30 oktober, hari jumaat yang tenang, tentulah kesibukan menjadi agenda utama dalam hidup seharian. Malas nak kongsi cerita tentang kesibukan, yang ingin aku kongsikan hanyalah berita perkembangan aktiviti berkebun di 'Lembah Seribu Bintang'.
Tanah kebun tembikai yang tak sempat diusahakan lantaran kekurangan pekerja, telah aku buka untuk dirado. Tugas merado tanah telah aku serahkan kepada pegawai PELADANG, dengan bayaran 1 ekar RM400, gembur dan buat batas. Kali ini aku nak tanam ubi manis@ keledek jenis isi oren.
Dalam keluasan 3.8ekar.
Jom tengok gambar kenangan.

Tanah ini telah siap dirado pada 11 hb.September 2015.

Cuti pada 16 September sempena cuti hari Malaysia, haji Mistan dan isterinya puan haja telah bersetuju untuk membantu aku mengusahakan kawasan ini dengan menanam ubi keledek.
Maka hari itu mereka mulakan aktiviti menanam.
Menanam ubi keledek ini sangat mudah, dan cepat. Hanya perlu buat lobang selebar mata cangkul, 2 baris di atas batas, kemudian batang ubi bahagian yang berpucuk, cucukkan ditepi lobang dan kambus.
Pada 22hb.september, batas2 yang besar ini telah siap dipenuhi batang ubi manis, dan hanya bersabar menunggu pembesarannya.
Selepas selesai menanam, dalam beberapa hari diakhir september, hujan turun mencurah membantu mempercepatkan pertumbuhan ubi keledek ini.Alhamdulillah.
Kini oktober berakhir, pokok ubi ini telah berusia 6 minggu.
Begini lah keadaan pokok2nya.
Beginilah nanti bentuk dan keadaan isi ubi keledek apa bila ia berisi kelak.Ini hasil keledek kebun haji Mistan.Dan bibit atau batang ubi inilah yang Haji tanam dikebun aku.
Tolong doakan semoga segala usaha ini diberkati Allah.
Kalau Allah izinkan hasil ubi ini akan dituai pada pertengahan desimber nanti atau awal januari, terpulang pada permintaan, kalau banyak permintaan, maka akan digali secepatnya.
Kalau ada rezeki,insyallah hasil ubi lebih tinggi dari tembikai, bezanya tembikai tempoh penanaman hingga menuai hanya 9 minggu, dengan modal yang banyak.
sejuk mata melihat perkembangan pokok ubi keledek ini. Selain menanam ubi, aku ada juga menanam jagung manis.Gambar pokok2 jagung nanti aku kongsikan.
Ok cukup catatan kali ini, sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.