Thursday 9 October 2014

Bila hujan turun

Hari ini 9 oktober, hari khamis, telah enam hari hujan turun siang dan malam..pokok pokok bunga dihalaman banyak tumpas terendam air  hujan yang berlebihan.
Semaian bunga mata hari, nampaknya banyak yg.dah terurai menjadi air.

Pokok2 Roselle yg.subur berbuah terpaksa dipangkas bimbang kalau dibiarkan akan termusnah oleh hujan di oktober ini..

Buah roselle kali ini besar2, merah berkilat dan gebu..nampak macam manis kan, tapi tersangatlah masam nya.
Entah bila lah ada masa nak layan si roselle yg.lawa ni..banyak sangat..

Hujan di oktober ini benar benar mencabar pertumbuhan anak pokok tembikai di tanah pantai, entah apalah akan terjadi, hanya mampu berserah kepada Allah.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.

10 comments:

  1. salam kak..
    risau plak tuk akak bila akak sebut psl tembikai tuh...apapun kena bersedia mentally lah kan kak..harap2 Allah protect..sayang ceria kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      InsyAllah. Terimakasih ummuAidan.Salam sayang dan mesra selalu dik..maaf kita dah jarang bersama dialam maya ini, sibuk layan tembikai tu lah..hihihi..

      Delete
  2. Salam k.puteri...aritu ada sy buat agar2 dgn Roselle ni...kalau jemur buat manisan pun boleh kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Nadia.
      oh boleh jemur ye..ok..lain kali akak akan simpan cara tu, yg.hari tu..akak rebus semua buat sirap, tak habis..akhirnya terurai manjadi air hihihi..tq..dik.

      Delete
  3. Salam Puteri,

    Mak Aji baru tengah hari tadi terjumpa paket bunga roselle yang dikeringkan - bukan banyak manapun yang dijual dengan harga RM8. Kalau dah banyak begini bolehlah dikeringkan untuk dibikin teh nanti. Dah berhasilkan tembikainya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mak Aji.
      mahal tu..kalau lah apa yg.ada dihalaman tu boleh dikongsikan dengan kawan2 tak lah membazir , nak pos, belanja pos mahal sangat.

      Tembikai kebun pertama dulu dah berhasil, sekarang buka dua kebun lagi, ada tiga lah semuanya..kebun pertama hari tu hasilnya, tak balik modal hahaha...itu yg.nak cuba lagi..tapi nampaknya Tuhan uji lagi dengan hujan yg.berlarutan..musuh tembikai adalah hujan..tengah simpan buah hujan pula mencurah..sabar je lah, Allah tentukan rezeki bagi setiap hambanya, betulkan Mak Aji. Terimakasih .

      Delete
  4. Update pls!!! Rindu mau baca...
    -ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update..pilah baca hihihi..keluhan dan situasi dialam realiti.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak puteri,
    Berjumpa lagi kita. Hujan yang berterusan beberapa minggu ni menyebabkan keadaan agak kelam kabut di kebun. Masa banyak tersita di sana. Balik rumah dah malam, penat, dan tak berkesempatan nak blogwalking. Lagipun hujan diikuti kilat dan petir tidak memungkinkan untuk online dengan selesa.
    Banyak entri terpaksa ditangguhkan dulu. Rindu nak menulis sebenarnya tapi perlu ketepikan sementara waktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Warna Sari...indahnya nama ini.
      Wah samalah kita asyik hal kebun je kan..sudahlah sibuk tambah sibuk lagi.
      Dengan hujan 'tumbuh tumbuhan' menjadi subur, namun terlebih hujan 'tanam-tanaman' tumbuh merana..tak apalah kita sabarlah.
      Terimakasih dik, semoga sihat ya.

      Delete