Saat ini jam10 malam 28 mac, hari khamis yg sepi. Esok jumaat 29 mac 2013.
Esok majlis kenduri aruah ibu.Esok
jumaat genap setahun pemergian ibu tersayang.Semoga ibu dan ayah sentiasa dalam perlindungan Allah yang maha penyayang.
Esok majlis kenduri aruah ibu.Esok
jumaat genap setahun pemergian ibu tersayang.Semoga ibu dan ayah sentiasa dalam perlindungan Allah yang maha penyayang.
Walau pun cuti sekolah aku tetap sibuk, sehinggakan tanaman disudut halaman terbiar.
Jom tengok apa dah jadi dengan buah peria katak ni.
dari luar bungkusan dah nampak warnanya.Apa yg terjadi?
Bila pembungkus disiat, lah dah hancur rupanya.Bolehlah buat benih.
Ada lagi yg sedang2 untuk dituai .Dah cukup besar agaknya ni.
ini pun dah sesuaikan untuk dituai.
Kalau di timbang 4 biji peria katak ni beratnya sekitar 450g
periaa yg.dah tua ni, 3 butir biji benihnya.Ingatkan banyak.Tapi memang cantiklah warna merah benih peria ni, oren nya pun lawa.
Nak tanam peria katak lagi lepas ni.Tapi pokok untuk buah2 yg ini, masih subur dan banyak lagi buah peria yg sedang membesar. Terpaksa sabar dulu.Ok lah salam mesra dan ceria selalu.
Assalammualaikum.
Salam kak...alhamdulillah banyaknyer sang kodok tuh..biasanya orang tuai masa hijau yer..baru tau...yg warna oren tuh mmg ceria kan...elok wat benih tuh...:)
ReplyDeletewalaikumsalam dik,
Deletehehehe jom tanam, mudah hidup dan tak perlu jaga sangat..dia bunga sendiri, buah sendiri masak sendiri, cuma mesti bungkus kalau dah lekat buah.
Uik, besarnya buah peria katak.. Selalu tengok orang jual, kecil je. Kalau peria biasa tu selalu juga nampak yang besar2.
ReplyDeletehemm agak besar kut.sedap buah peria ni Nuda, jom tanam.
DeleteAssalamualaikum kak puteri,
ReplyDeletecantiknye warna peria katak yang dah terlebih masak tu kak. Leh simpan buat benih. Kagum dengan saiz peria katak tu. Sebagai organik gardener mesti la kagum tgk hasil yang lumayan mcm tu kan. :)
Walaikumsalam Ibu.
Deletebetul.Cantikkan rasanya pun sedap.Mudah hidup tak cerewet,
Jom tanam sepokok dua.Terimakasih.