Saturday, 23 November 2013

Bahawa kita pernah bersama.

Saat ini 11.40 malam 23 November, hari sabtu yg.ceria. Baru sebentar tadi berlangsung pertandingan Bintang Kecil peringkat suku akhir disiarkan di saluran TV 101 -RTM jam 9.00 malam. 

Suka nya hati apa bila salah seorang anak muridku , berjaya terpilih ke peringkat separuh akhir.
Watak dan penampilannya memang terserlah sejak ia ditahap satu lagi.Dia sangat berbakat.Gadis kecil ini benar2 membuat aku menitiskan airmata saat dia melontarkan vokal suaranya.  Doa ku semoga gadis ku ini akan terus berjaya mencapai segala cita cita nya untuk menjadi seorang yang dia ingin menjadi.

                        Bahawa kami pernah bersama mencipta pelbagai kenangan, kenangan guru dan anak murid.
                                        Tahun lalu 2012 aku guru sains mereka
                                                Tahun ini, aku guru P.Moral dan guru PJK mereka.

Kenangan bersama hari raya 2013, saat mereka bertandang ke rumah.
                                          
                                         Perserta Bintang Kecil. Dia cantik kan .'princess padili'
                                              Jean, princess dan Guean gadis2 kecil ku yg.manja.
                                              Charels dan Chua, pemuda harapan bangsa.
Aku akrab sangat dengan murid2 p.Moral ini..tahun 2014 mereka akan memasuki kelas tahun 6. Chua pelari jarak jauh dan mempunyai bakat besar dalam acara lompat tinggi.  Charels sangat berbakat dalam acara lari pecut 100 m.

Aku selalu terasa seandainya anak2 murid ku ini mendapat peluang dilatih secara teratur dan sekolah ku mendapat kemudahan layaknya sebuah sekolah seperti yg.terdapat di bandar, khususnya sekolah2 dibandar2 semenanjung, tidak mustahil Malaysia akan mampu melahirkan ramai remaja yg.berkebolehan diperingkat antarabangsa.  Namun apakan daya, harapan tetap lah menjadi harapan lantaran keterbatasan kuasa dan suara.

Ok lah sekadar satu catatan kenangan bahawa kita pernah bersama dan saling terikat oleh satu rasa, rasa saling menyayangi dan menghormati. Salam ceria selalu.

12 comments:

  1. Assalammualaikum akk..akk cikgu ke?sya baru tahu ni..tim kasih akk sbb mendidik anak bangsa..mcm kakak saya jgk cikgu..tahniah utk princess yg menyertai bintang kecil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Adrianna.
      Terimakasih dik. Semoga kita sentiasa menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.

      Delete
  2. Wah comelnya kak princess bintang kecil tuh...dia pandai nyanyi yer..
    Sebenarnya ramai bakat2 yang besar yang tidak dapat diketengahkan spt kata akak tuh ..kerana berada disekolah yang bukan luar bandar kan.mga suatu hari nanti nasib mereka akan berubah..inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , insyaAllah.
      Menjadi guru bertugas disekolah serba kekurangan ni, terlalu banyak kekangannya. Sekolah tempat akak bertugas ni, murid ramai tapi banggunan tak cukup.Banggunan yg.ada zaman tahun awal 70an lagi.Teruk juga.Banggunan kayu.Dah memohon banggunan baru berkali2, dah dilawat bermacam kali..tapi tahun berlalu, semua benda menjadi penantian panjang yg.seperti tiada penghujung. Tak apalah semua ini ketentuan Tuhan.

      Delete
  3. Semoga Puteri terusan menjadi harapan bangsa ... juga semoga anak didikan terusan berusaha, kekal positif untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat... mesti cikgu popular ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Mar.Hihihi cikgu popular tak ada lah, tapi menatap pandangan mata anak murid setiap hari menjadikan jiwa kita melihat jarak dunia ini dan peredarannya.

      Delete
  4. Salam. Dalam foto tu aku nampak kawasan lapang di luar pagar. Itu sawahkah? Atau padang? Di sana ada sawah?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam zam.
      Betul, itu sawah.Daerah akak ni memang giat mengusahakan sawah padi.Gambar akhir tu pemandangan depan rumah berlatarkan sawah yg.terbentang luas.

      Delete
  5. bangga kan anak didik berjaya..semoga doa-doa akak pada anak didik termakbul..dan kak puteri teruskan perjuangan mendidik anak bangsa...in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia.
      Bila anak murid berjaya dalam semua perkara, cikgu2 yg.terlibat mengasuh mereka dari alam TADIKA, sekolah rendah, sekolah Menengah dan Universiti, hanya memerhati disuatu sudut dan tersenyum sendirian. Sebab tulah tugas guru tidak dapat diukur dengan banyak mana kemenjadian@keberhasilan murid dalam satu2 peperiksaan, sebab murid yg tak ramai lulus masa di sekolah rendah, bila dah disekolah menengah mereka jadi sangat berdikari dan bijak dalam sesetengah perkara, apa tah lagi bila dah belajar di universiti.
      'ambil kira pada diri sendiri' bahawa kita pernah menjadi murid dan pernah berdampingan dengan seorang guru.

      Delete
  6. Salam Puteri,

    Tumpang bangga dengan Puteri sebagai pendidik. Bukan semua orang dianugerahi kesabaran dan kegigihan untuk bergelar guru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam mak Aji.
      terimakasih...hihihi beginilah jadi cikgu.Anak orang berjaya cikgu ikut gembira, anak cikgu gagal, ibubapa kutuk2 kata -kata, hihihi...cikgu reti ajar anak murid tapi tak reti ajar anak sendiri..kenapa agak nye ye?

      Delete