Hari ini hari sabtu 23 mac 2013.cuti sekolah selama seminggu bermula. Meski pun dikatakan cuti, tapi ada banyak kerja sekolah yg.perlu disiapkan, periksa kertas ujian, key in markah, buat headcount, program sekolah..macam2lah..oleh itu yg cuti adalah anak murid, cikgu2 tetap berkumpul disekolah selagi tugas tak siap.
Apa pun hobi berkebun tetap diteruskan walau seminit dua..tak kira panas atau hujan..siang atau malam..hati meronta ronta kalau tak meluangkan masa bersama pokok pokok semaian dikalangan bunga mahu pun sayur.
aktiviti pagi ini nak mengalihkan keluarga herba ke tapak yg.dikenal pasti sesuai untuk herba2 ini.
Jom berkenalan dengan keluarga herba 'Basil'
Semua benih herba ini boleh dipesan dari tuan Iskandar blog Tanam sendiri.com
'Tuan Is' selasi ini sudah tumbuh dan berbunga.Terimakasih banyak2.
Ini herba selasi atau Thai basil..batang merah daun macam kemangi, tapi lebih halus dan baunya lembut.
Ini herba Tulasi atau holy Basil, batang merah berbulu halus, urat2 daun juga berwarna merah
Ini sweet Basil, bau nya sangat wangi dan lembut, ini boleh buat ulam makan mentah macam pudina, saya firsttime makan masa di CH, lepas tu teringin nak makan nya lagi, di daerah ku herba ini tidak ada ditanam atau dijual, tak ramai yg.mengenalinya.
Yang ini herba kemangi atau Lemon basil.Batang hijau daun halus berbanding dengan herba lain diatas, baunya sangat kuat dan sedap dicampur dalam ikan masak singgang. Kemangi dalam bahasa tempatan bajau kota belud, ialah 'bawing' ini banyak dijual.
Ini herba Basil Horapha @ Liquorice..batang hijau, daun lebih lebar dari kemangi, silap pandang benar2 kelihatan seperti kemangi, tetapi mempunyai perbezaan bau yang ketara.Kemangi baunya lebih kuat.
Perbandingan Basil Horapha dengan kemangi.Maaflah gambar tak terang.
Ok salam ceria dan mesra selalu. Assalammualaikum.
Salam kak...
ReplyDeleteBegitlah kehidupan seorang guru..tk pernah sunyi dr tugas..
tgk byk2 basil akak nie..tak sure lak yg mana satu yg kat umah nie..nak kena check lg nie...byk2 basil tuh boleh habis tak nanti..hehehe
walaikumsalam dik,
Deletehehehe saja tanam kelima lima jenis basil ni, untuk belajar mengenalinya, kalau ikut tuan iskandar daun2 basilni boleh dikeringkan dan buat teh.Inilah nak cuba.
bermacam jenis jugak basil ni...bila akak listing mcm ni secara bergambar senang skit nak determine basil apa yang dah ditanam..
ReplyDeletebetul tu Nadia.saya pun dulu langsung tak faham tentang basil, sekarang ni boleh fahamlah, cuma masih mencari maklumat kegunaan basil selain dibuat ulam.
Deletewah! a great knowledge for me. macam macam basil yg i kenal hari ini. keep up ur good work, puteri
ReplyDeletehehehe olive, ye ke.ok.takecare.TQ
DeleteWow respect Puteri, semua Basil ada. Saya ada sepokok sweet basil ha ha...itu aje yang bercambah, nampak gaya kena buat benih aje pokok itu...tetapi Genovese basil dari Miruku garden banyak bercambah selepas 3 hari ditabur.
ReplyDeletebenih basil tu, saya tabur dalam pasu kecil..sentiasa siram akhirnya tumbu juga.Marilah tambah koleksi basil.
Deletesalam kenal......
ReplyDeletebestnya singgah sini.....banyak pokok segar....
walaikumsalam yan. salam kenal.Terimakasih sudi melawat.
Delete