Monday, 18 March 2013

ku semai tomato, bayam pula yg.tumbuh

hari ini Isnin 18 mac.

kemarin pagi hari ahad, siap membungkus buah2 peria.  Pagi tadi aku teringin nak semai banyak2 benih sayur bayam.
Pokok bayam mudah tumbuh.Hari itu aku semai benih tomato kiriman 'ummuaidan dari Fiji'

.  Aku semai tomato itu di dalam  besen lama yg tidak digunakan.  aku taburlah benih2 tomato dengan seribu harapan.
selang seminggu nampak banyak benih2 tumbuh, ditunggu semakin hari nampak semakin kemerahan, Bila dah besar, yg.tumbuh itu adalah bayam, sedangkan aku tak ada pun semai bayam di tapak semaian itu..
Agaknya kemana pergi benih tomato tu?...semut kerengga tukar kut dengan benih bayam, alasan benih tomato manis..benih bayam keras..hehehe jom tengok gambar, semai tomato, yang tumbuh bayam.
                                    
                                Kalau diperhati masih ada sebutir dua benih tomato atas tanah hitam ni, pokok halus yg.tumbuh ini, ku sangka benih tomato yg.bercamba.


                    Hari berlalu dia kelihatan macam ni, namun masih was2, sebab tak pernah tanam bayam.

Bila dibiarkan beberapa minggu , hasilnya dah jadi macam ni.Banyak jugalah, harga dua ringgit ni..
                                            besen atau baldi pecah jangan dibuang, bubuh tanah, tabur bayam dan siram hari2..kejap dapat makan sayur bayam.
 Ini benih dari blog tanam sendiri, tabur sedikit diatas tapak semaian sawi ..banyak hasilnya.Jom tanam bayam..
keadaan buah2 peria yg selamat dibungkus. aku guna kertas A4, dan lepas seminggu nanti kita tengok buah dalam bungkusan tu.ee rasa tak sabar.


Ok salam ceria.Assalammualaikum.


Saturday, 16 March 2013

16 Mac 2013


Jam 2.00 petang, hari sabtu yg panas terik.  Awal pagi aku ambil kesempatan membungkus buah2 peria jantung dan peria 'pak Bonong' yg.lebat berbuah.  Entah menjadi entah tidak tunggu lah hasilnya.

Hemm ..Ir Junior, akan bertugas di Daerah Dalat Bahagian Sibu Sarawak. pasport Malaysia ke Sarawak dah siap dan segala kelengkapan yg.harus dibawa dah lengkap.
Dia akan bertugas dan lapor diri pd.hujung minggu  ini.  Jauh disudut hati aku tak ingin dia ke sana, tapi apakan daya..

Banyaklah aku dah rancang untuk anak bujang yang tersayang ini..namun apakan daya, Manusia hanya merancang, Allah menentukan segalanya.
Apakan daya doa Mama semoga Ir Junior akan cekal kan hati dan tetap tabah menjalani cabaran hidup yg.semakin mencabar, hanya satu yang dapat di ucap "sabarlah sayang".

Aku akan merindui dia,
sangat rindu,
Aku akan terdengar, dengar suaranya
Terdengar dengar deruman injin perdana kesayangannya
Terdengar petikan gitarnya..

Ir Junior anak yang baik
Banyak jasa dan budinya
Menghibur dan meringankan tugas ayah ibu..
Apa saja maunya..
Tak ada halangan untuk dituruti
Namun
sekali ini ketika ini..
Ada inginnya tak terpenuhi..
Meski aku dan Ir telah mencuba, namun tak berdaya..

16 Mac ini  ada langkah yang silap diatur,
Langkah ini meninggalkan tapak
Tapak sejarah yang tak terlihat
Mencalar resah didalam hati
Menguris luka yang tak terlihat
Ada airmata sakit membasahinya.
.............sabarlah sayang.......
..............................................................................................

vedio ni saat Ir Junior baru tahun pertama di IPGM 2007...saat ni semangat remaja nya untuk belajar gitar berkobar2..dia minat sangat..aku suka dengar petikan gitarnya..ada aura semangat dan kesungguhan.
Jom dengar, utk.suka suka je..hilangkan stress menatap kebolehan anak didepan mata hehehe.

Belajar gitar 1.


                                        Gitar 2: ir Junior
salam mesra selalu.

Friday, 15 March 2013

Peria jantung dah berbuah

Hari ini jumaat 15 Mac.Sepanjang siang tadi terlalu banyak perkara yang terpaksa diselesaikan dengan kadar segera. 3 hari tak melihat perkembangan peria jantung, petang tadi, bila berpeluang memeriksa perkembangan pokok2 peria itu, ohh alangkah gembiranya, ada terdapat banyak buah yg.baru tumbuh.

Menurut tuan blog 'Tanam Sendiri' tuan Iskanda, buah peria mesti dibungkus, kalau tidak akan terjadi kerosakan pd.buahnya. Insyallah esok hari sabtu 16 mac, aku akan bungkus buah buah peria itu dengan kertas.
Peria jantung dah berbuah.
Ini buah nya, comelkan.  Tak tahu besar mana buah ni nanti selepas matang.

                                        Aku nak bungkus buah ni, nampaknya dah lekat.
Cukuplah untuk kali ini, rindu nak menulis puisi sajak, nantilah bila ada cukup masa.Assalammualaikum
Salam ceria dan salam mesra selalu.

Saturday, 9 March 2013

Pagi ini ahad 10 mac.Perasaan nak jalan2 tukar udara memang berkobar2 dalam hati.Namun tugas yg.banyak tidak memungkinkan untuk aku berbuat demikian.
Untuk memulihkan rasa yg tak selesa dalam diri, aku jalan2 jelah melawat tempat2 yg jauh yg tak terjangkau oleh ku akibat kekangan masa dan keadaan .

Sebenarnya aku bercadang nak join trip kawan2 dari UMS, ke Jakarta, Bandung dan Puncak pd.26 mei tahun ini, itu pun kalau keadaan mengizinkan.
Aku jalan2lah periksa gambar2 yg.dikongsikan oleh kawan2 yg dah ada pengelaman ke tempat2 tersebut.  Banyak2 gambar, aku suka sangat tengok gambar yg.dikongsikan oleh MR.Chua ni.
Dia seorang yg.profisional dalam photographer.

Cantik gambar2 yg dikongsikan. Gambar2 yg.di ambik seperti bercerita tentang tempat itu sendiri.
Tak caya?..jom blogwalking.
'from a photographer's view point!'

http://tlchua99.blogspot.com/

Bandung - 31Aug2011 - Walking the streets of Bandung & meeting people

ok. asal bahagia.

sakit mata, sakit telinga.

Sabtu 9 mac 2013.
Cuaca panas terik ditempat ku ini.  Rasanya dah 4 minggu tak hujan,.semua anak2 pokok yg ditanam, kelihatan tak sihat.  Sakit mata melihat perkembangannya..sekian cara diusahakan agar ia boleh terus bertahan, namun satu persatu pokok menjadi layu, akhirnya mati..

Cuaca yg .panas ini, kesihatan juga agak terjejas, ramai anak murid terkena sakit mata, Lia dan Aida juga nampak tak sihat..aku?..aku sakit telinga. Sakit telinga dengar berita disekeliling. juga memang sakit teling Bukan sakit dalam telinga, sakit dibahagian cuping..terasa sakit, bila raba-raba tak jumpa mana sakitnya..
Rasa cuping telinga tegang.Awal pagi tadi aku minta urut dengan makcik yg.selalu merawat kami sekeluarga, katanya terlalu banyak angin bahagian kepala dan telinga, dia urut bahagian belakang, tengkuk dan kepala, memang lega dan selesa.  Harap2 semuanya bertambah baik.

Kepada Restu, Miming dan Acit, petang2 begini teringat kamu, bunga mata hari itu telah kembang, namun baru sekuntum.

Baru sepokok keluarkan bunga.


          Pokok2 bunga matahari yg disemai, daunnya habis keriting.satu kerja lagi nak merawatnya
       Sawi cina dan kailan nyawa2 ikan..dulu banyak ni, sekarang tinggal banyak ni, harap2 yg tinggal ni hidup, boleh dapat sedikit rasa
                                    Labu manis baka op, tanam 4 poko, 2 pokok sedang sakit.
                           Serai ni nak mati, biarlah dia mati..hari2 juga siram, tapi dia memilih nak  mati.
                                  Lavendar ini juga nak mati.Dia tak tahan panas..pagi petang aku siram, tapi hemm, dia nak mati.Matilah
                                     Ini juga labu venus, sepokok hidup sepokok lagi dah mati..masalahnya aku tak tahu kenapa dia mati..tak ada pun aku guna apa2 racun seranga atau baja kimia, aku guna air untuk siram dan baja kompos tinja kambing yg.ku beli dipasaran.
                                     Marygol ini juga membuat pilihan untuk mati, beberapa minggu yg.lalu ia sangat subur dan indah, namun sekarang..tiba2 mati, agaknya sekarang ni, musim 'mati'
Kucing2 yg 13 ekor dirumah ini juga seekor demi seekor mati, yang hidup nampak tak sihat.  Hai entahlah..tak apalah..'patah tumbuh, hilang berganti'..namun yang mati tetap lah mati, kena semai semula..nantilah tunggu cuaca kembali sejuk..mungkin diawal mei nanti ..cuaca akan berubah sejuk.


Oklah salam sayang.

Monday, 4 March 2013

setiap anak Melayu itu harus jadi Pahlawan untuk agama dan kedaulatan NegaraMalaysia.

Hari ini Isnin 4 Mac.Masih rasa tidak selesa dalam diri.Entah apa yang buat hati ini rasa sangat tidak tenteram dan tidak rasa puas hati..
Mari  kita hayati lagu ini, dan sedekahkan al Faatihah kepada wira2 Negara yg.terkorban demi membela maruah bangsa Melayu dan kedaulatan Negara.

Aku nak menangis ni..kenapalah aku bersedih hati ni..bila sebut wira, mesti aku terbayang penderitaan tentera yg pergi berperang.Tengok cerita2 perang inggeris, spartacus, dan yg selalu di tayangkan oleh astro 'horse war'..sedihlah.



Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja.

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

.................................................................
ok lah, sedihkan lagu ni..tapi penuh semangat juang..jangan takut mati..kerana dunia ini sementara saja.

Sunday, 3 March 2013

Teringat Pesanan Ustaz.


Hari ini 3.3.2013-Ahad yg.berbaur geram dan baran.  Tak ada senyum dihatiku.
Suatu ketika ustazaku pernah berkata "Akan sampai masanya Agama mu dan Negara mu meminta Nyawa mu"
Negeriku yang tercinta ini, dilanda musibah lagi..

Meski daerah Lahad Datu dan Semporna, berada ratusan batu dari daerah ku, tapi ia amat menyakitkan.
Kedua2 daerah ini dipenuhi oleh pendatang asing terutamanya pendatang asing dari Felipina, mereka ini sangat licik,...selepas mereka ini membunuh, merompak, merogol..mereka melarikan diri ketengah laut dan bersembunyi dikebanyakan pulau2 kecil yg.terdampar ditengah lautan suluh. 

Persoalan nya, bagai mana mereka memasuki daratan kalau benar pihak tentera laut atau polis marine melaksanakan tugas mengawal pesisir pantai dengan telus?..bagai mana puak lanun bersikap binatang ini memasuki perairan Malaysia?..kenapa rakyat tempatan yg.terdiri dari orang pelipina yg telah diberi kerakyatan sabah tidak ada yang cedera?dan tidak pulak terserempak dengan mereka (lanun sampah) ni?..kenapa mereka sendiri tidak mengawal perkampungan mereka?..kenapa pihak polis yg harus pula terbunuh, orang kampung seolah2 telah bersekongkol..bagai mana mereka boleh memasuki bandar lahad datu dan bandar semporna?..

Apa sudah jadi??..akhirnya polis dari Tanah Melayu yg.bergadai nyawa mempertahankan bumi semporna dan Lahad Datu, mana pegawai Daerahnya?..mana AJK kampungnya..kenapa senyap..agak mustahil, tiba2 perang dan orang kampung sempat melarikan diri dan tidak dicederakan andai benar mereka ini bukan saudara mara dengan puak lanun ala ala 'lanun somalia'..tapi lanun somalia cuma merompak tengah laut.

Mereka ini lanun sampah yg.dibuang negara sendiri oleh kerajaan Felipina.

Doaku kepada Allah semoga roh wira negara yg.telah terkorban, ditempatkan Allah disis Nya.
Kepada anak isteri wira2 Negara 'bersabarlah dan berdoalah,kekalkan iman kepada Allah'..kerana hanya Allah maha mengetahui dan memberi pembalasan.

Pengubat jiwa yg.berbaur dendam.  Marilah dengar surah ini dan tafsirnya.

Suratul Fussilat: 18-35

A019
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.
(Fussilat 41:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(Fussilat 41:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
(Fussilat 41:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
(Fussilat 41:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023
"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"
(Fussilat 41:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A024
Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.
(Fussilat 41:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A025
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
(Fussilat 41:25) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A026
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"
(Fussilat 41:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A027
Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
(Fussilat 41:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A028
Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami.
(Fussilat 41:28) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A029
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan".
(Fussilat 41:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A030
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Fussilat 41:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A031
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
(Fussilat 41:31) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A032
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"
(Fussilat 41:32) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A033
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat 41:33) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A034
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat 41:34) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A035
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.A036
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Benar benar aku rasa terluka dengan kejadian kejam yg.berlaku dibumi Lahad Datu dan Semporna, meski aku tak pernah teringin untuk menjejakkan kaki di daerah penuh sampah laut tersebut.
Puak ini mudah dikenali oleh suku kaum bumi putera asli sabah..cuma saudara mara Melayu ku yg.tak arif mengenali mereka.  Justru itu berhati2 lah wahai saudara Melayuku.

Wednesday, 27 February 2013

puteri taugeh yang terpingit, putih melepak.

jam 9.malam saat ini 27 februari hari rabu.

Petang tadi terpaksa luangkan masa membersihkan taugeh yg disemai dalam tong hitam tanpa udara dan cahaya.  Benar2 taugeh ini menjadi seperti puteri pingitan.Tidak dibenarkan terdedah pada cahaya mata hari takut kulitnya menghitam macam puteri afrika.

Jom tengok hasilnya.
Hari ini ia berusia genap 5 hari, beginilah wajahnya.






                                         Bila diukur dengan putik kapas, ia tinggi semampai benar2 'super model' bak kata DR.H., berkulit putih melepak dan berrambut kuning .Cantik dan sihat puteri taugeh ku ini.
                                   nak makan campur sup ayam.

Ok lah salam ceria selalu.

Tuesday, 26 February 2013

Taugeh hari ke 4. Lupa tutup besen berisi semaian taugeh.

Assalammualaikum, agak lama tak menulis dalam halaman ini. Sibuksangat.  Tapi kali ini kena kongsi juga gambar cerita taugeh yg disemai pagi sabtu 23 februari, 3 hari yg.lalu.  Jom tengok taugeh hijau.

Cerita taugeh yang direndam hari jumaat malam sabtu, rendam banyak 300g,



cuci bersih2, biasanya aku guna alat ini untuk memutar kacang hijau ni agar kulit mati biji2 kacang ini tertanggal dan bersih, kalau tidak bersih akan memberi kesan pada taugeh yg.terhasil.
                                        selepas dibersihkan airnya kelihatan bersih dan jernih.
                                        Pagi hari sabtu 23 februari, tabur atas semaian taugeh yg.sudah disediakan sejak tahun 2012. Hari ahad dan hari isnin, taugeh dibiarkan dalam tong hitam dan sentiasa disiram pagi dan petang setiap hari.  Hari ini selasa 26 februari, taugeh masuk hari ke empat.Bila periksa besarnya baru macam dalam gambar ini.

keadaan taugeh hari ke 4, kalau nak masak dah boleh dimakan, umur taugeh sebegini sangat manis dan rangup.  Aku semai dalam tong hitam menggunakan jaring nyamuk dan alas tuala bersih yg.disediakan khas untuk peralatan taugeh.

Memandangkan jaring nyamuk yg.ke tiga hilang, malas nak cari, baki taugeh yg.telah direndam aku taburkan atas guni, yg ku letak kan dalam besen kemudian tutup menggunakan dulang besar.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, aku siram taugeh yg.berada di tong hitam dan yg.didalam besen.

Balik dari sekolah terus nak siram taugeh lagi, alang kah terkejutnya bila, aku dapati besen yg. ku tutup dengan dulang, dulang itu telah beralih tempat,aku ke yg terlupa?..kerja siapa ek?..tak apalah.. besen taugeh itu tidak tertutup, cuma ditutupi oleh lapisan guni.  Apa bila ku buka lapisan guni tersebut, taugeh itu telah bertukar menjadi hijau.

Cepatnya taugeh ini membesar bila terkena panas mata hari dan udara.

                                      memendangkan tak guna lapisan dawai jaring nyamuk, terpaksa cabut segenggam dan gunting ekornya, boleh lah..cepat jugalah proses buang ekor taugeh ini. ekor taugeh tu, boleh buat kompos..jangan buang.
                                      Bila dibersihkan beginilah hasilnya.
                                           Bila ditimbang, wah dapat 500g. didalam tong hitam ada dua lapis lagi belum dituai, itu akan dituai pada hari ke 5 iaiatu esok hari rabu.Yang itu nanti buat stok utk.goreng popia inti taugeh dan isi ayam..nak baut petang hari jumaat nanti.Insyallah.
                                    Tumis taugeh hijau ini dengan udang kering dan sos tiram, hemm sedap.

Ok lah sampai disini, taugeh pertama ku di tahun 2013.  Itupun hasil kempen DR.Hasnah dari blog

Dr. Hasanah's Entries.blogspot.com. Terimakasih Dr.Has.

Rakan2 yg.masih tidak pasti cara membuat taugeh, boleh belajar dari slot vedio ini.
Aku guna kaedah divedio ini.


vedio ke 2 ni nampak lebih mudah.saya guna vedio yg.pertama.