Monday 6 January 2014

sirih junjung menjadi Ferrero Rocher

Hari ini isnin 6 januari, masih dalam mud letih. Namun sempatlah menilai semula aktiviti yg.telah menyumbang kepada kesibukan dan keletihan aku.  Ada masa meneliti isi dulang hantaran balas pihak keluarga perempuan.  Antaranya coklet ferrero Rocher yg.selalu menjadi pilihan dalam hantaran ikatan perkahwinan.

Selalu juga intai harga coklet ini masa kat airport hemm memanglah  mahalkan. Seronoklah aku bahagi2kan kepada yg.terlibat buat sirih junjung dan hiasan hantaran yg.lain..rugilah Miming yg.tak dapat merasa meski banyak menyumbang dalam menyiapkan hiasan kotak2 hantaran...hihihi tak apa lah Ming, abang Acit masih ada.
 Bila memikirkan kepentingan sirih junjung yg.perlu ada dalam majlis pertunangan, rasanya bagus tukar dengan coklet inikan.  Macam tak adil pula, bila aku bagi sirih, pinang , gambir , kapur dan tembakau untuk dikunyah, semuanya tu rasanya pahit dan tak sedap, kalau tak pandai makan sirih, boleh mabuk..hihihi.

Tapi benda2 yg.tersurat disebalik sirih junjung sebagai santapan santai sambil berbual2 dimasa lalu diamalkan oleh adat raja2 dan bangsawan melayu, hingga kepada rakyat jelata, sayang pula budaya ini dibuang. 

Kemudian tersirat disebalik daun sirih, gambir dan kapur, tembakau dan pinang kesemua benda2 ini adalah ubat tradisional yg.sangat mujarab dan tak perlu disoal keberkesanannya.  Oleh itu rasanya wajarlah pihak lelaki membekalkan ubat ubatan terlebih dahulu sebagai perlindungan awal kepada pihak perempuan sesuai dengan tugas lelaki melindungi pasangan dan keluarganya.  Ahh luasnya pandangan orang zaman dulu..mereka selalu bersedia lebih awal.  Namun cita rasa zaman kini, segalanya semakin berubah.

Kalau tanya diri aku, aku nak coklet ke nak gambir dan sirih?..hahaha tentulah aku nak coklat.Gambir tu sangat pahit tau..makan sirih aku pernah mabuk.  Tapi bila anak kecil aku demam teruk tengah malam, aku lari ke halaman cari daun sirih, ramas2 dan sapu airnya dikepala bayi yg.baru lahir, Allahhu akhbar, serta merta reda panasnya..bayangkan kalau bawa ke hospital, bayi yg.baru lahir mereka suntik atau bagi ubat ubatan yg.diminum..sanggup tengok?..aku tak sanggup, aku sanggup bagi anak ubat daun2 kayu dan akar2 kayu dari sogokkan bahan kimia ke dalam tubuh mereka.  Begitulah cerita sirih junjung menjadi coklet ferrero Rocher
Ok lah sekadar catatan kenangan, baru aku tahu, hanya pihak lelaki sediakan siri junjung kan..hihihi..tak rugi aku buat sendiri.Yang tak ada anak lelaki tak merasa lah mengubah sirih junjung sendiri..Ok salam ceria.

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,
    Adat sezaman tetap kita junjung kan. Terlalu banyak yang tersurat dan tersirat di sebaliknya.
    Yang baru kita lindungi sebab memberi kenangan tersendiri.
    Gabungan yang lama dan baru memberikan nostalgia yang sukar dikikis dalam ingatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam dik.
      Gabungan yg.lama dan baru menyerikan lagi budaya melayu.
      Terimakasih dik.

      Delete
  2. wahhh.. xapalah xdpt rasa ferrero rocher, nnt hantaran kawin, mau claim bahagian saya.. hahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ming ming, tengok gambar dan tenguk bu'ae' elo ja lah.
      hahaha..jangan marah.

      Delete