Wednesday, 26 November 2014

Tembikai Lembah Seribu Bintang

Kesibukan sekian lama menjarakkan aku dari dunia maya, ada rindu namun harus disisihkan begitu saja..sesekali melawat blog kawan yg.menjadi rakan blog disini dalam lingkaran ini.Banyak cerita, banyak maklumat dan keseronokan yg.aku tertinggal, namun apakan daya..

Cerita terbaru aku tentang hasil tanah lembah seribu bintang..iya..akhirnya segala usaha hampir 2 tahun setengah, menampakkan bunga2 kejayaan.Alhamdulillah.
Jom tengok gambar.
akhirnya Jembatan Sikal teruji, apa bila ia dilalui oleh lori yg.memuatkan 6 tan tembikai. Aku keluarkan bajet sendiri membuat jambatan ini.  Bila dah siap ramai pula beria- ia nak ikut guna..dgn.pelbagai alasan.

 hasil sedang tuai.
 kebanyakan buahnya seberat 7 ke 10 kg.
 ada juga mencecah 13 kg.
 Proses menimbang hasil.Seronok sangat saat ni..macam tak percaya..tetiba aku ada kebun.
Kebun tembikai dilembah seribu bintang.
Proses memetik buah@keluar buah akan berlangsung lagi pada esok pagi jumaat 28.nov.2014.
8 tan lagi akan dikeluarkan.Semoga sagalanya selamat dan diberkati Allah.
Anakanda Irma Restu juga akan balik esok.Oooakan terlerailah rinduku pada gadisku yang satu ini.
 
Alhamdulillah syukur kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua didunia dan akhirat.Amin.Assalammualaikum

10 comments:

  1. Assalam... tahniah Puteri dah berjaya... terasa segera mahu ke sana menikmati pemandangan kebun tembikai dan pengalaman berada di Lembah Seribu Bintang..insyaaAllah one fine day ... alhamdulillah akhirnya berjaya..tumpang gembira.. dengan iringan doa semoga Lembah Seribu Bintang terusan berjaya dengan hasil yang meriah yang berkualiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      terimakasih banyak2.Insyallah, kalau kelengkapan tempat penginapan dan kemudahan asas dah siap..akan tiba masanya kita berkumpul ramai2 menikmati panorama lembah seribu bintang hihihi..

      Delete
  2. salam kak, alhamdulilah dah berhasil termbikainya..seronok melihat hasil yg begitu meriah ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      alhamdulillah dan ada nampak sedikit hasilnya, semoga berterusankan..selamat bkembali ke tanah air ummu.

      Delete
  3. assalamualaikum k.puteri,
    subhanallah..dah besar2 buah tembikai nya..hampir sebulan tak jengah blog...ternampak entry ni...cepat betul masa rasa baru saja baca akak tengah usahakan ladang tembikai..bertan-tan..fuh banyak tu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsala m nadia.
      alhamdulillah d menampakkan hasil.ah mula

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Alhamdulillah banyak hasil tanah pantai. Betapa cepat masa berlalu ya, tanpa kita sedar! Tanah yang dahulu diusahakan sudah membuahkan hasil yang lumayan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, wa'alaikumsalam mak aji.
      hihihi..tak sangka juga hasilnya lumayan.Tak rugi memupuk minat dalam bidang tanam-menanam ni..hasil tetap ada, cuma terpaksa bercatur lambat atau cepat ,untung atau rugi..hihihi joom tanam sendiri.

      Delete
  5. Alhamdulillah, tuaian kelihatan begitu cantik dan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Terimakasih tuan Is.Percubaan kali ke3 ni..percubaan 1 dan 2 dulu gagal hihihi..

      Delete