Saturday, 16 March 2013

16 Mac 2013


Jam 2.00 petang, hari sabtu yg panas terik.  Awal pagi aku ambil kesempatan membungkus buah2 peria jantung dan peria 'pak Bonong' yg.lebat berbuah.  Entah menjadi entah tidak tunggu lah hasilnya.

Hemm ..Ir Junior, akan bertugas di Daerah Dalat Bahagian Sibu Sarawak. pasport Malaysia ke Sarawak dah siap dan segala kelengkapan yg.harus dibawa dah lengkap.
Dia akan bertugas dan lapor diri pd.hujung minggu  ini.  Jauh disudut hati aku tak ingin dia ke sana, tapi apakan daya..

Banyaklah aku dah rancang untuk anak bujang yang tersayang ini..namun apakan daya, Manusia hanya merancang, Allah menentukan segalanya.
Apakan daya doa Mama semoga Ir Junior akan cekal kan hati dan tetap tabah menjalani cabaran hidup yg.semakin mencabar, hanya satu yang dapat di ucap "sabarlah sayang".

Aku akan merindui dia,
sangat rindu,
Aku akan terdengar, dengar suaranya
Terdengar dengar deruman injin perdana kesayangannya
Terdengar petikan gitarnya..

Ir Junior anak yang baik
Banyak jasa dan budinya
Menghibur dan meringankan tugas ayah ibu..
Apa saja maunya..
Tak ada halangan untuk dituruti
Namun
sekali ini ketika ini..
Ada inginnya tak terpenuhi..
Meski aku dan Ir telah mencuba, namun tak berdaya..

16 Mac ini  ada langkah yang silap diatur,
Langkah ini meninggalkan tapak
Tapak sejarah yang tak terlihat
Mencalar resah didalam hati
Menguris luka yang tak terlihat
Ada airmata sakit membasahinya.
.............sabarlah sayang.......
..............................................................................................

vedio ni saat Ir Junior baru tahun pertama di IPGM 2007...saat ni semangat remaja nya untuk belajar gitar berkobar2..dia minat sangat..aku suka dengar petikan gitarnya..ada aura semangat dan kesungguhan.
Jom dengar, utk.suka suka je..hilangkan stress menatap kebolehan anak didepan mata hehehe.

Belajar gitar 1.


                                        Gitar 2: ir Junior
salam mesra selalu.

4 comments:

  1. wah.. hensem juga anak kak puteri.. Hehhehe.. semoga kak puteri baik-baik sahaja.. Apa perkembangan di lahad datu ya kak?

    ReplyDelete
  2. raut wajah kelantanis hehehe.
    Lahad Datu, macam dalam tv tulah..kita doalah semoga semuanya selamat.Ir Junior akak ke sarawak pun, tersangatlah resah dan susah hati, bagaimana agaknya ibu yg telah kehilangan anak semasa bertempur dengan lanun lahad datu kan..bila pulang sambut jenazah..masa pergi elok2 je.. sebab tu akak simpan wajah ir junior aku ni dalam youtube, kalau rindu senang nak tengok wajah dan dengar suara serta gelagatnya.

    ReplyDelete
  3. pandai betul ir junior nie main gitar yer..berbakat...nanti dia pie serawak kerja ngan gomen ker kak..? sedihka..tp takperlah tahlah jauh cam semenanjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru lepas maktab, posting gi daerah pendalaman sarawak, naik bot, masuk hutan sibu, hari tu pergi sibu, sungai sarawak besar2..berpuluh kali ganda sungai kelantan.
      Tapi tak apalah kan.Relakan saja..dengan doa selamat,Allah saja tempat berserah.

      Delete