Monday 12 May 2014

Bila musim berlalu



Siang tadi 12 mei, hari isnin yg.ceria.
Dah jarang mencatat kenangan 'disini dalam lingkaranini'.  Memang ada rindu nak bersenda gurau, namun masa sangat tidak mengizinkan. 
Apa pun aku ingin catatkan kenangan yg.satu ini.

Pokok bunga gambar di bawah ini, menjadi pokok hiasan di jalan2 raya. Bila musim kemarau panas ia akan berbunga lebat.  Setiap kali pokok ini berbunga selalu aku terpikir ia di tanam melalui apa.
Tersimpan hajat untuk menanamnya.



Nak dijadikan cerita..
Hari sabtu 10 Mei, sekitar jam 1, aku dan Ir nak ke Kota Kinabalu..dalam perjalanan, kereta demam, catatan suhu enjin sampai ke angka 100%...lalu mati, mujur tepi jalan yg.agak luas..tidaklah menganggu lalu lintas.

Dalam proses menunggu bantuan , aku perhati pokok2 dipersekitaran, alangkah gembiranya aku berdiri dibawah pokok yg.bunga nya menjadi impian aku selama ini, aku tidak mengecamnya,
lantaran musim ia berbunga telah pun berlalu. 

Aku mendongak sambil memerhati kalau2 ada benih yg.sudah matang dan mengharap akan ada yg.gugur ke bumi.
 Jom tengok gambar.
                                               Deretan pokok kayu berbunga cantik bila musim bunga.
                                         Sabar menanti.
                                         Pokok menumpang, sempat lah aku fikirkan kesabarannya menunggu sehingga sebesar ini dan kelihatan cantik.

                                         saki baki kuntuman bunga pokok  angsana

                                           Tak sangka jumpa benih pokok ini. Ia seperti kacang buncis. Tak sangka betul begini bentuk buahnya.

               Bila dikopek, benihnya sangat nipis seperti kertas tisu tentunya sangat mudah disebarkan angin.
Alhamdulillah..nah terjumpa satu yg.benar2 sah matangnya.
                                      Pohonnya tinggi dan boleh membesar sebesar pokok balak, namun benihnya begitu kecil dan begitulah caranya membesar dan menghiasi permukaan bumi. Hebatkan.
                                             Ada lagi kuntuman bunga yg.bertahan dan menunggu masa ia luruh.

                                          Akhirnya bantuan pun tiba, kereta ditunda, bayar RM400. balik KB, dengan rancangan membeli bunga2 pelamin tak kesampaian.Namun sangat berpuas hati kerana, Allah izin kan aku melihat sendiri bentuk benih pokok bunga yg.selalu ada didalam anganku setiap kali musim bunga menyimbah pandang.Harap2 benih ini akan tumbuh.InsyAllah.



Cantikkan pokok2 kayu yg.merimbun dengan bunga.
Gambar no.1 dan yg.akhir ni, ambil dari google.Mohon rela dari pemiliknya, sekadar utk.perkongsian cerita maya.  Ok. salam ceria.Assalammualaikum.

6 comments:

  1. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Untungnya mama.. Alhamdulillah mesti jmp benih pokok..mudah2an hidup hehe

    -ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung?..hihihi betul lah tu..hadiah hari ibu ni..

      Delete
  2. AsSalam kak puteri,
    berjumpa kembali kita.
    kereta sama macam kita, ada ketika sihat dan dapat ke sana sini dengan lancar, ada waktunya semput (macam saya...)apa-apa pun pasti hikmah tersirat di sebaliknya.
    Musim bunga yang indah terutama di utara sana, waktu saya balik kampung rasa seperti rimbunan sakura sepanjang jalan. Bumi Allah yang indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Bertemu lagi kita. Jom datang tempat akak. kenduri kawin pd.1 june.Jemput datang dik.
      Bumi Allah yg.indah..terimakasih dik.

      Delete
  3. Salam Puteri,

    Pokok tu memang cantik bila berbunga lebat cuma bila nak tanam jangan tanam dekat dengan porch atau apa-apa binaan sebab akarnya akan menjalar jauh. Di rumah lama Mak Aji pokok ni pemaju tanam di depan dan di sisi rumah. Kesemua pokok terpaksa ditebang sebab tanah laman sisi kelihatan akar pokok menjalar ke arah rumah! Laluan ke porch kereta pecah tarnya kerana akarnya yang menjalar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Mak Aji.
      Terimakasih banyak banyak berkongsi maklumat ini. Nampaknya pokok ini akan ditanam di tanah pantai nanti, andai ia hidup disemai.

      Delete