Friday, 29 March 2013

Psikologi dan Agama

saat ini dah jam 2 pagi, sekejap lagi subuh 30 mac akan jelma.Aku tidur awal selesai majlis kenduri satu tahun ibu tercinta.Alhamdulillah.Awal tidur, awal pula bangunnya..paksa mata lelap tak dapat juga..macam2 datang menerawang dalam fikiran.

Entah salah satu yg.beria ia sanagt datang dalam fikiran ialah tentang Tuhan, agama dan permasalahan manusia.  Semuanya mengingatkan aku tentang subjek2 psikologi yg.aku belajar di universiti.

Antara subjek teras sekolah psikologi yg.sangat berkesan dalam hati aku ialah subjek psikologi Agama.
Aku kena buat kajian dan siapkan assignmen bertajuk "peranan agama dan psikologi dalam menangani keganasan terhadap wanita.Tuliskan hasil kajian dari tiga pandangan agama yang anda pilih.cara penyelesaian dari 3 agama tersebut  dan pandangan serta penyelesaian psikology "

Masa tu aku pilih agama Islam, agama Yahudi(Zionisme) dan agama Kristian.Kebetulan bulan puasa, kerana mesti siapkan kajian dan essie, maka malam2 ramadan, orang islam baca al quran, aku baca dan meneliti kitab injil yg aku pinjam dari kawan dan perpustakaan UMS.
Lepas itu baca kitab yahudi, baca cara online dan risalah2 dari sumber majalah dan taklimat sister kristian, member kawan aku.
Banyak lah yg.aku dapat tahu, pandangan dan perbezaan dengan agama aku, Agama Islam.
Secara psikologi..kenapa wanita sangat tersiksa dizaman jahiliyah dan kemudiannya masih berterusan dalam masyarakat seluruh dunia, ialah "Ibu kita siti Hawah isteri Nabi Adam dipersalahkan dan dikutuk kerana mempengaruhi Nabi Adam memetik buah ketika di taman syurga dan mengajak memakannya" juga termakan hasutan ular"...ada satu agama tu, dia menuduh Ibu kita Siti Hawa sebagai pendosa dan terkutuk, lalu tuhan membalas kaum wanita dengan penderitaan mengandung, kesakitan melahirkan anak dan setiap bulan didatangi dan disibah darah kotor, hasil dari perbuatan mereka yg.menyebabkan Nabi adam bapa sekalian manusia terjebak dalam DOSA dan memikul beban hidup didunia ini.

Kesan psikologi pandangan agama ini, membawa kepada pengasingan kaum wanita dan penindasan.
Huuu...haru birukan..Nasib baik lah Allah perbetulkan pandangan dan olahan akal manusia yg.terbatas ini dengan menurunkan Alquran dan Rasulullah serta Hadisnya untuk panduan hidup manusia. Alhamdulillah.

Aku pun siap jugalah kajian dan buat pembentangan dalam kelas yg dihadiri pensyarah dan 400 student psikology dari junior sampai senior, yg belum ambik subjek tu.
Banyaklah peristiwa lucu dan soalan2 luar dugaan, kontravisi dan tak puas hati, bantahan2.
Aku gelak aje hahaha siapa suruh..aku cakap benda yg aku kaji dan baca rujukan aku jelas.  Bukan aku yg.kata, kitab tu yg.kata.

Tapikan..terbaru ni..aku jumpa slot dalam youtube ini.
Kalau aku jumpa slot ni awal2 dulu di tahun 2003, aku tayang adegan ni, so boleh lah student2 yg.marah2 tu..tengok sendiri dan fikirkan apa aku cakap dan kajian serta pandangan aku tu dari sudut 3 agama yg.aku pilih tu..taklah terjadi perang mulut..hahaha..
Aku harap, member2 lama aku dapat tengo vedio ini, dan aku sudah jawap persoalan mereka mengenai wanita disisi 3 agama yg aku kaji.

Ok jom tengo vedio ini.Penambahan ilmu aje..

ok..selingan untuk aktiviti berkebun, tak kanlah asyik cerita makan dan tanam sayur kan, biar kita seimbangkan pengetahuan agar tidak sehala.
Salam ceria.

2 comments:

  1. Salam kak...bongok betul pope nie, jijik nengok ah..takdernya dalam islam atau nabi2 kita buat camnie..apakah simboliknya..dah jd mcm hindu yg cium kaki orng2 tua kan....
    anyway..kenapa perlu salahkan hawa..sedang dlm quran takpernah mention yg hawa tuh bersalah..adakah Allah ciptakan langit & bumi nie sia2 sahaja..bukankah Allah ciptakan Adam utk jd khalifah dimuka bumi..& yg termakan buah itu..mungkin cuma suatu excuse utk adam sampai kemuka bumi ini..wallahua'lam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      hahaha lama dah tak dengar perkataan 'bongok' tu.
      Entahlah ummuaidan, itulah bila kata semua agama tu sama aje..fikir2lah mereka yg suka sangat cakap macam tu..rasanya agama Hindu cium kaki ibu bapa tu, lebih jelas maksudnya, yg ini cium kaki yg baru keluar dari kasut tu..apo ko hea, nyoo..(betul ke logat klate ambo ni)..hehehe cuci otak je..suka2.

      Delete