Sunday 1 November 2015

Oktober pun berlalu, bunga bunga ros ku kekal tersenyum riang.

Oktober 2015 telah berlalu, mencatat kenangan nya yang tersendiri. Miming lahir diwaktu langit berwarna merah kesumba 18 oktober, Irliani lahir 21 oktober di kala mentari tegak menungkat langit Timur, Dr.Rashid lahir 23 oktober, disaat malam semakin tua dan kembarnya cikgu Ir Junior lahir saat jarum jam mencecah peralihan malam ke satu pagi 24 oktober yang damai.
Begitulah setiap kali oktober hadir ada catatan memori sendiri buat aku seorang ibu.

Bermula dari ogos memasuki september hingga penghujung oktober, pokok pokok bunga Ros dihalaman tidak berhenti berbunga..sehingga awal november ini ia masih kekal bertahan seperti gambar2 dibawah ini.


Selain bunga ros, bunga melur juga tak kalah menghadiah haruman wangi setiap awal malam dan awal pagi, halaman rumah seperti disimbahi minyak wangi dari alam semula jadi. Alhamdulillah.
pokok ros yang menghiasi kolam hias juga turut berbunga, dan kuntumannya besar2, sangat menghibur.
Pokok roselle dah berusia 2 tahun masih terus berbuah lebat.
Cara mengekalkan agar pokok roselle terus berbuah, setelah buah habis dituai, ranting lama hendaklah cantas, dibuang ranting baru akan tumbuh dan berbuah seperti ranting asal .

Pokok mulbery,  dah jarang berbuah lantaran ia kurang perhatian dari tuannya, sibuklah katakan.
Namun diawal november ini, hujan dah dua kali turun mencurah, mulbery  akan dirawat semoga ia akan hidup subur seperti roselle.
Catatan agak panjang diawal november ini..sekadar catatan untuk Irma Restu dan Irliana yang jauh dimata dekat dihati hihihi..jom nyanyi ayu. 'jika teringat tentang dikau..'
ok lah assalammualaikum.

4 comments:

  1. Seronoknya tengok bunga kat laman puan....banyak warna pink dan merah...

    ReplyDelete
  2. iya sangat menghiburkan..jom tanam bunga.

    ReplyDelete
  3. Assalam Puteri... mashaaAllah semuanya lahir dlm bulan yg sama.. ros -ros tu mahu bersama-sama meraikan bulan Oktober yang meriah .. berbunga tiada hentinya.. syukran syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      hihihi anak anak oktober..alhamdulillah syukran syukran. tq Mar.

      Delete