuah meski pokoknya sudah begitu tinggi.Semakin hari buahnya besar dan cantik.  Belum ada tanda2 pokoknya ingin berlalu.
                                        Dulu pokok ini rendah dan hanya, membongkok untuk memetik buahnya,  kerana ia hanya tinggi sekitar  dua kaki dari tanah  tetapi sekarang terpaksa guna tangga,namun buahnya tetapi panjang hampir sekaki panjangnya dan cukup manis.  Betik jenis ini tahan penyakit..dan hidup lama.
 Benihnya ku pesan dari tuan Iskandar dari blog 'Tanam sendiri.com'
Terimakasih buat Iskandar Rashid, semangat dan idea yg.tuan suntik kan, membuatkan halaman dan keliling rumah saya penuh dengan tumbuh tumbuhan yg.benar2 membantu menjimatkan belanja dapur.

 Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.Selamat bercuti utk.anak murid dan pelajar2 tersayang.

16 comments:

  1. banyak tu nanti sayuran hijau akan tumbuh segar....admire betul dengan betik kak puteri...rezeki melimpah ruah bila tak sia-sia kan tanah yang ada..alhamdulillah...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum Nadia.
      Alhamdulillah rezeki ada dimana mana, pokok pangkalnya usaha dan kerajinan saja yg.memisahkan kita dengan rezeki tersebut..hehehe terimakasih dik, sudi singgah.

      Delete
  2. suka tengok pokok betik akak nie..mmg lebat buahnya..msti tak habis nak makan kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betik sekaki, jenis betik ni pokoknya tahan lama dan berbuah lebat.Alhamdulillah sejak memiliki pokok2 ni, tak pernah dah beli betik masak, setiap pokok gilir2 buahnya ranum.Terimakasih dik sudi singgah.

      Delete
  3. Subhanallah...
    Besarnya labu kundur tu...kalau masak sebiji pun dah sekampung dapat rasa.
    Betik tu pulak meriahnya dia berbuah. Tentu sentiasa dibaja dengan perhatian dan kasih sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Hihihi betullah tu , sentiasa dibaja dan diberi perhatian dengan penuh kasih sayang, hasilnya sangat memuaskan.Terimakasih dik.

      Delete
  4. Assalam kak puteri,

    Benih labu kundur yang akk berikan haritu saya masih tidak tersemai kerana tak tahu di kawasan mana boleh saya bagi pokok labu memanjat. Kawasan terhad tetapi angan2 besar nak juga tanam. Insyallah akan cuba di tanam....teringin nk berikan tatapan hasil semaian benih dari akk. Terima kasih banyak2 kak.

    Betik sekaki saya masih kecil lagi...jauh lagi perjalanannya....tp dah banyak entry menarik ttg betik sekaki ni termasuk la entry akk sebagai rujukan saya.

    Terima kasih sekali lagi....happy holiday dan happy gardening. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      sama sama kasih. hihihi..ada peluang tanamlah apa yg.dapat ditanam. Labu kundur tu kena tanam di kampung.Betul2 ia memerlukan kawasan yg. luas.Terimakasih and happy holiday 2.

      Delete
  5. Hebatnya pokok2 dia, berbuah lebat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum Juhariah.
      Terimakasih sudi melawat kita. Alhamdulillah begitulah nampaknya..cuma betik sekaki dan labu kundur yg.menjadi dan tak putus2 berbuah.

      Delete
  6. Salam Puteri,

    Seronoklah cuti sekolah ni, bebas berkebun! Geram tengok buah labu yang cukup besar tu! Betik sekaki tu tak putus2 buahnya ya! Murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      hihihi seronok sungguh, banyak benda nak buat cuti ni. Kalau mak Aji nak benih labu kundur baka besar ni, bagi alamat nanti saya kongsikan.

      Delete
  7. Assalammulaikum kak..labu kundur tu besarnya..sy suka tgk pokok buah2 ni..tp klu sya tanam gak x mnjadi la kak .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      kalau tanam tak menjadi mungkin campuran tanah tak berapa sesuai.
      Cuba tanam sayur jenis daun yg.mudah2 dulu.Selamat berjaya, jangan putus asa.

      Delete
  8. bestnya ada betik & kundur tu......kalau yan ada buah tu semua....dah lama jadi halua...he heee....sedap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah kita berjiran, 2 biji yg.paling besar tu sah dah ada di dapur cik Yan. hihihi..akak tak reti buat halwa, Yan tolong kongsikan resepi.Betik pun boleh buat halwa kan..

      Delete