Kesibukan sekian lama menjarakkan aku dari dunia maya, ada rindu namun harus disisihkan begitu saja..sesekali melawat blog kawan yg.menjadi rakan blog disini dalam lingkaran ini.Banyak cerita, banyak maklumat dan keseronokan yg.aku tertinggal, namun apakan daya..
Cerita terbaru aku tentang hasil tanah lembah seribu bintang..iya..akhirnya segala usaha hampir 2 tahun setengah, menampakkan bunga2 kejayaan.Alhamdulillah.
Cerita terbaru aku tentang hasil tanah lembah seribu bintang..iya..akhirnya segala usaha hampir 2 tahun setengah, menampakkan bunga2 kejayaan.Alhamdulillah.
Jom tengok gambar.
akhirnya Jembatan Sikal teruji, apa bila ia dilalui oleh lori yg.memuatkan 6 tan tembikai. Aku keluarkan bajet sendiri membuat jambatan ini. Bila dah siap ramai pula beria- ia nak ikut guna..dgn.pelbagai alasan.

hasil sedang tuai.
kebanyakan buahnya seberat 7 ke 10 kg.
ada juga mencecah 13 kg.
Proses menimbang hasil.Seronok sangat saat ni..macam tak percaya..tetiba aku ada kebun.
Kebun tembikai dilembah seribu bintang.
Proses memetik buah@keluar buah akan berlangsung lagi pada esok pagi jumaat 28.nov.2014.
8 tan lagi akan dikeluarkan.Semoga sagalanya selamat dan diberkati Allah.
8 tan lagi akan dikeluarkan.Semoga sagalanya selamat dan diberkati Allah.
Anakanda Irma Restu juga akan balik esok.Oooakan terlerailah rinduku pada gadisku yang satu ini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua didunia dan akhirat.Amin.Assalammualaikum